02 Jun 2011

Berapa Orang Anak Awak Semuanya?



Petang tadi aku dan isteri serta semua lima orang anak aku pergi berkelah ke Pantai Morib. Turut serta bersama kami adalah salah seorang daripada anak adik aku.

Selepas anak-anak aku semula kepenatan bermain di taman permainan kanak-kanak dan berlari, kami pun mencari sebuah bangku batu untuk kami semua berehat. Isteri aku pergi menuju ke gerai untuk membeli minuman.

Masa aku dan yang lainnya lepak-lepak minum air, lalu seorang pakcik penjual madu. Bukan main senang hati nampaknya. Sambil menghayun baldi berisi botol-botol madu di kiri kanan tangannya, beliau menyanyi-nyanyi sebuah lagu yang aku tak pernah dengar dan tidak jelas pulak liriknya. Barangkali lagu 'trademark'-nya yang ada kaitan dengan madu yang dijualnya.


“Madu encik….” katanya sebaik sahaja dia menghampiriku.
“Tak mau…” aku jawab.
“Tak mau tak apa. Saya tak paksa beli” katanya.

Dia pun berlalu beberpa langkah lagi menjauhi kami. Selang beberapa langkah, beliau pun meletakkan baldinya. Di situ dia mengambil sebatang rokok lalu mencucuhnya.

Dari situ dia melihat betapa meriahnya aku dikelilingi oleh 6 orang budak-budak dengan ragam masing-masing sambil menyedut rokoknya. Setelah selesai menyedut rokoknya beberapa kali dia pun menghampiri aku.

“Ramainya…. Berapa orang anak semua ni? Perempuan… satu, dua, tiga… lelaki…. Satu, dua, tiga jugak…” katanya sambil membilang.

“Lima aje pakcik. Yang seorang lagi ni anak buah,” jawab ku.

“Yang perempuan ni , ada tak yang nak ikut pakcik?” soalnya berbasi basa.

“Pakcik tak ada anak perempuan ke?” tanya isteri aku.

“Cucu perempuan tak ada. Lima orang semua lelaki. Nakalnya boleh tahan. Anak saya empat orang semuanya. Seorang daripadanya perempuan,”

Seterusnya pakcik tu pun bercerita dengan bangganya tentang anak-anaknya. Semua anak-anaknya mempunyai ijazah. Seorang bertugas sebagai guru dan tiga lagi merupakan jurutera.

Habis bercerita tentang anak-anaknya dia pun meminta diri untuk meneruskan langkahnya mencari pembeli madu.

Pada pendapat aku pastinya pakcik ni bukanlah seorang yang melalui kehidupan yang sukar. Anak-anaknya semua berjaya. Dia pastinya menjual madu lebah sebagai aktiviti sampingan mengisi waktu lapangnya sahaja.

Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah bagaimana mempunyai anak adalah sesuatu yang amat mengembirakan sebahagiann besar manusia. Mempunyai anak yang berjaya dan berkerjaya dalam kehidupan di dunia lebih lagi mengembirakan ayah-ibu mereka.

Biasanya golongan masyarakat marhain terutama golongan veteran, mereka akan memulakan bicara dengan seseorang yang baru ingin dikenali dengan persoalan-persoalan berkisar tentang anak-anak.

Barangkali hanya golongan korporat sahaja akan memulakan bicara berkaitan dengan isu yang lain contohnya…

Isteri ada berapa?
Kereta ada berapa?
Syarikat ada berapa?
Banyak saham yang untung hari ini?

Aku pun terfikir. bagaimana orang yang ada pengalaman 'membunuh' dan 'membuang anak' mereka yang baru dilahirkan atau mengabaikan anak-anak mereka memulakan bicara dengan seseorang yang baru ingin dikenali.

Permulaan bicara pastinya sama.
“Berapa orang anak awak semua?”

Tetapi bicara seterusnya akan disertai dengan linangan air mata menggambarkan rasa berdosanya kerana melalukan kerja-kerja yang dimurkai Allah. Itupun jika dia kembali memiliki jiwa insan di saat usianya yang meningkat tua.

Hari ini terbaca lagi kisah buang anak. Kali ini pastinya lebih melampau... Bayi Maut Dicampak Dari Balkoni Pangsapuri. Astaghfirullah...

5 comments:

Bidadari Syurga berkata...

ya... mungkinlah pakcik tu tak boleh duk diamkan... ataupun sebaliknya... asalkan dia gembira.. insyallah... doakan kehabagian dunia dan akhirat. aduh.... bahagia bila baca entry keluarga dan anak2...

Lieyda Sabri berkata...

ala xsbar nk ada anak. haha

Pha Is berkata...

ibubapa memang sangat gembira kalau anak2 mereka berjaya kan? kalau jumpa sapa2, mesti nak citer kejayaan anak2 mereka... terutama kalau baru lepas keluar result spm or pmr... kalau result ank2 elok, jumpa jiran pon senyum ja...

Bawang Goreng berkata...

Ya, mereka (orang dulu-dulu) cukup bangga dengan pencapaian anak-anak. harap-harap kitapun begitu juga. Amiin.

~Kenanga Suchi~ berkata...

anak-anak itu harta yang paling berharga... :)