21 Mei 2012

Penemuan Harta Karun Pulau Bidong


Harta karun Pulau Bidong

Sepasukan penyelam tempatan menemui ‘harta karun’ - artifak barangan tembikar dipercayai berusia lebih 100 tahun (dipercayai daripada abad ke-17 hingga ke-19) termasuk bahan tembikar seperti tempayan, takar dan pasu, di perairan Pulau Bidong, Terengganu. Artifak itu dikesan sejak pertengahan Mac 2012 lalu dan sudah dimaklumkan kepada Muzium Negeri Terengganu yang kini sedang mengumpul maklumat mengenainya.



Harta Karun Pulau Bidong, bukan dongeng Tok Ayah

Lubuk harta karun di kawasan seluas 30 meter persegi di dasar laut berhampiran Pulau Bidong, bukti kisah nelayan tempatan benar.


SEBAHAGIAN artifak yang ditemui kira-kira 11 kilometer dari jeti Merang dan dua kilometer dari Pulau Bidong.

SELALUNYA kita hanya kagum melihat penemuan ‘harta karun’ di dasar laut melalui dokumentari televisyen, tapi apabila berhadapan sendiri dengan penemuan sama – sesiapapun akan terpaku dan terpegun melihat khazanah yang mungkin berusia beratus tahun.

Itu yang berlaku apabila sekumpulan penyelam Coral Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam program pemuliharaan khazanah laut, menemui sendiri ‘harta karun’ yang sebenarnya dikesan nelayan tempatan sejak berpuluh tahun lalu.

Timbalan Presiden Coral Malaysia, Baharim Mustapa, yang juga Pegawai Sains Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sebaik saja diberitahu mengenai cerita harta karun ini, tidak bertangguh terus membuat carian di lokasi yang didakwa.

Hanya berpegang kepada cerita Zazeri Ajam atau lebih dikenali sebagai Jusoh, 35, seorang nelayan dari daerah Merang, Terengganu, yang memberi maklumat lengkap termasuk kedudukan GPS (global positioning system), carian dibuat tidak mengambil masa yang lama dan pada kedalaman 18 meter, kumpulan ini menemui khazanah harta karun yang amat luar biasa.

Semua penyelam yang ada terpegun - kawasan seluas kira-kira 30 meter persegi dipenuhi dengan tempayan, takar, pasu pelbagai saiz dan bentuk, semua dipercayai dari tembikar - bertaburan di dasar laut.

"Tok Ayah adalah nelayan pancing dan yang membuatkan kami yakin ialah dia membawa balik tangkai tembikar yang sudah pecah. Jika mengikut cerita Tok Ayah dan hitungan masa mengambil kira usia saya yang sudah hampir 40 tahun ini, harta karun yang dijumpai ini mungkin berusia lebih 100 tahun."  kata Zazeri Ajam

"Kami telah memaklumkan jumpaan ini kepada Muzium Negeri Terengganu dan membawa beberapa pasu sebagai bukti." kata Timbalan Presiden Coral Malaysia, Baharim Mustapa

Pelbagai teori dikemukakan penyelam, namun disebabkan tiada kesan kapal karam dan yang ada hanya puluhan tempayan, takar dan pasu yang kebanyakan ditimbusi pasir, ada yang mengandaikan ia adalah peti yang terjatuh dari kapal dagang yang melalui kawasan berkenaan suatu masa dulu.

Sumber: BHarian

Barangan tembikar tersebut diserahkan kepada Jabatan Warisan Negara, pada 22 Mei 2012. Pegawai Warisan Cawangan Arkeologi, Bahagian Konservasi dan Arkeologi, Jabatan Warisan Negara, Ruzairy Arbi, berkata pihaknya akan merujuk dan meminta bantuan Pusat Warisan dan Kebudayaan Wilayah, di Bangkok, Thailand, sebuah agensi di bawah UNESCO yang membuat kajian penemuan artifak bersejarah itu.

Katanya, rujukan itu penting bagi membolehkan Jabatan Warisan menentukan sejarah dan sumber artifak berkenaan dan menentukan tindakan susulan.

“Berdasarkan pemantauan awal, artifak berkenaan dipercayai dari rantau Indocina merangkumi Vietnam, Thailand atau Kemboja dan ia sama seperti yang pernah ditemui di Tanjung Tuan, Negeri Sembilan sebelum ini.

“Kita juga akan membuat kajian di kawasan tapak penemuan artifak ini dalam masa terdekat,” katanya selepas menerima artifak berkenaan daripada Coral Malaysia di Kompleks Muzium Terengganu, pada 22 Mei 2012.

Sumber: BHarian

5 comments:

StuntWomanWho :) berkata...

huyooo , jumpa harta karunn . gila arhhh .

Cikgu Badar berkata...

khazanah yang tak ternilai

Unknown berkata...

find another treasure, masbroo,, great.

Karen Monica berkata...

wah harta karun :)

caliph shuriken berkata...

ramai org serbu area tu pasni kn ^^