27 Mac 2014
Pelbagai Fungsi Penterjemahan Google Translate
Menyedari kepentingan kepelbagaian bahasa kepada masyarakat dunia, Google Inc. telah memperkenalkan penterjemah alam maya melalui perkhidmatan Google Translate pada tahun 2006.
Google Translate merupakan medium yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna. Dengan menggunakan Google Translate, pengguna boleh mengakses maklumat berguna dengan mudah dan pantas.
Google Translate membolehkan anda menterjemah ayat, dokumen, e-mel malah keseluruhan laman web dengan serta merta.
Fungsi Google Translate amat penting bagi memastikan pengguna dapat memperoleh pelbagai maklumat berguna dengan mudah di hujung jari mereka. [Kosmo]
Hakikatnya fungsi Google Tranlate telah diperluaskan dengan terjemahan yang tidak hanya terhad kepada maklumat berbentuk teks. Berikut ini disenaraikan beberapa fungsi aplikasi Google Translate yang mampu menterjemahkan maklumat bahasa dalam sumber yang pelbagai selain teks.
Sebut
Teknologi pengecaman suara Google berfungsi dengan baik untuk hampir semua bahasa utama.
Jika anda cuba untuk mendapatkan arahan daripada penduduk setempat, anda tidak lagi perlu bergantung kepada isyarat tangan dan gerak suara - hanya gunakan Google Translate, tukar tetapan kepada mod Perbualan, dan sebutkannya ke arah telefon anda.
Aplikasi tersebut juga akan menyebut terjemahan tersebut. Anda akan berbual dengan teman baru anda tanpa anda sedari.
Luar talian
Enjin Carian Google bukan sahaja di kenali sebagai tugasan umumnya juga menawarkan lebih daripada sekadar penyempurnaan apa juga bidang.
Satu daripadanya yang telah dikenali ramai ialah aplikasi Google Translate untuk Android, yang meletakkan kuasa enjin terjemahan secara langsung di dalam telefon anda melalui pakej bahasa yang boleh dimuat turun.
Apabila anda mengaktifkan ciri bahasa di luar talian, anda boleh menterjemah di luar talian secara serta-merta.
Walaupun saiz model luar talian yang lebih kecil adalah lebih terhad berbanding seumpamanya di dalam talian, kini anda boleh membawa bahasa-bahasa di dunia di dalam poket anda ke mana sahaja anda pergi.
Hanya pilih tetapan [Offline Languages] pada menu aplikasi, dan muat turun pakej bahasa luar talian yang anda perlukan untuk percutian seterusnya.
Tulis tangan
Kadang-kala anda tidak tahu bagaimana untuk menyatakan apa yang anda tafsirkan, kadang-kala anda tidak boleh menaipkannya.
Kadang-kala lebih mudah untuk anda menuliskannya. Kami ada penyelesaiannya iaitu hanya menggunakan ikon tulisan tangan dan lukis di ruangan hitam.
Untuk bahasa Cina, Jepun dan Korea, Google turut menyediakan sokongan karakter pelbagai bahasa.
SEBANYAK 64 bahasa ditawarkan dalam aplikasi Google Translate
Input Kamera
Cukup sukar untuk memikirkan apa yang ingin dikatakan dalam bahasa asing. Bagaimanapun dengan beberapa bahasa seperti Cina, Jepun, dan Korea, ia boleh menjadi lebih sukar kerana anda mungkin tidak tahu bagaimana untuk memasukkan karakter-karakter asing ini ke dalam peranti anda untuk Google Translate.
Google memudahkannya dengan memperkenalkan sokongan input kamera untuk bahasa Cina, Jepun, dan Korea.
Hanya tekan ikon kamera, ambil gambar teks, dan lalukan jari anda di atas bahagian yang ingin diterjemahkan.
Ia kini boleh digunakan untuk teks menegak untuk bahasa Cina, Jepun, dan Korea.
Jika anda kelu tentang apa yang ingin dipesan di restoran sushi Jepun, jangan bimbang lagi: hanya ambil gambar item pada menu, lalukan jari anda pada bahagian yang ingin diterjemahkan, dan VoilĂ .
Pilih kegemaran
Pengetahuan bahasa anda sebahagian besarnya ditentukan oleh bagaimana boleh menyebut perkara yang betul pada masa yang tepat.
Tetapi dengan pelbagai ungkapan berguna di luar sana, ia boleh menjadi sukar untuk diikuti, apatah lagi mengingatinya apabila diperlukan.
Dengan Google Translate, anda boleh mencari ungkapan yang betul dan terjemahannya pada masa yang tepat.
Simpan frasa yang biasa digunakan dalam Favorites dalam aplikasi Translate anda, hanya klik pada bintang di bahagian atas teks yang diterjemahkan untuk menyimpan terjemahan tersebut dalam senarai Kegemaran anda untuk akses mudah pada masa akan datang.
Sumber: Utusan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan