05 November 2012

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)



Objektif SAPS

• Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

• SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak
termasuklah KPM, JPN,  PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

• Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Sumber: sapsnkra.moe.gov.my


Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Oleh Ibu Bapa Secara Online Melalui SAPS

Ibu bapa kini boleh memantau pencapaian akademik setiap matapelajaran dan setiap peperiksaan sekolah secara online tanpa perlu menunggu laporan dalam kad laporan pencapaian peperiksaan.

Bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas.
manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.

Ibu bapa boleh menyemak prestasi peperiksaan sekolah anak-anak mereka secara online dengan klik pada laman web berikut:

http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Paparan Berikut akan Diperolehi.



1. Isikan maklmat No. Kad Pengenalan atau Sijil Lahir (Tanpa tanda '-' atau 'Space')
2. Pilih tahap persekolahan anak-anak anda (Sekolah Rendah / Sekolah Menengah)
3. Masukkan Tahun Peperiksaan
4. Klik Semak Laporan

Paparan berikutnya akan menunjukkan maklumat nama sekolah dan nombor telefon sekolah nombor kad pengenalan murid dan nama murid, tahun atau tingkatan dan kelas murid.



Pada tahap ini anda boleh memilih dua fungsi SAPS yang berikutnya:

1. Melihat Slip Keputusan Peperiksaan Murid
Pilih jenis peperiksaan. Kemudian klik butang Papar Slip untuk melihat slip keputusan peperiksaan murid.



2. Melihat Analisa Markah Peperiksaan Murid
Pilih jenis peperiksaan. Kemudian klik butang Papar Analisa untuk melihat analisa markah dan perbandingan keputusan antara peperiksaan.



Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan mengklik butang Cetak.

Dengan adanya aplikasi SAPS online ini diharap ibubapa dan pelajar dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan ini. Ibubapa dan pelajar tidak perlu lagi hadir ke sekolah semata-mata untuk memohon salinan slip keputusan peperiksaan.

Sumber Gambar: Google.com

0 comments: