08 April 2011

Telur Ayam Tiruan?

Tak tahu pun selama ini dengan kepakaran dan kecanggihan teknologi telah wujud telur ayam versi tiruan. Perhatikan dua biji telur dalam gambar berikut.



Telur tiruan bersaiz lebih besar (kanan) berbanding telur asli (kiri).

Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.


Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.

Pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap

Sumber: Kosmo

Cara mengenal telur tiruan:



Perbezaan telur ayam asli (kanan) dan tiruan selepas direbus

1. Saiz telur tiruan lebih besar

2. Apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa

3. bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur)

4. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

5. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

6. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

7. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

8. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

9. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

10. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

10. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Sumber: Utusan Online.

Mengikut satu laporan, kewujudan telur tiruan adalah perkara biasa di China. Telur tiruan dicipta sebagai alternatif kepada telur asli. Ini memandangkan telur tiruan ditawarkan dengan harga yang murah.

Bagaimana cara membuat telur tiruan?



Untuk mengetahui cara-cara membuatnya sila rujuk web ini.

Berikutan dengan laporan CAP, pada 7 April, 2011 Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri merampas 270 biji telur, disyaki tiruan dari tiga gerai di pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Gunaselan, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabitkan kesalahan, denda maksimum yang boleh dikenakan RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi perbadanan, denda tidak melebihi RM250,000.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembekal dan penjual telur itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan Palsu 1972.

Sumber: Utusan Online

p/s: Terima kasih kepada CAP kerana melaporkan kepada umum tentang kewujudan telur tiruan ini. Sekurang-kurangnya dengan makluman ini kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terbeli telur tiruan tersebut.

Diharap juga Kementerian terus bertindak menghantar penguat kuasa untuk memantau perkara tersebut seterusnya menyiasat perkara tersebut sehingga ke akar umbi kerana kes telur tiruan ini melibatkan kesihatan pengguna.

Awas rakan-rakan semua!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

haishhh bahaye nye... ade ke org pnah beli dh? ngeeee