04 Disember 2012

Rumah Di Tengah Lebuh Raya Akhirnya Dirobohkan


BEBERAPA buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen selepas dia dan isterinya bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000. 

SATU-SATUNYA rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya yang baru dibina di Zhejiang, China akhirnya diruntuhkan.

Pihak berkuasa China memusnahkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah jalan utama dan menjadi simbol penentangan oleh pemilik rumah terhadap pegawai yang didakwa menawarkan pampasan tidak berbaloi.

Rumah yang terletak di pinggir bandar Wenling itu mendapat perhatian selepas pemiliknya seorang penternak itik, Luo Baogen enggan menerima pampasan yang ditawarkan kerajaan kerana berpendapat jumlah itu tidak cukup untuk membina rumah baharunya.


Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu. Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah,



Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu bahawa rumah itu diroboh pada 1 Disember 2012 oleh pihak berkuasa selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak 260,000 Yuan atau AS$41,000 (RM124,615).

Pasangan berkenaan menjadi penduduk tunggal masih bertahan di kawasan penempatan itu yang dimusnahkan untuk memberi laluan kepada jalan utama menuju ke stesen kereta api baru dibina di bandar raya Wenling di wilayah Zhejiang.

Kerja pemusnahan dibuat seminggu selepas imej rumah itu diedarkan secara meluas melalui online di China, mencetuskan laporan domestik dan antarabangsa mengenai rumah berkenaan yang masih kekal berdiri kerana pemilik mereka menentang pembangunan.

Luo, 67, baru membaik pulih rumahnya yang digelar ‘rumah siput’ harga 600,000 yuan (RM285,000) apabila didatangi pegawai kerajaan dengan tawaran 220,000 yuan (RM105,000) untuk berpindah tetapi ditolak, kata Chen sebelum ini. Tawaran itu dinaikkan kepada 260,000 yuan minggu lalu.

Baogen dilaporkan telah bosan dengan perhatian yang diterima kerana menentang projek pembangunan di kawasan tersebut dan bersetuju menerima pampasan yang ditawarkan secara sukarela.

Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan.

Sumber: UtusanKosmoBHarian [02/12/2012]



Gambar di atas menunjukkan keadaan bangunan tersebut seminggu sebelum pemiliknya setuju ianya diruntuhkan. Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan ganti rugi yang ditawarkan pemerintah masih rendah. Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat bangunan tersebut.

Beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan bergerak bahagian depan dan belakang bangunan berkenaan. Bagaimanapun, buat masa ini jalan raya tersebut masih belum dibuka secara rasmi.

Sumber: Kosmo [23/11/2012]

1 comments:

Dayang Deno berkata...

haaaa??? ada juga mcm ni? kelakar betul rumah tengah2 lebuh raya... hihi :)