10 April 2013

Tarikh Mengundi PRU-13 Adalah 5 Mei 2013


Lagu popular sepanjang bulan ini sehinggalah di ambang tarikh 5 Mei, 2013.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Sabtu, 20 April 2013, manakala membuang undi pula jatuh pada Ahad, 5 Mei 2013.

Hari pengundian awal pula adalah pada 30 April 2013. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof turut menyatakan tempoh berkempen kali ini adalah selama 15 hari. [Kosmo: 10/04/2013]

Akhirnya tarikh yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia untuk PRU-13 telah dimaklumkan untuk pengetahuan umum. Pastinya ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak sabar-sabar lagi untuk menanti ketibaan tarikh penting tersebut.

Seorang rakan menyatakan perasaan tidak sabar-sabar menanti ketibaan tarikh tersebut melebihi perasaannya menyambut hari raya. Ini kerana hari raya disambut setiap tahun, tetapi hari Pilihan Raya disambut setiap lima tahun.

Anda pula bagaimana?


Ada beberapa sebab mengapa ketibaan pilihan raya sangat dinanti-nantikan. Pengisian aktiviti sepanjang tempoh berkempen dianggap sangat menarik minat ramai. Pertembungan antara parti-parti politik yang bertanding menghasilkan aneka gaya persembahan yang menarik. Persembahan yang saya maksudkan itu boleh anda lihat sendiri di sekeliling anda.

Ianya boleh berbentuk penyampaian manifesto, gaya berceramah dan bahan-bahan yang diceramahkan dalam berkempen. Pesta perang poster yang memperlihatkan gaya mempersembahkan bendera dan poster parti serta penghasilan arca-arca atau replika yang membawa mesej-mesej tertentu. Ledakan maklumat melalui media sosial dengan info-info terkini, info-info panas yang dipersembahakan sama ada dalam bentuk karangan artikel atau pun video di dalam youtube.

Akhir sekali perkali yang paling dinanti-nantikan adalah keputusan pilihan-raya. Di saat itulah debaran begitu memuncak di dalam hati semua rakyat yang mengundi apabila debarann tentunya lebih hebat kepada calon yang bertanding.

Perkara-perkara yang saya senaraikan di atas merupakan antara perkara yang istimewa, kerana ianya hanya berlaku sepanjang kempen pilihan-raya sahaja tetapi tidak di masa-masa yang lain.

Seorang rakan saya memaklumkan bahawa perbezaan ideologi yang dizahirkannya di dalam facebook menyebabban dia kehilangan beberapa orang 'friend' yang dihimpunkan di dalam 'facebook'. Dengan kata lain rakan-rakannya itu yang sebenarnya adalah rakan yang selama ini sama-sama semeja minum pagi dan makan roti canai di kedai mamak sambil menonton siaran langsung bolasepak telah mengklik fungsi butang 'unfriend' yang terdapat dalam laman sosial tersebut.

Jika Hari Raya ada lagu Selamat Hari Raya, demikian juga dengan Pilihan Raya juga ada kempen pilihan raya yang bertujuan selain meminta rakyat Malaysia secara umum untuk mengundi, terdapat juga lagu yang bertujuan menarik pengundi untuk menyokong dan mengundi sesuatu parti.

Artikel berikut ini saya baca di dalam Kosmo Online:

Dikir Barat, persembahan tradisional berbalas pantun dan puisi yang paling digemari masyarakat Melayu di Kelantan, kian popular pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 ini dengan parti-parti politik menggunakan kaedah itu untuk menarik pengundi.

Sesuai dengan fungsinya sebagai wadah menyampaikan nasihat dan mesej, ia kini dijadikan pentas untuk membahaskan isu-isu semasa dan membidas parti lawan melalui lagu-lagu dikir barat dalam dialek Kelantan pada kebanyakan program kempen dan siri ceramah yang diadakan.

Baik UMNO mahupun PAS, kedua-dua parti menggunakan kaedah sama, mengumpulkan kumpulan dikir barat dengan tukang karut terbaik dan awak-awaknya untuk mendendangkan puisi kempen masing-masing. Penonton terhibur kerana dikir barat diiringi dengan alat-alat muzik tradisional seperti rebana, maracas, canang dan gong.

Jika UMNO Kelantan terkenal dengan lagu dikir “Bo La Wei”, “Dikir Acu Test Sepenggal” dan “Dikir Dato Fatmi”, PAS juga tidak kalah dengan lagu “Dikir Undi PAS” dan “Dikir Marilah Undi Bule” yang sering berkumandang dalam kempen di Kelantan ketika ini.

Lebih menarik, kumpulan dikir barat ini juga menggunakan lagu-lagu saduran daripada Bollywood yang digubah semula dalam loghat Kelantan untuk menjadikan kempen politik menghiburkan dan menarik audien yang ramai. [Kosmo: 10/4/2013]

Jika anda berminat untuk mendengarnya, sila tontonnya di dalam Youtube.

...... Selamat Mengundi Kepada Semua Rakyat Malaysia Yang Layak Mengundi .......
...... Saya Pilih Mengundi ......

3 comments:

Latifahzainal berkata...

memang tak sabar nak mengundi.bersama kita menunggu hari yg bakal tiba

caliph shuriken berkata...

x lama lagi penuh bendera & poster kt tepi2 jalan ^^

MyFreeMinded berkata...

tak sabar nak memangkah, tapi lum decide lagi sapa mau diundi... :)