08 Mac 2012

Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa



MASYARAKAT perlu berbangga kerana Malaysia adalah antara negara yang memberi banyak peluang kepada wanita untuk menyertai pelbagai sektor. Ini berikutan, wanita di negara ini sudah lama diiktiraf sebagai rakan kongsi transformasi besar negara dan kerana itulah juga peluang serta ruang seluas-luasnya diberikan kepada mereka bagi membantu mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi.

Hasilnya, pada hari ini arah aliran menunjukkan semakin ramai wanita akan memasuki pasaran tenaga kerja pada masa depan dan mereka bukan saja memiliki kebolehan sebagai pekerja produktif serta cemerlang, tetapi berpotensi menjadi peneraju dalam bidang diceburi.

Hari ini Khamis 8 Mac 2012, merupakan sambutan Hari Wanita Antarabangsa. "Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa". Teme sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2012 adalah 'Connecting Girls, Inspiring Futures'.




INFO: Sejarah Hari Wanita Antarabangsa

1. Sambutan Hari Wanita pertama telah diraikan di Manhattan, Amerika Syarikat pada 1908.

2. Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah perjuangan wanita, berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. 
 
3. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latar belakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria. 

4. Peristiwa itu berlaku pada 8 Mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeskploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji amat rendah, masa kerja panjang serta keadaan suasana tempat kerja tidak berperi kemanusiaan. 

5. Satu perhimpunan besar telah diadakan membabitkan 2,000 wanita yang bekerja dalam sektor perindustrian. Mereka berkumpul mengadakan mogok menuntut hak asasi mereka antaranya menuntut pembayaran gaji lebih adil, kebajikan pekerja wanita dipertingkatkan, perubahan perundangan yang lebih adil terhadap wanita dan hak mengundi dalam pilihan raya. 
 
6. Akibat daripada siri perhimpunan dan mogok itu, ia menjejaskan pengeluaran sektor perindustrian yang amat bergantung kepada tenaga buruh yang majoritinya wanita. 

7. Peristiwa itu mengilhamkan seorang pejuang hak asasi wanita dari Jerman, Clara Zetkin, untuk merangka usul bagi dibincangkan pada persidangan antarabangsa wanita sosialis yang menumpukan pada pemilihan tarikh yang sesuai untuk melahirkan tuntutan mereka. 

8. Persidangan yang dihadiri 100 wanita dari 17 negara seluruh dunia mewakili pertubuhan, parti sosialis, kelab pekerja wanita termasuklah tiga wanita pertama yang terpilih dalam Parlimen Finland, menyambut baik cadangan Zetkin dan lahirlah Hari Wanita Antarabangsa. 

9. Hinggalah pada 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa memilih tarikh 8 Mac sebagai hari sambutan wanita sedunia. Lama-kelamaan luahan rasa dan penderitaan wanita di serata dunia mendapat perhatian dan akhirnya keupayaan mereka sedikit demi sedikit mendapat pengiktirafan. 

10. Seorang sosialis Amerika Syarikat, Lena Hewis mengumumkan, bahawa tanggal 8 Mac bukanlah bertujuan meraikan sesuatu, sebaliknya hari untuk merancang atau memikirkan usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan keadaan wanita di seluruh dunia. 
 
11. Rentetan perjuangan dan ketabahan wanita seluruh dunia, pada 1945, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf wanita dan memilih 8 Mac tarikh itu peringatan untuk wanita seluruh dunia. Tanpa disedari Hari Wanita Antarabangsa adalah titik tolak kepada perkembangan dan kemajuan wanita hari ini tidak kira di mana saja mereka berada. 
 
12. Pada tahun sama juga, satu perlembagaan mengenai sokongan kempen hak kesamarataan ditandatangani oleh PBB telah membuktikan kesungguhan pertubuhan dunia itu. 

13. Setahun selepas itu, satu Suruhanjaya Kedudukan Wanita diwujudkan yang berfungsi untuk menyediakan laporan dan mengadakan beberapa usul dan cadangan dalam mengetengahkan hak wanita dalam politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. 
 
14. Setiap lima tahun, Persidangan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Wanita serta Forum Badan Bukan Kerajaan Mengenai Wanita diadakan bagi menemukan semua pertubuhan wanita seluruh dunia.

Sumber: BHarian

3 comments:

tirahzairi berkata...

terima kasih =)

Unknown berkata...

yup malaysian was a good contry . they give opportunity eiher men or women . they all deserve it well . hee . nice post koding

syamsidflymoo.com :)

anNaqia berkata...

baru tau pasal hari wanita ni. haha.