11 Oktober 2014

Bajet 2015



Intipati Bajet 2015

Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 10 Okt. 2014.

Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat."

Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.


*RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion
* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.

* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.
* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.
* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

* Projek infrastruktur 2015; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.
* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.

* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.
* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).
* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.

* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.

* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.
* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.

* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.
* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.

* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vokasional dan Teknik
* RM800 juta diperuntukkan untuk aspek keselamatan, persekitaran pembelajaran dan penyelenggaraan fasiliti pendidikan

* Kos bil elektrik dan air semua sekolah jenis kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan dibayar sepenuhnya dengan siling RM5,000 sebulan berbanding kuota RM2,000 sebelum ini

* RM3 bilion diperuntukkan untuk tajaan pelajaran - RM1.9 bilion melalui tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan (RM759 juta) dan Kementerian Kesihatan (RM258 juta)

* Sehingga kini, seramai 2.1 juta rakyat Malaysia telah mengambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM47.8 bilion, bagaimanapun, setakat 31 Ogos 2014, hanya RM5.36 bilion atau 46 peratus daripada RM11.76 bilion pinjaman telah dikutip.

* Setakat 2010, seramai 174,000 peminjam PTPTN langsung tidak pernah membayar balik pinjaman, kerajaan akan mengambil langkah baru yang setimpal dan sewajarnya kepada mereka.

* Rebat 10 peratus diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015 dan tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian sekali gus mulai hari ini hingga 31 Mac 2015.

* Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.
* Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.

* RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
* RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.

* Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936km dan Sabah sepanjang 727km dengan kos pembinaan RM27 bilion.

* RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

* Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.

* RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.

* Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.

* Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.

* RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.

* RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.

* RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .

* RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

* 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

* Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.

* Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

* Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.

* RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.

* Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.

* Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

Sumber: BERNAMA, BHarian
___________________________________________________________________________



Bonus setengah bulan atau minimum RM500 untuk penjawat awam

Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam dan akan dibayar pada Januari 2015. Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak.

Pada Julai 2014, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda, yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.

Sumber: BERNAMA, Utusan

Kadar BR1M dinaikkan

Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kemampuan fiskal, kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 iaitu sebanyak RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei 2015, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September 2015.

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekali gus mulai awal tahun 2015.

Kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Sebelum ini, kerajaan memberikan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah menerusi BR1M 1.0 yang diperkenalkan pada 2012.

Untuk BR1M 2.0 pada 2013, jumlah yang sama diberikan kepada golongan tersebut dan kerajaan memperkenalkan bantuan sebanyak RM250 pula diberikan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada BR1M 3.0, bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi bantuan wang sebanyak RM650 dan bantuan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Kerajaan juga pada BR1M3.0 memberikan sebanyak RM300 kepada kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada BR1M 3.0 juga, bantuan buat pertama kalinya diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Sumber: BERNAMA, Utusan

Bantuan Persekolahan RM100, Baucar Buku RM250 Diteruskan

Kerajaan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, pada tahun 2015. Bantuan persekolahan itu yang akan disalurkan mulai Januari 2015 kepada seramai 5.4 juta pelajar.

"Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pelajar khususnya golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan," kata Perdana Menteri.

Ia adalah tahun keempat kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.

Kerajaan juga bersetuju meneruskan pelaksanaan Program Baucar Buku 1Malaysia itu bagi tujuan pembelian buku rujukan dan peralatan pengajian yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar.

Program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar prauniversiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu, mula diperkenalkan pada Bajet 2012.

Sumber: BERNAMA

Had Kelayakan Pinjaman Perumahan Penjawat Awam Dinaikkan

Prihatin terhadap kesukaran penjawat awam mendapat pembiayaan untuk memiliki rumah, kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan daripada RM80,000 kepada RM120,000. Had kelayakan maksimum pula dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.

Perdana Menteri berkata wang proses pinjaman perumahan sebanyak RM100 dimansuhkan. Kedua-dua cadangan ini berkuat kuasa pada 1 Jan 2015,

Kerajaan juga komited untuk terus mempertingkat pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Kerajaan menambah baik PPA1M seperti menurunkan harga minimum rumah berkenaan yang kini RM150,000 kepada RM90,000 seunit dengan keluasan lantai minimum 850 kaki persegi.

Selain itu, kerajaan menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000 serta menyediakan dana mudah cara sehingga 25 peratus daripada kos projek kepada pemaju yang menyertai skim PPA1M.

Sebanyak RM105 juta diperuntuk kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi penyelenggaraan kuarters kerajaan di bawah program My Beautiful Malaysia membabitkan 126 lokasi.

Sumber: BERNAMA

Had kelayakan pendapatan pemohon PR1MA dinaikkan

Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi pemohon program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dinaikkan tahun hadapan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

Perdana Menteri berkata, bawah program berkenaan, sebanyak 80,000 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion akan dibina, antara lain bagi menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan.

Skim Pembiayaan Sewa-beli atau rent-to-own akan diperkenalkan kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.

26,000 unit rumah akan turut dibina di bawah Program Perumahan Rakyat oleh Jabatan Perumahan Negara dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.

Selain itu, beliau berkata, Syarikat Perumahan Negara Berhad turut akan menyediakan 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat, dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat yang dibina atas tanah persendirian.

Bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah pertama dan mengurangkan kos membeli rumah, kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman, selain menaikkan had harga rumah daripada RM400,000 kepada RM500,000 sehingga 31 Dis 2016.

Kerajaan juga bersetuju menambah baik program Skim Rumah Pertamaku kendalian Cagamas Bhd, dengan menaikkan had nilai harga rumah kepada RM500,000 selaras pengecualian duti setem tersebut. Had kelayakan umur peminjam bagi skim ini turut dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun.

Skim Rumah Pertamaku dilancar Mac 2011, bertujuan membantu individu, terutama golongan muda berpendapatan bulanan kurang daripada RM5,000, untuk membeli rumah.

Skim itu membenarkan mereka memiliki rumah pertama dengan tawaran pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan tanpa perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus.

Sumber: BERNAMA, Utusan

RM100 juta untuk memajukan industri kreatif

Sebanyak RM100 juta akan disalur melalui Dana Industri Kandungan Digital bagi menggalakkan perkembangan industri kreatif negara.

Penubuhan dana berkenaan adalah lanjutan daripada peruntukan Bajet 2012 sebanyak RM200 juta yang disalurkan melalui MyCreaTIVE Ventures Sdn Bhd bagi tujuan sama.

MyCreative Venture yang diperbadankan Kementerian Kewangan pada April 2012, antara lain berperanan meyakinkan bank serta institusi kewangan bahawa industri kreatif berdaya maju, seterusnya menerima harta intelek sebagai cagaran dan memudahkan pinjaman pemain-pemain industri.

Penubuhan dana di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu antara lain, direncana bagi memajukan antara lain sektor animasi, perfileman, seni reka dan warisan budaya.

Sumber: BERNAMA, Utusan
___________________________________________________________________________



Sorotan Bajet 2015

Berikut ialah sorotan Bajet 2015 bertemakan "BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, pada 10 Okt. 2014.

* Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10;
* Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015;

* Satu pendekatan baharu dikenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sedang digariskan;
* Bajet 2016 akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020;

* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan;
* Jumlah pelaburan mencecah RM219 bilion dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan;

* Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.3 peratus, yang paling tinggi dalam kalangan negara ASEAN bagi tempoh separuh pertama 2014;
* FBM KLCI meningkat 114 peratus daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014;

* Permodalan pasaran juga meningkat 162 peratus daripada RM667.87 bilion kepada RM1,749.49 bilion pada 7 Okt, 2014;
* Pendapatan Negara Kasar Per kapita meningkat 50 peratus daripada US$6,700 kepada US$10,060 dalam tempoh lima tahun ini;

* Tahun ini Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus;
* Defisit fiskal dijangka juga terus turun kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2014, 3.9 peratus pada 2013, 6.7 peratus pada 2009;

* Bagi 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh antara 5.0 peratus hingga 6.0 peratus;
* Defisit fiskal diunjur terus turun kepada 3 peratus daripada KDNK;

* FBM KLCI mencecah 1,892.65 mata pada Julai 2014, mencapai paras tertinggi dalam sejarah negara;
* FDI sebanyak RM38.7 bilion pada 2013 merupakan pelaburan terealisasi sebenar tertinggi sehingga kini;

* Bajet 2015 memperuntuk RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014;
* Perbelanjaan Mengurus RM223.4 bilion, Perbelanjaan Pembangunan RM50.5 bilion;

* Pada 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan RM235.2 bilion, peningkatan RM10.2 bilion berbanding 2014;
* Hasil kutipan daripada CBP pada 2015 dianggarkan RM23.2 bilion;

* Kerajaan mengecualikan beberapa barangan daripada CBP berjumlah RM3.8 bilion;
* Pemansuhan SST akan menyaksikan kehilangan hasil RM13.8 bilion;

* Kerajaan akan mempunyai baki hasil berjumlah RM5.6 bilion selepas ditolak RM3.8 bilion dan RM13.8 bilion;
* Daripada jumlah tersebut, RM4.9 bilion disalurkan kembali kepada rakyat melalui pakej-pakej bantuan seperti BR1M;

* Akhirnya, hasil bersih kutipan CBP hanya berjumlah RM690 juta;
* Bajet 2015 digubal berfokuskan kepada Ekonomi Keperluan rakyat dengan menggariskan tujuh strategi utama

* Kerajaan melaksanakan Pelan Tindakan Sektor Perkhidmatan
* Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion bagi PKS

* Skim Insentif Penyelidikan bagi Perusahaan (RISE) dengan peruntukan RM10 juta
* Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport (SEF) berjumlah RM300 juta

* Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais dengan peruntukan RM20 juta
* Platform Akaun Pelaburan (IAP) akan diperkenalkan dengan dana permulaan sebanyak RM150 juta

* Sekuriti Kerajaan Malaysia dan terbitan Pelaburan Kerajaan akan disenaraikan dan diurusniagakan di ETBS
* Perbelanjaan menerbitkan sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga tahun taksiran 2018

* Kelab Perlindungan dan Ganti Rugi luar negara akan ditubuhkan di bawah Exim Bank, menawarkan perlindungan liabiliti pihak ketiga pada kadar premium yang berpatutan

* Insentif dengan 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyelenggara dan menambah baik kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun

* Insentif 70 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan kepada pihak swasta yang menguruskan kawasan perindustrian di kawasan lain

* Bagi industri yang mempunyai kebergantungan buruh yang tinggi, elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus akan disediakan ke atas RM4 juta perbelanjaan pertama bagi tempoh 2015-2017

* Bagi industri lain, elaun modal automasi 200 peratus akan disediakan ke atas RM2 juta perbelanjaan modal pertama bagi tempoh 2015 hingga 2020
* Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) sepanjang 59 kilometer yang bernilai RM5.3 bilion akan dibina

Sumber: BERNAMA, Utusan
___________________________________________________________________________

Untuk Teks Penuh Pembentangan Bajet 2015 Klik BHarian

0 comments: