02 Februari 2012

Pelajar Dibelasah Akibat Komen Dalam Facebook

Lagi Kes Sisi Gelap Facebook. Meluahkan rasa tidak puas hati dalam Facebook adalah suatu keburukan yang membawa padah. Bukan semua perkara boleh dikongsikan kepada masyarakat umum.



Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di Kangar.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak berpindah lebih sebulan lalu ke sekolah itu.

Menurut Kosmo pula, pelajar perempuan tersebut teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki.


Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), berikutan muntah dan mengadu sakit dada.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.


MANGSA lebam akibat dibelasah 15 pelajar perempuan.

Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Sumber: BHarian

Facebook bukan saluran lepas marah

Kegagalan mengurus emosi dan keghairahan mendapat perhatian menjadi dua faktor utama berlakunya penyalahgunaan laman sosial Facebook sehingga berisiko mengakibatkan pergaduhan antara individu.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Profesor Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata asasnya, Facebook adalah satu alat media yang mempunyai kesan positif dalam mengeratkan perhubungan dan mendekatkan komunikasi masyarakat. Laman sosial Facebook yang ketika ini menjadi fenomena dunia adalah satu saluran komunikasi berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej.

“Namun, ramai individu yang dilihat menggunakan Facebook bagi menyalurkan permasalahan atau melepaskan marah mengenai sesuatu perkara termasuk berkaitan individu lain,” katanya.

“Dalam isu Facebook ini, adalah dinasihatkan, pemilik akaun perlu bijak dan lebih peka ketika melayarinya bagi mengelakkan kesan negatif,” katanya.

Sumber: BHarian

2 comments:

caliph shuriken berkata...

salahguna fb mmg buruk akibatnya...

Dayang Deno berkata...

deno pun ada bc kes nie dalam surat khbar... kes nie deno tengok kat astro diva, tajuk girl fight.. sama la punca fB.. pastu kwn2 die belasah die sampai masuk hosp..