06 Januari 2015

Langkah Berjaga Berkaitan Pasca Banjir



Mangsa banjir, sukarelawan dan individu yang terlibat dengan kerja-kerja pasca banjir dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penyakit berjangkit.

1. Kawasan yang dilanda banjir berisiko kepada penyakit berjangkit seperti cirit birit, jangkitan bakteria Escherichia Coli (E.coli), leptospirosis (penyakit kencing tikus), keracunan makanan, taun, demam kepialu, hepatitis A dan Disenteri.

Penyakit tersebut berjangkit menerusi minuman atau makanan yang telah dicemari dan gejala penyakit dapat dikesan seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut.

2. Orang ramai yang terlibat dengan banjir mudah terkena penyakit yang berkaitan dengan alahan dan infeksi kulit iaitu gatal-gatal dan luka berdarah akibat terpijak paku, kayu tajam dan serpihan kaca yang tidak nampak di dalam air.


3. Orang ramai yang terlibat dengan banjir berkemungkinan mengalami batuk dan selesema yang mengakibatkan jangkitan saluran pernafasan.

4. Orang ramai yang terlibat dengan banjir perlu menjaga kebersihan dengan memastikan mendapat sumber air bersih untuk diminum, serta meminimumkan penggunaan air tidak masak.

5. Orang ramai yang terlibat dengan banjir perlu sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun, basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

6. Orang ramai yang terlibat dengan banjir perlu menutup luka-luka kulit dengan balutan yang kalis air dan memakai pakaian perlindungan kalis air seperti but getah dan sarung tangan semasa melakukan kerja pembersihan.

7. Orang ramai yang terlibat dengan banjir perlu segera mendapatkan rawatan perubatan jika mengalami gejala penyakit seperti demam dan cirit-birit

8. Orang ramai juga perlu mengurangkan mengunjungi kawasan yang mempunyai air yang masih berlopak dan bertakung semasa dan selepas banjir kerana dikhuatiri air tersebut telah tercemar dan menyebabkan jangkitan berlaku.

9. Orang ramai juga perlu mengelakkan diri daripada berenang atau bermain air di kawasan banjir.

Catatan: 
Nasihat daripada I-Medik (Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), dianggotai oleh pengamal perubatan, pergigian, farmasi, jururawat dan pengamal kesihatan sains kesihatan bersekutu yang menjalankan program-program kemanusiaan dan khidmat masyarakat.

Sumber: Bernama Laporan 1Bernama Laporan 2

0 comments: