24 Mac 2011

Bilangan Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf Semakin Menggusarkan

~ Gambar Hiasan ~

Berita Harian, Isnin, 21 Mac 2011.

PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010. Jumlah keseluruhan kelahiran anak tidak sah taraf yang didaftarkan dalam tempoh tersebut adalah 234,647 daripada lebih dua juta (iaitu 2,481,276) kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ianya bersamaan 9% daripada jumlah keseluruhan kelahiran.

Sejumlah 80,979 drpd 234,647 anak tidak sah taraf atau bersamaan 34.5% adalah bayi yg ibu kandungnya adalah Islam.


Bilangan terperinci kelahiran anak tidak sah taraf mengikut tahun:
2006: 38,258
2007: 44,234
2008: 46,822
2009: 52,378
2010: 52,982

Bilangan terperinci kelahiran anak tidak sah taraf drpd pasangan islam:
2006: 13,545
2007: 16,100
2008: 16,541
2009: 17,303
2010: 17,490

Mengikut Seksyen 7, Akta pendaftarn Kelahirn dan kematian 1967, setiap kelahiran yg berlaku di dalam Negara perlu didaftarkan.

Mengikut Seksyen 13 akta yg sama menetapkan pendaftaran juga perlu dibuat ke atas kelahiran anak tidak sah taraf.

Anak tidak Sah Taraf di sisi Islam didefinasikan sebagai Bayi yg lahir hasil drpd hubungan tanpa akad nikah yg sah.

Sebagai tambahan kepada definasi di atas, Anak tidak Sah Taraf juga ditakrifan oleh JPN sebagai bayi yg lahir dlm tempoh kurang drpd 6 bulan calendar Qamari dari tarikh akad nikah ibu dgn pasangannya.

JPN menetapkan dlm sijil lahir anak ini tidak boleh dicatatkan nama bapa. Sebaliknya bagi yg beragama islam nama bapa akan menggunakan mana-mana nama daripada Asmaul Husna (99 nama Allah).

p/s: Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, kita yang sedang dalam proses membesarkan anak-anak pasti akan merasa gerun. Bagaimana nanti cabaran anak-anak kita dalam menghadapi kehidupan dan persekitarannya di masa hadapan. Pasti cabarannya akan lebih hebat lagi dengan gejala sosial lebih menggusarkan.

Kita semua mahukan pembangunan dan kemajuan. Kebanyakan daripada kita memperjuangkan hak kebebasan bersosial. Tetapi bukan angka-angka di atas yang kita jadikan sebagai KPI kepada pembangunan yang kita capai.

Angka-angka yang sebegini dipaparkan bukan untuk tujuan dibangga-banggakan, tetapi untuk direnung dan diambil tindakan. Yang pastinya, sesuatu perlu dilakukan untuk membendung masalah ini daripada berterusan.

Moga Allah melindungi generasi anak-cucuku daripada perkara-perkara mungkar seperti ini. Moga Allah memberikan kepada ku kekuatan dalam mendidik anak-anak ku agar tetap dalam ketaqwaan yang teguh dan sentiasa berada di jalan yang lurus.

2 comments:

Izyan Masri berkata...

haish.betul,setuju sangat artikel ni :D

Bawang Goreng berkata...

Patutnya berita 'cinonet' itu diberi tajuk besar, tapi media seolah-olah cuba menyembunyikan fakta. Mengapa ek?