18 Februari 2012
Saintis Dedah Punca Stonehenge Dibina
Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England.
Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung tujuan struktur berkenaan dibina. Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembuhan.
Namun, kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan mereka membina Stonehenge.
Kesan tersebut dikenali sebagai interferens akustik.
Ia berlaku apabila dua sumber bunyi seperti dua peniup alat muzik beg paip memainkan nota sama pada masa yang sama tetapi di lokasi berbeza di sebuah kawasan lapang.
Apabila seseorang melalui beberapa sudut di kawasan lapang tersebut, dia akan mendengar kesan bunyi yang amat perlahan dan hampir tidak kedengaran disebabkan gelombang bunyi kedua-dua beg paip tersebut berlanggar dan melantun.
GAMBAR menunjukkan kawasan batu-batu Stonehenge di Salisbury, England yang dipenuhi salji pada 10 Februari 2012.
“Seolah-olah terdapat bongkah misteri yang menghalang bunyi tersebut. Begitu juga dengan bunyi guruh, dua bunyi guruh serentak bukan menjadi lebih kuat. Fenomena ini sukar diterangkan pada zaman dahulu,” kata Waller.
Menurutnya, masyarakat dahulu kala yang merasai kesan itu bertindak membina struktur batu Stonehenge bagi menggambarkan fenomena tersebut.
Stonehenge terdiri daripada bulatan batu yang mengandungi 17 bongkah batu menegak seberat sehingga 45 tan. Bulatan batu itu ditutup dengan enam batu melintang yang didirikan menghala ke arah matahari terbit pada solsetis musim panas di daerah Wiltshire, England.
Sumber: Kosmo
Stonehenge adalah balai cerap astronomi untuk mencerap solar dan lunar. Rajah di atas menunjukkan fungsinya dalam menentukan tarikh solstice musim panas menggunakan matahari yang terbit di timur laut (north east) ketika solstice musim panas. Pada tarikh tersebut (21 Jun) sinaran matahari pagi akan melalui antara 'Heel Stone' sebelum sebelum jatuh di 'Alter Stone' di tengah ladam kuda (Trilithons) Stonehenge. (sumber: soulsofdistortion.nl)
p/s: Bagi orang rang yang mempelajari ilmu fizik barangkali pasti akan faham dengan penjelasan ini. Bagi aku yang tak mendalami ilmu fizik tertanya-tanya juga:
1. Apa kaitan interferens akustik dengan membina stonehenge?
2. Daripada mana pula terhasilnya bunyi-bunyian yang menyebabkan terhasilnya kesan interferens akustik tersebut?
Labels:
Sejarah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 comments:
oooooooooooooooo.........
betul ke ni?
betul la..dr kosmo gak kan..hmmmm
nice entry...nampak je tajuk trus nak baca..hohoho
ooooooooo...
baru tahu lah....
thanks! sebab kongsi....
soalan yg diajukan x layak saye untuk jawab !
hehehehe~~
begitu rupanya... :)
mcm mana manusia bole angkat batu tu pd masa dulu ?
Catat Ulasan