Nuff Atas

13 Julai 2013

Sepak Mula Piala Malaysia 17 Ogos, 2013

Bonus Aidilfitri!

Bahang saingan Piala Malaysia 2013 bakal menemui peminat bola sepak negara pada 17 Ogos 2013 ini dengan sesi pengundian kumpulan akan diadakan secara langsung di Astro Arena pada 27 Julai 2013 di Menara Telekom Malaysia.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Hamidin memberikan jaminan tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia pada 26 Oktober 2013 tidak memberikan sebarang masalah kepada persiapan pasukan kebangsaan walaupun berdekatan dengan aksi kelayakan Piala Asia 2015 iaitu menentang Bahrain pada 15 Oktober 2013 di Stadium Shah Alam.


Tarikh 5 Oktober ditetapkan sebagai tarikh perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia. ianya diikuti dengan perlawanan dengan Bahrain pada 15 Oktober 2013. ‘‘Selepas perlawanan dengan Bahrain, separuh akhir kedua Piala Malaysia akan kembali disambung pada 19 Oktober dan perlawanan akhir pula 26 Oktober.

Sebanyak 16 pasukan yang bertanding akan diasingkan dalam empat balang berbeza mengikut senarai terakhir kedudukan Liga Super. Juara Liga Perdana, Sarawak dan Sime Darby yang muncul naib juara akan diletakkan balang ketiga bersama-sama pasukan yang berada di tangga ke-9 serta 10 liga, Terengganu dan T-Team.

Juara Liga Super, Lions XII diikuti Selangor, Johor Darul Takzim dan Kelantan berada dalam balang pertama sementara Pahang, ATM, Perak dan PKNS FC menjadi empat pasukan yang ditempatkan pada balang kedua.

Balang keempat terdiri daripada dua pasukan Liga Perdana, Johor dan Kedah, serta Felda United dan Negeri Sembilan yang layak ke saingan Piala Malaysia selepas melepasi ujian perlawanan Playoff.

Dua slot terakhir ke saingan Piala Malaysia musim 2013 ini telah ditentukan pada dua perlawanan playoff, pada Rabu, 10 Julai, 2013. Ia membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super serta pasukan tempat kelima dan keenam Liga Perdana.

Dua perlawanan playoff itu membabitkan pasukan ke-11 Liga Super menentang pasukan ke-6 Liga Perdana di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan pasukan ke-12 Liga Super menentang pasukan ke-5 Liga Perdana di Stadium Shah Alam.

“Format playoff ini hanya satu perlawanan saja yang mana dua pemenang perlawanan akan layak ke Piala Malaysia bermula 17 Ogos depan,” kata Hamidin.

Saingan Piala Malaysia membabitkan 16 pasukan yang dipecahkan dalam empat kumpulan dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir, seterusnya separuh akhir dan final.

Hamidin berkata, 10 pasukan teratas Liga Super layak secara automatik iaitu Lions XII, Selangor, Johor Darul Takzim (DT), Tentera, Kelantan, Pahang, PKNS FC, Perak Terengganu dan T-Team manakala empat pasukan Liga Perdana yang sudah layak automatik ialah Sarawak, Sime Darby, Johor dan Kedah.

Empat pasukan untuk perlawanan playoff ini pula ialahNegeri Sembilan dan FELDA United daripada Liga Super serta Sabah dan Pos Malaysia dari Liga Perdana.

Musim lalu, tiada perlawanan playoff untuk Piala Malaysia apabila 12 pasukan teratas Liga Super (ketika itu 14 pasukan bertanding Liga Super) dan empat pasukan teratas Liga Perdana layak secara automatik untuk melengkapkan 16 pasukan.

Namun, terdapat juga perlawanan playoff bagi merebut slot ke Liga Super dan Liga Perdana 2013 yang diadakan pada 17 dan 19 Julai di Melaka, iaitu beberapa hari sebelum Ramadan bermula pada 21 Julai tahun lalu.

Negeri Sembilan dan Felda United berjaya menempah slot ke saingan Piala Malaysia 2013 selepas memenangi perlawanan play-off pada 10 Julai, 2013.

Negeri Sembilan menumpaskan Sabah 4 -0 manakala Felda United menewaskan Pos Malaysia 1-0 dalam perlawanan Ply-off tersebut.

Sumber: Utusan Artikel1 , BHarianUtusan Artikel2

1 comments:

Sura Mohd berkata...

x sabar pulak nak tggu Piala Malaysia ni..hehehe..