07 Oktober 2011

Steve Jobs Berketurunan Muslim

Apple berkata pengasas syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat, Steve Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober, 2010 dalam usia 56 tahun. Dalam satu kenyataan ringkas, Jobs meninggal dunia pagi tersebut selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama. (BHarian)

Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California. Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple. (Utusan).



Hari ini dunia dikejutkan dengan kematian seorang genius, Steve Jobs. Dunia hari ini telah kehilangan seorang genius dan pereka cipta yang banyak mengubah kehidupan dunia. Hasil rekacipta Steve Jobs sememangnya terlalu hebat dan sentiasa dikagumi.

Usia muda Steve Jobs tidak menggambarkan kecemerlangannya bersama syarikat yang dibinanya sendiri, Apple. Pada zaman persekolahannya, beliau seorang murid yang malas. Cikgunya terpaksa 'mengupahnya' dengan gula-gula dan $5 supaya beliau belajar.

Dan mungkin ada beberapa perkara lagi yang jarang-jarang kita tahu tentang Steve Jobs. Ramai di antara kita tahu produk-produk Apple seperti iPhone, iPad, iPod, Mac, iHome, dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu bahawa bapa kandung Steve Jobs merupakan seorang muslim yang berdarah Arab-Amerika?



Bapa kandung Steve Jobs bernama Abdulfattah John Jandali. Beliau mempunyai darah Syria. Beliau juga merupakan seorang profesor sains politik dan matematik. Maka, tidak hairanlah Steve Jobs mempunyai 'otak cekang', bak kata orang utara.

Sama juga seperti Steve Jobs, Abdulfattah merupakan seorang yang 'workaholic' atau kuat bekerja. Beliau sedaya-upaya cuba untuk mengelak daripada bersara. Namun, apa yang mengejutkan, beliau merupakan Naib Presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Terkejutkan? Seorang muslim menjadi naib presiden di tempat maksiat besar.

Abdulfattah dikatakan menyesal atas tindakannya menghantar Steve Jobs kepada orang lain untuk membesarkannya. Tetapi, katanya keputusan itu adalah bukan keputusannya, tetapi keputusan ibu kandung Steve Jobs, Joanne Schieble Simpson. Walaubagaimanapun, Abdulfattah dan Simpson adalah pasangan yang belum berkahwin pada tahun kelahiran Steve Jobs! Kemudian, Mereka menghantar Steve Jobs kepada pasangan Paul dan Clara Jobs bagi membesarkan Steve Jobs sepenuhnya.

Inilah secebis kisah seorang genius dan perekacipta, Steve Jobs. Apa yang dapat kita lihat, inilah kesilapan muslim hari ini yang bejat akhlaknya. Melakukan zina sehingga lahir seorang anak. Kemudian, anak itu diberikan kepada orang kafir untuk dibesarkan. Kemudian diasuh dan dididik dalam suasana yang tidak Islami.

Kita sedang menunggu, adakah akan muncul suatu hari nanti seorang muslim yang genius seperti Steve Jobs? Tidak mustahil akan ada kelompok genius seperti beliau. Sejarah telah membuktikan terlalu banyak genius muslim lahir pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, al-Khwarizmi, Jabir Hayyan, al-Jazari, dan sebagainya.

Kredit: Soutul Mujahid

2 comments:

anamizu berkata...

tamat dah kisah steve jobs..



luv,
cik ana :)

Nasir berkata...

R.I.P..steve jobs,Islam is the best way....:D


Selamat Tinggal Dunia ©: Kenapa Wanita Agama Kamu Menutup Aurat?