Nazita h dibantu oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis keluar dari dikurung di bawah rumahnya di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri
Seorang wanita OKU dikurung di bawah rumahnya di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat sejak lebih 10 tahun lalu, diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan pada 27 Jun, 2014.
Mangsa yang bernama Nasitah Yahya dikurung di dalam sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter dan dipercayai berada dalam keadaan demikian sejak 10 tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.
Kisah ini terdedah selepas kurang seminggu, negara digemparkan dengan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di Negeri Sembilan.
Ketika diselamatkan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nazitah berada dalam keadaan tidak terurus, kurus manakala 'bilik khas' di bawah rumah yang menjadi tempat dia dikurung itu pula dipenuhi najis, sempit dan gelap serta hanya menerima bekalan air dari luar.
Wanita yang berusia 44 tahun itu dipercayai dikurung oleh ahli keluarganya sendiri selepas kematian ibu bapanya. Dia yang mempunyai masalah sindrom down kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan.
ANGGOTA polis memotong kunci pagar besi bilik di bawah rumah yang mengurung seorang wanita OKU di Tumpat, Kelantan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharudin Rasip memberitahu, mangsa ditemui pada pukul 3.30 petang oleh penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis dan JKM.
Katanya, polis dan JKM yang tiba di lokasi kejadian selepas itu mendapati mangsa dikurung di bawah rumah dan berada dalam keadaan yang menyedihkan.
"Polis terpaksa memotong jeriji besi pada bilik berkenaan untuk mengeluarkan mangsa yang dibiarkan seorang diri," katanya.
Sementara itu, Zaharudin berkata, maklumat awal yang diperoleh, mangsa dijaga oleh abang kandungnya yang tinggal berdekatan rumah berkenaan.
"Kita akan menjejaki abang mangsa dan siasat punca mangsa dikurung. Daripada maklumat awal juga kita mendapati mangsa dikurung kerana bimbang dia merayau di tempat awam," katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Rubiah Abdullah, 54, berkata, dia sedih dan langsung tidak tahu mangsa dikurung dalam keadaan menyayat hati di rumah berkenaan.
"Apa yang saya tahu, ahli keluarganya memang tidak membiarkan mangsa berkeliaran di tempat awam tetapi tidak sangka dikurung pula di situ," katanya.
Sumber: Utusan [28062014]
OKU dikurung : keluarga dakwa tiada pilihan
Keluarga kepada wanita orang kurang upaya (OKU) yang dikurung selama 10 tahun mendakwa tindakan tersebut terpaksa dibuat kerana mangsa menghadapi masalah mental yang kronik.
Abang kepada wanita tersebut, Ismail Ibrahim, 57, berkata, adiknya, Nasitah Yahya, 44, tidak boleh menjalani kehidupan seperti manusia biasa dan amat agresif.
Katanya, tindakan mengurung Nasitah terpaksa dibuat kerana bimbang dengan keselamatannya tambahan pula dia sering merayau.
"Adik saya mempunyai masalah mental sejak berusia belasan tahun lagi dan dia bertindak agak agresif selain jarang tidur malam.
"Kami mengurungnya kerana bimbang dengan keselamatannya yang suka merayau tambahan pula dia adalah perempuan. Kami tidak mempunyai pilihan,'' katanya ketika ditemui di Hospital Tumpat
Anggota keluarga wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung di sebuah bilik kecil di bawah rumah di Tumpat menyifatkan tindakan itu jalan terbaik yang mampu mereka lakukan.
Ismail Ibrahim, 57, abang tiri kepada wanita berusia 44 tahun itu, berkata beliau dan anggota keluarga yang lain berbuat demikian kerana bimbangkan keselamatan wanita tersebut.
"Saya nak lepaskan dia tidak boleh sebab dia perempuan dan dia tidak boleh bergaul dengan orang ramai sebab dia garang, rumah pun pernah dia bakar kerana dia agresif," dakwanya.
"Pernah sekali ketika di Pulau Pinang, dia buang mangkuk dari tingkat dua ke bawah. Tidak tahu hendak buat macam mana lagi, kami dah ikhtiar," kata Ismail ketika ditemui di Hospital Tumpat.
Ismail menjelaskan beliau tidak menyediakan bekalan air dan elektrik di bilik berkenaan kerana khuatir akan membahayakan mangsa.
"Dulu kita ada letak televisyen dan paip air tetapi dia pecahkannya. Saya hantar makanan tiap-tiap hari dan lampu kita sediakan dari luar dan akan menyala bermula 7 malam," katanya.
Ismail berkata dia dan anggota keluarga bersyukur pihak JKM mengambil perhatian perkara itu.
Sementara itu, Timbalan Pengarah JKM Kelantan Norazaman Abdul Manaf berkata pihaknya mendapati mangsa tidak didaftarkan sebagai OKU.
"Kita telah semak rekod kita dan Nasitah belum berdaftar sebagai OKU dan kita akan ambil tindakan segera. Untuk tindakan awal, kita luluskan bantuan segera RM300 dengan harapan dapat beli keperluan yang perlu," kata Norazaman.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada hospital bagi menentukan tindakan yang akan diambil selanjutnya termasuk menempatkannya di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Pengarah Hospital Tumpat Dr Norlaili Sabariah Mohd Ghazali berkata pemeriksaan awal mendapati mangsa pernah mengalami sakit mental.
"Mangsa dah stabil dan kita dapati sebelum ini dia telah didiagnos sebagai pesakit mental tetapi kita perlu pengesahan pakar. Bagaimanapun, dia tidak kronik dan masih boleh menerima rawatan," katanya.
Pengarah Hospital Tumpat, Dr Norlaili Sabariah Mohd Ghazali mengesahkan tiada kes penderaan ke atas wanita kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung selama 10 tahun di bawah rumah.
Menurutnya, sebaik sahaja wanita tersebut dirujuk ke hospital ini pada jam 4.30 petang, mangsa ditemui dalam keadaan stabil dan bersih.
Tambah Norlaili, mangsa adalah pesakit mental dan tercicir rawatan sejak tiga tahun sejak lalu.
Sumber: Sinar Harian, Utusan [28062014]
NASITAH kini sedang menjalani rawatan di Hospital Tumpat.
Polis ambil keterangan keluarga
"Kita akan cari saudara maranya yang lain untuk diambil keterangan. Wanita itu ada tujuh beradik semuanya," kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim
Beliau berkata, tindakan lanjut termasuk kemungkinan menahan mereka yangterlibat dengan kes wanita OKU itu akan dibuat berdasarkan keterangan dan siasatan.
Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 342 kanun Keseksaan kerana kurungan salah yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
0 comments:
Catat Ulasan