16 Oktober 2014

Perkhidmatan Dikecualikan GST



Kerajaan telah mewartakan pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 2014 terhadap beberapa perkhidmatan berkaitan dengan kepentingan orang ramai antaranya pemilikan rumah, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Selain itu, menurut Warta Kerajaan Persekutuan berhubung perkara tersebut, pengecualian GST turut melibatkan lebuh raya bertol, perkhidmatan pengangkutan awam, operasi berkaitan urusan bank, pembiayaan pinjaman dan insurans nyawa serta perkhidmatan kewangan syariah.

Sehubungan itu, manamana tanah dan bangunan yang digunakan untuk tujuan kediaman, atau pertanian atau kegunaan am turut dikecualikan GST dan ini tidak termasuk hotel, rumah tumpangan, dan rumah penginapan.


"Bagi perkhidmatan pendidikan pula, taman asuhan kanakkanak, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah swasta, sekolah agama Islam di semua negeri serta pendidikan tinggi yang disediakan oleh penyedia institusi pendidikan tinggi yang diluluskan undangundang," menurut warta tersebut yang dipetik menerusi laman web Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Warta itu turut menggariskan beberapa pengecualian lain bagi maksud perkhidmatan pendidikan antaranya, bahan kursus, lawatan dan pengangkutan pelajar.

"Perkhidmatan pentadbiran berkaitan pendidikan seperti pendaftaran pelajar dan pengeluaran kad pelajar, perkhidmatan peperiksaan, pembekalan perkhidmatan, pembersihan dan penyelenggaraan, elektrik, gas, penyaman udara sebagai sebahagian daripada penyediaan penginapan pelajar turut dikecualikan GST.

"Makanan dan minuman yang dibekalkan oleh operator kantin di semua peringkat sekolah termasuk prasekolah sama ada kerajaan mahupun swasta juga dikecualikan," katanya.

Menurut warta itu lagi, turut dikecualikan adalah perkhidmatan penjagaan kesihatan yang merangkumi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan pihak swasta yang berdaftar.

"Perkhidmatan yang dimaksudkan meliputi perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, farmasi, dan ambulans.

"Ini juga termasuk sebarang perkhidmatan bagi pemeriksaan diagnosis atau rawatan seseorang yang menghidap apaapa penyakit kecederaan atau hilang upaya anggota badan," katanya.

Pada masa yang sama, perkhidmatan pengangkutan awam juga tersenarai dalam warta tersebut melibatkan perkhidmatan bas dan teksi yang menjadi kegunaan rakyat.

Walau bagaimanapun menurut warta tersebut, bagi bas dan teksi sewa tidak termasuk dalam senarai pengecualian GST.

Tambah warta itu, penyedia perkhidmatan rel yang dilesenkan di bawah Akta Keretapi 1981 serta kapal penumpang tidak termasuk kapal yang digunakan untuk rekreasi atau keseronokan turut mendapat pengecualian GST.

INFO:
AntaraPerkhidmatan Dikecualikan Cukai:

~ Lebuh raya bertol,
~ Pengangkutan awam,
~ Operasi berkaitan urusan bank,
~ Pembiayaan pinjaman dan insurans nyawa,
~ Perkhidmatan kewangan syariah,
~ Tanah dan bangunan untuk kediaman, pertanian atau kegunaan am,
~ Taman asuhan kanak-kanak,
~ Prasekolah,
~ Sekolah agama Islam,
~ Perkhidmatan Pendidikan,
~ Penjagaan kesihatan

Antara Produk Dikecualikan Cukai:
~ RON95, diesel dan LPG (Gas petroleum cecair)

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN dan JUANI MUNIR ABU BAKAR
Sumber: Utusan [15102014]

Pengecualian GST RON 95, diesel dan LPG

"Kerajaan berterusan mengurangkan bebanan rakyat dengan memperluaskan jenis barangan yang tidak dikenakan GST seperti buah-buahan, kopi, akhbar, perubatan dan lain-lain termasuk kos elektrik, penjualan runcit minyak RON 95, diesel dan LPG," kata Pengerusi Eksekutif PriceWaterHouseCoopers (PwC) Malaysia, Datuk Mohammad Faiz Azmi. [Utusan]

0 comments: