19 Mac 2012

Teknologi Shimbashira Kukuhkan 'Tokyo Sky Tree'


Tokyo Sky Tree dilihat daripada Sumida River

SELEPAS kejayaan membina Menara Tokyo setinggi 333 meter yang diiktiraf menara telekomunikasi tertinggi di Jepun pada tahun 1958, teknologi kejuruteraan di Negara Matahari Terbit itu diuji sekali lagi. Kali ini melalui pembinaan Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter yang terletak di tengah-tengah pembangunan komersial di antara Stesen Narihirabashi dan Stesen Oshiage, timur laut Tokyo.

Siap sepenuhnya pada 29 Februari lalu, menara yang dibina dengan kos kira-kira RM2.4 bilion itu kini merupakan antara tarikan utama tatkala berkunjung ke bandar raya yang dihuni lebih 35 juta penduduk itu. Lebih membanggakan, ia turut diiktiraf sebagai menara telekomunikasi tertinggi di dunia selepas Menara Canton di China setinggi 600 meter dan Menara CN setinggi 553 meter di Kanada.



SERAMAI 580,000 pekerja terlibat di dalam pembinaan Tokyo Sky Tree.

Pencakar langit

Pembinaan Tokyo Sky Tree bertujuan untuk memancarkan isyarat rangkaian televisyen dan radio digital yang lebih menyeluruh di sekitar bandar raya berkenaan. Ia berikutan Menara Tokyo sedia ada yang tidak lagi mampu menyalurkan isyarat yang menyeluruh berikutan kehadiran puluhan bangunan pencakar langit di sekelilingnya.


Penggunaan kejuruteraan terkini termasuk teknologi Shimbashira membolehkan Tokyo Sky Tree menahan impak gempa bumi sehingga 8.0 skala Ritcher.

Sebuah syarikat pembinaan, Tobu Railway Co. bersama enam syarikat penyiaran negara itu diketuai NHK kemudiannya telah diberi tanggungjawab membina sebuah menara telekomunikasi yang baharu. Menggabungkan rekaan futuristik dan keindahan seni bina Jepun, pembinaan menara itu mengaplikasi beberapa ciri kejuruteraan terkini.

Mengambil konsep seperti sebuah tripod, ia dibina dalam bentuk silinder bermula pada ketinggian 350 meter dan ke atas memastikan ia mampu bertahan pada kelajuan angin yang tinggi. Tokyo sememangnya tidak dapat lari daripada bencana gempa bumi. Bagaimanapun, Tokyo Sky Tree dibina dengan struktur kukuh berdasarkan teknologi kuno dikenali sebagai shinbashira pada bahagian pusat menara itu.

Shinbashira merujuk kepada tumpuan tambahan pada bahagian teras sesebuah binaan yang menjalinkan keharmonian struktur dengan fungsinya. Di menara baharu itu, ia merujuk pada lajur tengah konkrit bertetulang yang mempunyai struktur berasingan daripada kekuda keluli luar. Ia bertindak sebagai pengimbang apabila menara bergoyang.

Menurut perekanya, teknologi antigempa bumi pada menara itu membolehkan ia menyerap lebih 50 peratus daripada tenaga gempa bumi. Berdasarkan ujian simulasi juga menunjukkan menara itu mampu bertahan pada gegaran sehingga 8.0 skala Richter


BEROPERASI sepenuhnya Mei 2012 nanti, Tokyo Sky Tree bakal menjadi salah satu tarikan pelancong ke Tokyo.

Tidak seperti Menara Tokyo, kaki menara Tokyo Sky Tree dibarat seperti ‘bandar di dalam sebuah menara’. Ia menjangkau sejauh 400 meter dari timur ke barat menghubungkan Stesen Narihirabashi dan Stesen Oshiage.

Menara yang bakal dibuka sepenuhnya kepada orang ramai menjelang Mei 2012 nanti, mempunyai ruang beli-belah, pejabat, hab pengangkutan, pusat komuniti dan taman. Terdapat dua ruang tinjau yang disediakan di menara itu, iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter.

Di atasnya, pengunjung berpeluang melihat panorama 360 darjah kota metropolitan Tokyo yang berlatarbelakangkan Gunung Fuji, yang menjadi simbol negara itu.

Sumber: Kosmo

7 comments:

AQ Eyfa berkata...

wah menareekkk

Unknown berkata...

gempa bumi tahun lepas yg melanda jepun 9 skala richter kan?

caliph shuriken berkata...

teknologi yg menarik ^^

ch000tz berkata...

mmg menarik takut nanti ditenggelami bumi ajer ...

tirahzairi berkata...

jepun mmg penuh dgn teknologi...

anNaqia berkata...

teringin nak tengok sendiri menara ni.

AzRi AtHiRaH berkata...

wah menarik la^^