06 Disember 2012

Patuhi Waktu Makan Dan Pemakanan Anda



WAKTU makan sentiasa dinanti bagi setiap manusia untuk menambah semula tenaga, apatah lagi bila perut sudah mula berkeroncong.

Walau bagaimana cara pun anda makan, anda perlu utamakan kesihatan. Bukan semua makanan boleh anda ambil mengikut selera dan nafsu makan anda.

Anda patut tahu jenis makanan yang perlu anda makan mengikut masa dan corak hidangan yang bersesuaian untuk kesihatan.

Ramai sebenarnya di antara kita yang tidak mematuhi waktu makan. Biasanya, bila perut dah 'keluar muzik', barulah nak cari makan.

Penting sebenarnya untuk kita mematuhi waktu makan agar makanan yang diambil dapat dicerna dengan baik sebelum kita mengambil lagi makanan yang baru.


Ada juga yang mematuhi waktu makan dan ini boleh dilihat di kantin yang penuh dengan rakan-rakan yang makan mengikut waktu. Tetapi makanan yang diambil pula tidak menepati khasiat yang diperlukan badan.

Oleh itu, kedua-dua faktor perlu seimbang. Apa guna kita melakukan senaman, tetapi bila menyentuh tentang makanan, kita makan apa sahaja sesuka hati.

Berikut adalah maklumat tentang bagaimana untuk mematuhi waktu makan agar anda dapat mengekalkan kesihatan diri.

* Sarapan sepatutnya diambil dalam lingkungan masa setengah jam atau sejam selepas bangun dari tidur.
* Sarapan penting untuk menambah semula paras gula dalam darah selepas enam hingga lapan jam tidur.

* Sarapan juga dapat seimbangkan gula dalam darah untuk memberi lebih tenaga ketahanan.
* Makanan yang baik diambil untuk sarapan adalah oat, kacang, bijirin gandum, beras perang, buah-buahan serta sayur-sayuran yang mengandungi karborhidrat yang tinggi.

* Roti bakar yang disapu mentega dengan taburan kismis
* Sandwic tuna bersama keju

* Bijirin bersama susu segar
* Sebiji epal

* Makan tengah hari boleh diambil selepas tiga hingga empat jam kamu bersarapan.
* Elak makan tengah hari akan mengurangkan tenaga kamu apatah lagi waktu itu adalah waktu puncak dalam kehidupan seharian.

* Makanan yang sepatutnya diambil pada waktu tengah hari perlu seimbang dengan protein, karbohidrat dan lemak yang baik.
* Makan tengah hari mampu membekalkan nutrien penting yang sangat kuat dan memberi kamu tenaga yang diperlukan untuk empat hingga lima jam seterusnya.

* Sepinggan nasi ayam
* Semangkuk mihun sup atau mi rebus bersama isi ayam, daging atau bebola ikan

* Nasi putih bersama ikan dan sayur campur
* Minum petang tidak sepatutnya dihidang dengan makanan berat, sebaliknya cukup untuk mengurangkan kelaparan sahaja.

* Makanan yang perlu diambil haruslah tinggi dengan vitamin dan mineral serta rendah kalori untuk mengawal berat badan.
* Tetapi, makanan dengan kalori rendah sebenarnya tidak mengurangkan kelaparan kamu untuk tempoh yang lama.

* Banyakkan makan buah-buahan
* Minum teh o panas dengan sekeping roti bakar

* Makan malam perlu diambil selepas dua hingga tiga jam kamu minum petang.
* Makanan yang diambil untuk makan malam sama seperti makan tengah hari tetapi jumlah makanan lebih kecil.

* B> Makan malam perlu seimbang dari segi protein, karbohidrat dan lemak yang baik.
* Makan sekeping kebab ayam bersama semangkuk salad

* Semangkuk sup sayur atau tom yam
* Makan ikan kukus dan sayur-sayuran

* Waktu makan lewat malam biasanya diambil pada pukul sembilan atau sejam sebelum tidur.
* Makanan yang diambil perlu rendah kalori dan tinggi dari segi nutrien.

* Buah-buahan, sayur-sayuran atau yogurt rendah lemak adalah contoh makanan yang boleh diambil.
* Elakkan daripada minuman seperti kopi atau minuman bergas sebelum tidur.

* Yogurt
* Bijirin dengan susu rendah lemak

* Buah-buahan segar
* Coklat hitam

Sumber: Utusan

0 comments: