19 Ogos 2012

Salam Syawal dan Aidil Fitri

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM WALAU DI MANA JUGA ANDA BERADA ...



Salam Aidil Fitri khususnya
Kepada semua adik-beradik, ipar-duai, sanak-saudara,
Tidak lupa kepada sahabat-handai, rakan sekerja, protege-protege, jiran-jiran
Serta kepada yang dirahmati Allah, ahli jemaah masjid dan surau
Juga kepada semua yang mengenali diri saya
Termasuk kepada yang pernah tersentuh dan terlanggar bahu denga saya

Juga ucapan Salam Aidilfitri
Kepada rakan blogger
Yang secara langsung atau secara tidak langsung
Menyatakan sokongan terhadap kewujudan blog KODING KN.
Dengan tanpa rasa jemu di setiap waktu yang terluang
Datang berkunjung menjadi pembaca setia
Terhadap segala maklumat yang saya kongsikan


Di kesempatan ini
Saya menyusun sepuluh jari
Memohon kemaafan
Zahir serta batin
Terhadap keterlanjuran bahasa
Dan kesilapan tutur kata
Terhadap gurau senda yang berlebihan
Juga lain-lain kesilapan
Yang saya lakukan secara langsung atau tidak langsung
Di saat bertegur sapa
Di saat bergurau senda
Di saat memberi teguran
Di saat menulis entri
Di saat berblogwalking
Dan di saat memberikan komen

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sekadar Hiburan

Lagu: Musafir Di Aidil Fitri.
Nyanyian: M. Sharif
Aksi Miming: Metallica
Kredit: Kepada MrSharimanZaili, atas perkongsian video klip yang menarik ini.
Juga kepada individu yang sangat kreatif menghasilkannya [MrSharimanZaili].
Sumber: Youtube



Saya menyaksikan video klip ini dalam satu program hiburan di TV9 malam sabtu baru lalu. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke desa kelahiranku.

Kami sekeluarga hanya meneguk air sejuk dan makan kurma di saat azan berkumandang melalui corong radio kenderan kami menandakan masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka puasa. Kami singgah makan malam di sebuah restoran makanan segera di bandar utama daerah tanah tumpah darahku sebaik kami selesai menunaikan solat maghrib di Masjid yang kami temui dalam perjalanan kami itu.

Video ini sangat menarik perhatianku disebabkan kreativiti orang yang menghasilkannya selain daripada saya sendiri juga pernah meminati Metallica. Berdasarkan maklumat Youtube, video ini baru sahaja di'upload' pada 7 Ogos 2012.

Walaupun lagu dalam video klip ini mempunyai unsur mendayu dan sayu, saya mengharapkan anda semua bergembira menyambut kedatangan Aidilfitri yang mulia ini disamping keluarga dan anak saudara.

Maaf dipinta jika video klip ini menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.

0 comments: