Nuff Atas

26 Mac 2011

Myanmar Pula Dilanda Gempa Bumi

Selepas New Zealand adalah Jepun. Kini di Myanmar. Di mana pula selepas ini.



YANGON, 25 Mac, 2011:  Sekurang-kurangnya 74 orang maut apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan timur Myanmar manakala beratus-ratus bangunan musnah selepas gempa bumi dengan ukuran 6.8 skala Richter di kawasan Segi Tiga Emas, berdekatan sempadan Thai malam kelmarin.

Gegaran dirasai sejauh Bangkok, hampir 800 kilometer dari pusat gempa di kawasan pergunungan Myanmar, serta Hanoi di Vietnam dan beberapa bahagian China apabila gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada 8.25 malam tadi (9.55 malam waktu Malaysia).




Radio Myanmar mengumumkan 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera tetapi angka kematian dijangka meningkat. Ia melaporkan 390 rumah, 14 kuil Buddha dan sembilan bangunan kerajaan rosak teruk.

Pegawai daripada Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) berkata kemusnahan teruk berlaku di kampung Mong Lin, lapan kilometer dari Tachileik dengan 29 dilaporkan terbunuh dan 16 lagi cedera.

"

Bangunan-bangunan yang berdekatan pusat gempa bumi ranap manakala penduduk yang ketakutan lari meninggal kediaman sejurus gegaran susulan berlaku semalam. Hampir 400 buah rumah musnah di empat kampung selain sembilan buah bangunan pemerintah ranap dan beberapa biara musnah di bandar Tarlay.



Kawasan bergunung ganang berdekatan sempadan antara Thailand dan Laos, dikenali sebagai Segi Tiga Emas kerana banyak perniagaan dijalankan di kawasan ini.

Gempa bumi itu berpusat 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer ke timur timur laut Chiang Mai, destinasi popular pelancong di Thailand.

Gempa bumi pernah melanda Myanmar beberapa kali antaranya pada 1975 yang cuma menyebabkan seorang terbunuh.

Sumber:
bharian.com.my, utusan.com.my, kosmo.com.my

Renungan:

Firman Allah bermaksud:

Dan musibah apa sahaja yang menimpa kamu, maka disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan kamu). (Asy-Syura: 30).

1 comments:

nabilah berkata...

follow u..follow me taw...hehe