18 November 2012

Kurdi Bangsa Tanpa Negara


Wilayah Kurdistan sebahagian besar terdiri dari kawasan pergunungan.

BANGSA keturunan Indo-Eropah yang menduduki wilayah Kurdistan (tanah orang Kurdi) disebut suku Kurdi. Wilayah yang sebahagian besar terdiri dari kawasan pergunungan itu kini meliputi bahagian utara Iraq, bahagian timur Turki, bahagian barat daya Iran dan sebahagian kecil Syria.

Ada juga orang Kurdi yang mendiami wilayah Kaukasus. Jumlah mereka dianggarkan sekitar 15 juta orang. Bahasa Kurdi hampir sama dengan bahasa Parsi, walaupun asal-usul bangsa mereka tidak diketahui secara pasti.

Sebahagian besar orang Kurdi sudah memeluk agama Islam sejak abad ke-7. Meskipun telah lama berusaha mendapatkan kemerdekaan, hingga kini bangsa Kurdi masih belum mempunyai negara sendiri.




Kurdistan Raya

Kurdi ialah sebuah bangsa tanpa negara. Orang Kurdi telah berusaha berkali-kali untuk mencapai kemerdekaan dan membentuk negara sendiri, namun hingga kini usaha itu belum berjaya.

Akhirnya, sejumlah orang Kurdi mula meninggalkan cita-cita mereka dan menubuhkan sebuah Kurdistan Raya kerana mereka terus mengalami kegagalan.

Mereka mula bersikap realistik dan menerima tawaran pemberian autonomi dari negara tempat tinggal mereka dan mula menyesuaikan diri serta berintegrasi dengan negara baru mereka itu.



Cara hidup

Sejak zaman prasejarah, orang Kurdi menjalankan kegiatan pemburuan di wilayah pergunungan yang dikuasai mereka. Kini, masih ada beberapa suku Kurdi yang mempertahankan cara hidup berpindah-randah, sementara yang lain sudah mula duduk tetap.

Mereka yang menetap di kawasan tertentu hidup bertani, manakala yang lainnya mencari bahan makanan di pergunungan pada musim panas dan kembali ke kampung mereka di lembah pada musim dingin.



Agama

Sebahagian besar orang Kurdi memeluk agama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebahagian mereka adalah pengikut Tarekat Qadiriyah dan Naqsyabandiah, yang mula berpengaruh kuat di wilayah Kurdistan sejak abad ke-19.

Sementara itu, orang Kurdi yang tinggal di sebelah selatan Iran dan tenggara Iraq menganut Islam Syiah. Yang selebihnya, iaitu sebahagian kecil orang Kurdi merupakan penganut agama Kristian, Ortodoks dan Yahudi.

Syeikh Ibrahim

Banyak tokoh terkenal bangsa Kurdi yang berperanan besar dalam Islam. Salahuddin Yusuf al-Ayyubi, panglima Islam terkenal dalam Perang Salib, ialah orang Kurdi, Jaa'far bin Hasan bin Abdul Karim (1690-1766), penulis kitab 'Iqd al-Jawahir (Rantai Permata) atau Barzanji.

Selain itu, banyak ulama yang berasal dari Kurdi menjadi ulama di Tanah Suci Mekah, seperti Syeikh Ibrahim (1615-1690) yang pernah menjadi guru kepada beberapa ulama dari Asia Tenggara.

Sumber: Utusan
Sumber Foto: Google Search

2 comments:

Unknown berkata...

kesian

Karen Monica berkata...

alahai siannya ..tanpa negara plak