06 Mac 2013

Kesan Rumah Hijau


Haba daripada sinaran cahaya matahari diperangkap oleh lapisan gas rumah hijau menyebabkan peningkatan suhu bumi.

Kesan rumah hijau adalah tanda amaran terhadap bahagian bawah atmosfera dan permukaan planet oleh satu proses kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas dan bahan kecil di atmosfera.

Di muka bumi, kesan rumah hijau bermula lama sebelum kewujudan manusia lagi. Kegiatan manusia pada masa ini menambahkan lagi kesannya.

Jumlah bahang yang terperangkap oleh gas di atmosfera, dikenali sebagai gas rumah hijau berkembang dengan pesatnya sejak pertengahan 1800, apabila industri moden mulai berkembang.

Pada akhir 1800, suhu permukaan bumi turut meningkat. Dinamakan kesan rumah hijau ini kerana keadaan atmosfera kelihatan seperti bumbung kaca dan tembok rumah hijau, yang memerangkap bahang matahari.


Keadaan permukaan bumi menunjukkan kira-kira 15 peratus tenaga solar akan kembali ke udara. Sementara bakinya akan memanaskan tanah dan lautan.

Tanah dan lautan dipanaskan ini akan membalikkan semula bahangnya ke udara, terutama dalam bentuk pancaran infra merah dan wap air.

Infra merah hampir sama seperti gelombang kecil, tetapi tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.

Apabila pancaran dari tanah dan lautan ini terkena pada bahan tertentu di atmosfera seperti gas rumah hijau dan serpihan, bahan ini akan menyerap pancaran itu.

Hasilnya, gas dan serpihan itu juga panas. Ia hanya akan sejuk apabila menghantar keluar pancaran infra merahnya sendiri.

Sebahagian daripadanya akan ke ruang angkasa dan sebahagian lagi kembali ke permukaan bumi, yang kemudiannya turut menambahkan lagi darjah kepanasan di permukaan udara.

Tanpa kesan semula jadi rumah hijau, purata suhu permukaan bumi adalah kira-kira 59 darjah Fahrenheit atau 33 darjah selsius lebih sejuk berbanding sekarang.


Kesan Rumah Hijau di Bumi boleh dianalogikan dengan apa yang berlaku di dalam Rumah Hijau

Gas rumah hijau yang utama terdiri daripada atom karbon, hidrogen dan oksigen. Gas ini pula adalah wap air, karbon dioksida, metana dan ozon. Serpihan rumah hijau termasuk titisan awan, jelaga dan debu.

Sejak awal hingga pertengahan 1800-an, jumlah karbon dioksida dalam atmosfera meningkat kira-kira 25 peratus dan konsentrasi metana bertambah 150 peratus.

Kebanyakan peningkatan disebabkan aktiviti manusia, terutama pembakaran minyak fosil (arang, minyak dan gas asli) dan pembersihan tanah.

Minyak fosil mengandungi karbon dan pembakarannya menghasilkan karbon dioksida. Pokok dan tanaman lain menyerap gas melalui proses fotosintesis.

Tanah dibersihkan dan hutan yang ditebang juga menyebabkan kadar karbon dioksida meningkat.

Kadar purata suhu permukaan bumi meningkat kira-kira 0.5 hingga 1.5 darjah Fahrenheit (0.3 hingga 0.8 darjah selsius) hingga akhir 1800-an.

Ahli sains masih belum mengesahkan peningkatan kadar karbon dioksida di atmosfera meningkatkan suhu permukaan bumi. Sekiranya dalam keadaan tertentu, kaitannya memang wujud, keputusan selepas itu mungkin lebih teruk.

Ramai saintis menganggarkan pada 2050, jumlah karbon dioksida di atmosfera dua kali ganda berbanding paras di kawasan pra industri.

Jika peningkatan ini turut ditambah oleh kesan rumah hijau, suhu permukaan bumi akan bertambah antara tiga hingga lapan darjah Fahrenheit (1.5 hingga 4.5 darjah selsius) pada 2100.

Peningkatan suhu permukaan bumi, dikenali sebagai kepanasan sejagat boleh merubah sistem ekologi beberapa bahagian bumi.

Sebagai contoh, kepanasan sejagat turut mempengaruhi pola penurunan hujan, mencairkan ketulan ais sehingga meningkatkan paras laut, menyebabkan ribut tropika yang teruk, mengakibatkan perpindahan tanaman dan jumlah haiwan.

Ia turut menyebabkan perubahan arus ombak dan peredaran angin, sehingga ada kawasan lebih sejuk berbanding pada masa kini.

Satu lagi kesan daripada kepanasan sejagat di kawasan utara menyebabkan lebih banyak salji yang turut cair dan menyebabkan lebih banyak lembaran ais. - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Sumber: HMetro

2 comments:

MyFreeMinded berkata...

Teringat cerita "Waterworld", betui ka tajuknya gitu?.. hehe,

Dayang Deno berkata...

memang kan... rumah hijau mmg tak bagus.. pernah belajar pasal ni masa sekolah