Nuff Atas

23 Januari 2015

Status Kesucian Basuhan Pakaian

pakaian yang terkena najis, maka tidak seharusnya dimasukkan ke
Pakaian yang terkena najis, bersihkan terlebih dahulu sehingga hilang zat, warna dan bau najis itu. - Gambar hiasan

Mesin basuh tidak menggunakan air mengalir tapi air yang digunakan akan bertakung dalam mesin tersebut. Bagaimanakah status kesucian pakaian bernajis yang dibasuh bersama dengan pakaian kotor lain dengan menggunakan mesin basuh. Adakah pakaian itu suci untuk dibuat bersolat walaupun setelah hilang warna, bau dan rasa?

Kekotoran biasa yang ada pada pakaian seperti daki, debu, sisa makanan seperti kuah dan sebagainya tidaklah termasuk dalam kategori najis. Oleh itu, pakaian dengan kotoran seperti ini boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh.


Namun bagi sisa makanan, seelok-eloknya dibasuh sedikit terlebih dahulu atau dikikis terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh dan bercampur dengan pakaian lain.

Adapun pakaian yang terkena najis, maka tidak seharusnya dimasukkan ke dalam mesin basuh dan dicampur dengan pakaian kotor yang lain. Jika pakaian bernajis dimasukkan ke dalam mesin basuh, maka najisnya akan melarut dalam mesin basuh dan terkena pada pakaian yang lain.

Oleh itu, najis yang ada pada pakaian hendaklah dibuang terlebih dahulu, dibasuh sehingga hilang zat, warna dan bau najisnya kemudian barulah dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Sebagai contoh bagi pakaian anak yang terkena kencing, tidak seharusnya pakaian yang terkena air kencing terus dimasukkan ke dalam mesin basuh. Sebaliknya pakaian tersebut hendaklah dijirus dan dihilangkan bau air kencing kemudian barulah dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Dalam aspek najis, najis yang biasa berlegar dalam masyarakat kita ialah najis mukhaffafah dan najis mutawassitah. Najis ini hendaklah dihilangkan zatnya, warnanya dan baunya. Itulah yang paling baik. Apapun, basuhan terhadap tempat najis pada pakaian adalah penting dan perlu dilakukan sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Sumber: Utusan

Selamat Mencuci ....

0 comments: