Rupa, warna dan aksi burung-burung yang berbagai jenis dan spesies memang amat menarik untuk dirakamkan menerusi lensa kamera. Bagaimanapun kerja-kerja merakam gambar burung serta mendapatkan aksi yang menarik dan gambar yang 'sharp' bukan sesuatu kerja yang mudah. Selain kepakaran, ianya juga memerlukan pengorbanan wang ringgit, masa dan kesabaran yang tinggi ...
Kedinginan udara 6.30 pagi terasa menusuk sampai ke tulang. Suasana nyaman dan tenang menyambut kedatangan tetamu ke Kuala Gula Sanctuary Resort, Kerian. Ia satu-satunya hotel penginapan yang terdapat di Kuala Gula yang terletak di daerah Kerian, Perak.
Perjalanan dari Kuala Lumpur sejauh 304 kilometer yang memakan masa empat jam terasa berbaloi apabila dihidangkan pemandangan indah di sekitar muara Sungai Kurau yang merupakan penempatan kampung nelayan kecil.
Menyimpan khazanah alam yang tinggi nilainya terutama keluasan hutan bakau yang mengelilingi sepanjang muara, menjadikan Kuala Gula sebagai destinasi ekopelancongan unik terutama pencinta alam.
Lebih istimewa, ia juga menjadi lokasi pilihan si pencinta burung. Terdapat kira-kira 200,000 burung hijrah daripada 50 spesies singgah di sini terutama antara Ogos hingga April setiap tahun.
Itu jugalah yang diburu oleh lebih 50 ahli kumpulan Birds, Nature And Us (BNU) untuk merakam gambar burung hijrah di lensa kamera mereka yang dijadikan hobi dan aktiviti hujung minggu.
KAMERA SEBAGAI SENJATA
Tepat pukul 7.30 pagi, kesemua ahli BNU berkumpul di lobi resort dengan memikul senjata masing-masing. Mereka bukanlah membawa senjata api atau senjata tajam yang membahaya, sebaliknya kelengkapan fotografi seperti kamera, tripod dan lensa yang nilainya mencecah puluhan ribu ringgit.
Ada yang berpakaian ala tentera dengan baju dan seluar celoreng. Bukan itu sahaja, kamera dan lensa juga dibaluti dengan celoreng yang dibeli khas dari luar negara.
Ia adalah sebahagian daripada etika yang digunakan terutama ketika memasuki kawasan hutan bagi merakamkan gambar-gambar burung yang terdapat di sana. Tujuannya untuk memastikan kehadiran mereka tidak mengganggu dan menimbulkan rasa takut kepada habitat haiwan tersebut.
Memikul kamera seberat antara 10 hingga 13 kilogram adalah perkara biasa bagi mereka. Ada yang membelanjakan antara RM30,000 hingga RM80,000 untuk sebuah kamera yang lengkap dengan panjang lensa antara 300mm hingga 600mm.
Hobi yang agak mahal ini, mungkin dilihat tidak berbaloi kepada mereka yang tidak meminati fotografi dan burung. Namun bagi mereka, duit bukan halangan sebaliknya kepuasan merakam gambar burung itu.
Untuk hari ini, lokasi pertama yang dituju, di tepi tasik bakau yang terletak di pintu masuk resort iaitu kira-kira 300 meter dari lobi.
Misinya ialah merakamkan burung hijrah spesies burung raja udang (kingfisher) dan Indian Muller yang banyak terdapat di India.
Aksi-Aksi Menarik Kingfisher:
DUA TAHUN BNU
Mempunyai keahlian seluruh negara, BNU yang ditubuhkan sejak dua tahun lepas, berjaya mengumpul 573 ahli yang mempunyai minat dalam pemeliharaan alam dan burung serta fotografi.
Pada awal penubuhan, ia hanya disertai oleh enam orang antaranya, Muhammad Isa Saat yang juga penaung BNU dan penasihat teknikal, Muhammad Alzahari Darus dan Rosmadi Hassan.
Berkongsi koleksi gambar burung yang diambil melalui facebook, telah menarik lebih ramai yang mempunyai minat dan hobi yang sama. Ia secara tidak langsung mendidik masyarakat melalui gambar-gambar yang dipaparkan untuk mengenali dan mencintai burung.
Pada mata kasar, bagaikan tiada yang isat 'shot' yang sesuai.
Ada etika yang harus diikuti untuk mengambil gambar burung kerana tidak mahu mengganggu habitat kehidupan burung tersebut.
Muhammad Isa berkata antara masa yang tidak boleh diambil ialah ketika burung sedang membuat sarang. Kerana dibimbangi burung tersebut akan merasa takut dan terancam lalu meninggalkan sarangnya.
"Ia juga akan mendedahkan risikakam melalui lensa kamera, terdapat warna lain pada burung gagak. Itulah yang menyebabkan seorang pencinta burung seperti "ketagih" untuk merakamkan gambar burung untuk melihat keindahan dan warna-warna yang terdapat padanya," katanya.
Memilih lokasi Kuala Gula Santuary Resort untuk acara tahunan kali ini, ia sebagai medan untuk ahli berkenalan dan mengeratkan silaturrahim di samping sebagai perantaraan untuk berkongsi pengetahuan tentang burung dan seni fotografi.
Kicauan burung juga sangat menenangkan jiwa. Mendengar kicauannya, bagai berada di dalam hutan bersama-sama mereka.
ETIKA MENGAMBIL GAMBAR
Mengambil gambar burung bukan semudah yang disangkakan. Ia memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Kadangkala masa yang diambil berjam-jam malah berhari-hari untuk menunggu mendapat 'shot' yang sesuai.
Ada etika yang harus diikuti untuk mengambil gambar burung kerana tidak mahu mengganggu habitat kehidupan burung tersebut.
Muhammad Isa berkata antara masa yang tidak boleh diambil ialah ketika burung sedang membuat sarang. Kerana dibimbangi burung tersebut akan merasa takut dan terancam lalu meninggalkan sarangnya.
"Ia juga akan mendedahkan risiko kepada anak burung yang mungkin ditinggalkan oleh ibunya, terutama ancaman manusia.
"Jadi kami akan menunggu agar burung itu keluar dari sarangnya barulah boleh merakamkan gambarnya yang kadangkala ambil masa berjam-jam, malah jika tidak berjaya merakamkan pada hari tersebut, kami akan kembali ke lokasi itu sampai dapat 'capture' gambar burung tersebut," katanya yang menyatakan satu kepuasan apabila berhasil menangkap gambar burung seperti yang diinginkan.
Selain itu, terdapat juga sikap mengambil jalan mudah dalam kalangan 'bird fotographer' dengan memberi makanan kepada burung semata-mata untuk menarik perhatian burung keluar dari sarang atau kawasan hutan. Ia bertujuan mengurangkan masa menunggu terlalu lama bagi mendapatkan 'shot' yang sesuai.
Menurutnya, ia juga menyalahi etika kerana jika sudah terbiasa keadaan itu, dibimbangi burung menjadi malas mencari makanan dan ia sedikit sebanyak mengganggu tabiat semulajadi burung itu.
Untuk menjadi 'bird photographer', memerlukan seseorang itu belajar dan memahami tentang habitat tersebut seperti waktu ia keluar mencari makan, waktu bila tidak boleh diganggu dan sebagainya, katanya.
"Kerana itu kita sentiasa ingatkan ahli-ahli BNU agar mematuhi etika yang sepatutnya dan kita juga tidak akan memaparkan gambar-gambar yang menyalahi etika itu dalam facebook.
"Kerana setiap ahli harus faham, matlamat BNU ialah menikmati keindahan dan keunikan burung dalam habitat asal mereka dari sudut lensa fotografi di samping mengekalkan pemeliharaan alam semulajadi," katanya.
Dengarkan keasyikan melodi 'Lagu Burung' hasil tiupan Saxophone oleh Kenny G.
BANTU KELUARKAN PELUH
Bagi Alzahari, mengambil gambar burung bukan sekadar hobi, tetapi ia juga satu bentuk senaman yang menyihatkan badan selain berpeluang menghayati dan menikmati keindahan alam.
Minatnya bermula apabila sering terlihat pelbagai spesies burung ketika menjalankan tugas di luar daerah seperti Tasik Chini dan beberapa kawasan pedalaman di seluruh negara.
"Seperti di Tasik Chini sekitar 90an saya nampak banyak sangat spesies burung terdapat di sana, namun lama kelamaan saya dapati makin lama semakin kurang.
"Saya terfikir alangkah ruginya, jika tidak diambil gambar burung-burung tersebut sebagai simpanan, kerana bimbang spesies itu semakin pupus. Di situlah saya mula menceburi hobi ini sejak empat tahun lepas," katanya yang bertugas sebagai Jurutera Ukur di Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Lebih berminat merakam gambar burung yang tinggal di kawasan bukit dan hutan kerana lebih menarik dengan warna-warni pada bulunya menyebabkan hampir setiap minggu beliau memasuki kawasan hutan.
Pantang terlihat atau mendengar tentang spesies-spesies burung di lokasi tertentu, pasti akan dijejakinya. Fraser Hill, Ulu Sedim, Kedah hingga paling dekat Kemensah dan Hulu Langat, Selangor antara lokasi wajib yang sering diteroka bersama beberapa rakan yang mempunyai minat yang sama.
"Kebiasaannya kami pergi seramai tiga atau empat orang. Tidak boleh pergi ramai-ramai. Kadang-kadang hanya ditemani isteri sahaja. Bila pergi dalam kumpulan yang kecil, kehadiran kita kurang disedari oleh burung dan ia juga memudahkan untuk kita mengambil gambar spesies yang dicari," katanya yang mempunyai ratusan koleksi gambar burung dalam simpanannya.
Sebagai penasihat teknikal BNU, Alzahari berkongsi koleksi gambar yang dimiliki melalui blognya arinaturephotography.blogspot.com dan menurutnya, maklum balas yang diterima bukan sahaja dalam negara, malah menarik minat pencinta burung seluruh dunia.
"Negara kita masih kaya dengan khazanah alam yang tidak banyak dimiliki negara lain. Ramai rakan blog seperti dari Eropah, Hong Kong menyatakan betapa bertuahnya kita kerana masih dapat melihat pelbagai spesies burung di sini.
"Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan memelihara alam yang kita ada dengan sebaiknya," ujar beliau yang berharap koleksi gambar BNU akan dipamerkan satu hari nanti.
Oleh Kurniawati Kamarudin
Sumber: BERNAMA
Sumber Foto: Google Image
2 comments:
pic burung2 tu sangat menenangkan :)
cantek betul gambar
Catat Ulasan