26 Februari 2014

Maybank Contoh Majikan Prihatin

Majikan prihatin
Pusat penjagaan anak kakitangan jamin kelangsungan produktiviti kumpulan

Bertempat di aras bawah Menara Maybank, di situlah letaknya pusat penjagaan kanak-kanak yang ditubuhkan sebagai tempat perlindungan dan jagaan di waktu kecemasan khusus untuk anak kakitangan Maybank berkhidmat di sekitar Lembah Klang.

Dikenali sebagai ‘Maybank Tiger Cubs Childcare Centre’ (MT3C), pusat itu dipercayai menjadi pusat penjagaan kecemasan pertama pernah ditubuhkan institusi kewangan tempatan.

Dengan adanya pusat seumpama ini, ia diharap dapat membantu meredakan kegusaran ibu bapa yang terpaksa berdepan situasi kecemasan dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada kerja dengan anak terjamin berada di bawah jagaan yang sempurna” Nora Manaf, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank


Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf berkata, penubuhan MTQ3 selari dengan keazaman Maybank untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada kakitangannya sekali gus menjamin kelangsungan produktiviti kumpulan.

“Penubuhan MT3C mengukuhkan komitmen kami menerusi penubuhan khidmat penjagaan kanak-kanak sebagai sebahagian daripada amalan kekeluargaan kami terhadap kakitangan.

“Dengan adanya pusat seumpama ini, ia diharap dapat boleh membantu meredakan kegusaran ibu bapa yang terpaksa berdepan situasi kecemasan dan membolehkan mereka menumpukan kepada kerja dengan jaminan anak-anak mereka berada di bawah jagaan yang sempurna.

“Melalui kaedah ini, kami percaya mereka boleh terus komited dan memberikan khidmat yang berkualiti,” katanya.

Kakitangan semua peringkat layak

Nora berkata, kanak-kanak yang ditempatkan di pusat itu akan dijaga kakitangan Maybank yang berkelayakan termasuk mereka yang memiliki kelayakan dalam bidang kejururawatan.

Selain itu, kakitangan turut mempunyai kelayakan daripada Pusat Penjagaan Kanak-kanak Permata dan Kursus Asas Asuhan Permata.

Bagaimanapun, pusat itu lebih selektif bagi memastikan hanya kakitangan yang berada dalam keadaan memerlukan layak menggunakan perkhidmatan di pusat berkenaan.

Antara situasi yang melayakkan mereka menggunakan pusat MT3C - penjaga yang biasa sakit, ketiadaan penjaga tanpa diduga dan perlu mencari penjaga baru, sekolah tidak dibuka atau situasi di luar jangkaan seperti ibu bapa mempunyai urusan yang tidak dijangka.

Anak-anak yang diterima pula mestilah berusia antara tiga bulan hingga enam tahun.

MT3C melengkapkan dasar keseluruhan Maybank terhadap kakitangan termasuk Dasar Waktu Kerja Anjal, cuti bersalin 90 hari, cuti untuk bapa yang menerima kelahiran baru, peruntukan bersalin untuk kakitangan yang layak selain nisiatif lain bertujuan menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan.

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
Sumber: BHarian [2014/02/05]

1 comments:

mselim3 berkata...

Assalammualaikum..

Maybank adalah bank GLC terbaik yang selalu membantu ,, mesra pelnggan dan pekerja.

mselim3