Nuff Atas

07 April 2011

Lukisan Guna Ribuan Perkataan

Adakah anda se'kreatif' ini? Atau jika anda kreatif, adakah anda begitu rajin untuk menghasilkan kerja sebegini? Atau jika anda kreatif dan rajin, adakah anda begitu berbakat untuk menghasilkan lukisan seperti berikut ini?

Jika anda tanyakan soalan ini kepada saya, maka jawapan saya adalah...
"Saya tak kreatif, tak rajin dan tak berbakat. Walaupun untuk menghasilkan lukisan dengan contengan pensil, saya memang tak berkemampuan"

Segalanya bermula dengan bakat...


LUKISAN Putera William dan tunangnya, Kate Middleton yang dihasilkan oleh Juan Osborne.

MADRID - Seorang pelukis amatur dari Sepanyol, Juan Osborne menunjukkan kepakarannya dengan melukis gambar pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles dan tunangnya, Kate Middleton dengan menggunakan ratusan ribu perkataan pelbagai warna, lapor sebuah akhbar semalam.

Jika diperhatikan dari jarak dekat lukisan tersebut yang dihasilkan oleh lelaki berusia 40 tahun berasal dari Madrid itu mempamerkan perkataan seperti William, holiday, Kenya, Wales, Prince, Middleton, royal, family, queen dan Catherine.

Dia yang telah menghasilkan lebih 500 lukisan mendapat idea untuk melukis gambar dengan menggunakan perkataan selepas bekerja di sebuah syarikat arkitek pada tahun 2009. - Agensi

Sumber: Kosmo