17 April 2011

Kasut Bertatah 2,200 Butir Berlian

Kalau kasut ini anda mampu m,embeli dan memilikinya, adakah anda berani untuk memakainya? Masa bilakah anda akan memakainya? Bagaimana pula tentang kaedah penyimpanan yang selamat untuknya?


KASUT House of Borgezie ini dihiasi dengan 2,200 butir berlian.

LONDON, Britain - Sepasang kasut tumit tinggi berharga £140,000 (RM691,029) dipercayai termahal di dunia, dipamerkan di gedung kasut House of Borgezie di sini kelmarin.

Kasut buatan tangan itu diperbuat daripada emas padu dan dihiasi 2,200 butir berlian dengan berat keseluruhan 30 karat.

Setakat ini, masih belum ada pelanggan yang membeli kasut berkenaan yang dihasilkan oleh pereka barang kemas Britain, Christopher Michael Shellis, sejak ia dipamerkan untuk jualan lebih lima bulan lalu.

"Kasut ini ibarat harta karun yang dipakai di kaki. Setakat ini, kami menerima banyak pertanyaan tetapi tiada urusniaga yang konkrit," kata Shellis. - Agensi

Sumber: Kosmo

3 comments:

Pdud berkata...

kat kaki saja dah ada setengah juta ringgit,jalan baik2 jangan terpijak taik kucing dhla..

mykhalis berkata...

untungla tue..sape beli ni kalau batu dia tak cabut 10 tahun lagi mau naik 1 kali ganda

Bawang Goreng berkata...

Nasib baik Imelda Marcos dalam buangan...