05 November 2013
Rangsang Otak Anak Di Brain Expo
Tahukah anda bahawa anak dapat diasuh menjadi seorang genius?
Kajian perubatan menunjukkan otak genius dapat dibina dengan pengayaan minda, asuhan dan nutrisi yang sesuai ketika tahun-tahun awal.
"Tempoh masa paling penting dalam perkembangan minda seorang kanak-kanak ialah 1,365 hari pertama dalam hidup mereka. Lapan puluh peratus struktur dan pembentukan otak berlaku dalam tempoh itu", kata Pengarah Kawal Selia dan Hal-Ehwal Korporat Mead Johnson Nutrition bagi Malaysia / Singapore / Brunei / Indonesia, Rohaya Mamat.
Beliau memberitahu mengenai Brain Expo yang berlangsung dari 1 hingga 4 Nov di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Ramai yang mentakrifkan genius sebagai kanak-kanak yang cemerlang dalam semua mata pelajaran, namun itu tidak semestinya benar. Kajian saintifik menunjukkan para genius mempunyai empat ciri dan kemahiran yang membezakan mereka daripada orang lain.
Rohaya berkata kemahiran itu dapat dikembangkan dengan lebih cepat dengan mengamalkan aktiviti sesuai yang dapat merangsang otak sebelah kanan.
CIRI-CIRI GENIUS
Ciri pertama adalah ketajaman visual. Seorang genius dapat melihat dengan jelas dan mempunyai persepsi kedalaman dan koordinasi mata dan tangan. Satu cara untuk membina kemahiran ini adalah dengan permainan skrin sentuh untuk menguji kemahiran pengenalan visual.
Seorang genius juga mudah mempelajari bahasa baru. Ini termasuk memahami perkataan, penguasaan kosa kata yang luas dan kebolehan melahirkan pendapat dengan mudah.
Satu daripada cara untuk menguji kosa kata dan ejaan adalah dengan bermain silang kata. Selain itu, latihan menyebut perkataan dan menulis perkataan "hello" dalam bahasa berlainan juga berkesan.
"Seorang genius juga menunjukkan perkembangan intelektual tinggi dan kebolehan menyelesaikan masalah dengan baik, selain berfikiran analitis dan mempunyai kefahaman logikal. Permainan menyelesaikan masalah dan aktiviti skrin sentuh dapat membantu otak dengan latihan intelektual", jelas Rohaya.
EMPAT GENIUS
Ekspo itu turut menonjolkan empat orang genius yang merupakan perintis perubahan dan kemajuan dalam bidang masing-masing.
Mereka ialah Ludwig van Beethoven, Sir Isaac Newton, Albert Einstein dan Tan Sri P. Ramlee.
Beethoven adalah antara komposer paling terkenal dan berpengaruh di dunia. Beliau terus menggubah lagu, memimpin orkestra dan bermain alat muzik walaupun setelah menjadi pekak. Pengunjung ekspo juga berpeluang mendengar beberapa gubahan lagunya yang popular.
Isaac Newton pula merumuskan undang-undang graviti setelah melihat sebiji epal gugur dari pokok, dan teorinya dalam bidang fizik dan matematik masih digunapakai dunia sains berabad setelah pemergiannya.
Sementara Albert Einstein pula adalah simbol genius dan saintis paling terkenal pada abad ke-20. Beliau membuat banyak penemuan saintifik termasuk Teori Relativiti.
Lagenda tempatan, Tan Sri P. Ramlee juga seorang genius. Kebolehannya memainkan enam watak serentak iaitu sebagai pelakon, pengarah filem, Penyanyi, penulis lagu, komposer dan penerbit tidak dapat ditandingi walaupun 40 tahun selepas kematiannya.
AKTIVITI MAIN DAN BELAJAR
Brain Expo, anjuran Enfagrow A+, jenama produk kanak-kanak dan nutrisi, adalah ekspo yang pertama seumpamanya.
Ia menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, antaranya struktur boleh kembung otak gergasi sebesar gelanggang bola keranjang. Pengunjung berpeluang masuk ke dalamnya sambil mempelajari bahagian-bahagian otak dan fungsinya.
Pengunjung juga akan diberi satu "cap" (topi) dengan ciri "augmented reality" (realiti tambahan) yang akan membolehkan mereka "melihat" otak mereka apabila dipakai.
Terdapat juga aktiviti membina otak bagi ibu bapa dan kanak-kanak. Walaupun tujuannya adalah untuk merangsang sel otak, ia juga dapat membantu ibu bapa memilih jenis permainan untuk kanak-kanak yang akan membantu perkembangan otak mereka.
Ibu bapa juga dapat melihat spesimen otak sebenar di ekspo itu sambil mendengar penerangan daripada pelajar perubatan Universiti Putra Malaysia.
Brain Expo di Malaysia telah pun berakhir. Bagaimanapun jika anda masih berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenainya, boleh layari www.brainexpo.com.my
Oleh Ali Imran Mohd Noordin
Sumber: BERNAMA, Sinar Harian
Sifat genius boleh dibentuk
NUTRISI yang secukupnya penting bagi perkembangan otak kanak-kanak.
AHMAD Irfan Jamaluddin, 6, merenung tepat ke arah paparan skrin interaktif di depannya. Mukanya tampak serius ketika memikirkan jawapan kepada soalan matematik di skrin tersebut.
Sebaik sahaja jarinya menyentuh skrin berkenaan, kanak-kanak ini melompat riang lantaran kesemua soalan matematik itu berjaya dijawabnya dengan tepat.
Dia kemudian berlari pula ke suatu sudut lain bagi melihat pameran replika otak.
Irfan kelihatan begitu khusyuk mendengar penjelasan daripada kru di Brain Expo yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelbagai persoalan diajukan anak kecil ini untuk mengetahui bagaimana otaknya berfungsi.
“Saya datang dengan ayah dan ibu. Kami dari Ipoh, Perak,” ujar Irfan yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.
Irfan mampu mengenal suku kata ketika usianya mencecah tiga tahun manakala semasa usianya empat tahun, dia sudah mampu membaca dengan baik.
Apa yang pasti, secara kasar anak kecil yang meminati subjek matematik dan sains ini boleh dianggap seorang kanak-kanak yang cerdik.
Maka, tidak hairan jika Irfan tergolong dalam kalangan pelajar cemerlang di tadikanya.
Irfan telah memiliki kesemua empat ciri kanak-kanak genius iaitu visual penglihatan yang tajam, kemahiran bahasa lebih pantas, perkembangan intelektual lebih tinggi dan kemahiran penyelesaian masalah yang lebih baik.
Profesor di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat, Prof. Dr. John Colombo berkata, sifat genius kanak-kanak sebenarnya boleh dibentuk.
IRFAN (depan) cuba menyelesaikan soalan matematik sambil ditemani ibu bapanya.
Omega-3
Namun, mereka perlu didedahkan dengan persekitaran dan pemberian nutrisi yang betul.
“Pada 1,365 hari pertama dalam hidup seseorang bermula dari dalam rahim ibu sehingga berusia tiga tahun merupakan tempoh penting bagi memupuk perkembangan otak kanak-kanak.
“Justeru, pendedahan kepada bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum selain pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi penting bagi membentuk otak yang genius,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah di Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch memberitahu, kajian yang dilakukannya bersama Pusat Perubatan Universiti Kansas itu juga mendapati perkembangan kanak-kanak mempunyai hubung kait dengan kandungan asid dokosaheksanoik (DHA) dalam diri seseorang.
Katanya, DHA merupakan asid lemak omega-3 yang paling banyak terdapat di dalam otak dan retina.
Bagaimanapun, DHA tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan luar seperti ikan.
Kajian klinikal yang dilakukan membuktikan DHA berperanan untuk meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran yang lebih baik.
“Apabila kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi, ia sekali gus menjadi pemangkin bagi mengembangkan ciri-ciri genius yang ada pada kanak-kanak tersebut,” katanya.
Justeru, ujar beliau, penelitian yang lebih khusus pada awal tumbesaran kanak-kanak adalah penting kerana pada masa itu jaringan saraf di dalam otak sedang berkembang.
“Struktur akar otak yang menyediakan asas untuk fungsi pada masa hadapan sebahagian besarnya sudah siap dibentuk ketika usia mencecah tiga tahun.
“Apabila umur itu dicapai, struktur dan bentuk otak sebenarnya sudah mencapai 80 peratus sempurna,” ujarnya.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan pemakanan harian DHA sebanyak 10 miligram hingga 12 miligram (mg) bagi setiap kilogram berat badan kanak-kanak berusia 12 bulan hingga 24 bulan.
Manakala 100mg hingga 150mg bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke atas dan 150mg hingga 200mg untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.
“Namun kini, ibu bapa lebih mudah untuk memastikan kandungan DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak ini diberi secukupnya dengan adanya rumusan makanan tambahan dalam susu formula,” ujar Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapore and Brunei, Martin Wever.
Oleh ZULHILMI JALIL
Sumber: Kosmo
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan