03 Januari 2013
Khasiat Sayur
Dalam menyediakan dan menikmati makanan, kita hendaklah mengamalkan diet seimbang dan tidak berlebih-lebihan kerana makanan adalah diri kita yang memberi kesihatan atau sebaliknya kepada kita.
Sayur-sayuran sememangnya berkhasiat untuk tubuh kita, namun ada segelintir yang menolak untuk makan sayur dengan alasan rasa pahit dan pelik.
Alasan lain adalah tidak biasa mengambil sejak dari kecil lagi. Jadi tidak hairanlah kenapa mereka ini tidak menggemari sayur kerana amalan makan sayur tidak diamal sedari usia kanak-kanak.
Jadi ibu bapa harus lebih kreatif dalam menyediakan makanan untuk kanak-kanak dan fikirkan bagaimana cara untuk sematkan minat kanak-kanak untuk makan sayur.
Sayur-sayuran adalah sumber vitamin dan mineral yang penting untuk badan selain itu ia baik untuk pencernaan kerana membekalkan sumber serat. Jadi elok untuk sistem perkumuhan yang lancar.
Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada enam kumpulan biologi iaitu yang menjalar, yang berakar, berbatang, cruciferous dan bebawang.
Sayur Menjalar
Contoh sayur yang menjalar adalah seperti labu, timun dan kacang panjang. Ia hidup menjalar. Ada sesetengah sayuran jenis ini yang enak dimakan mentah dan ada yang perlu dimasak sebelum dimakan.
Timun boleh dijadikan salad dan dimakan begitu sahaja. Orang Melayu sering menggelarkan timun ini sayur sejuk dan tak elok dimakan selalu lebih-lebih lagi bagi ibu dalam pantang dan kaum lelaki. Tetapi timun sebenarnya baik untuk mengelakkan sembelit. Jus timun boleh mengelakkan gastrik.
Timun juga boleh menurunkan berat badan. Untuk kecantikan luaran. timun selalu digunakan untuk menghilangkan jerawat dan hirisan timun juga digunakan untuk melegakan keletihan mata.
Sayur Berakar (Ubi-Ubian)
Sayuran daripada akar pula adalah yang tumbuh di dalam tanah. Akarnya akan membesar dan boleh dimakan setelah digali.
Contohnya, keledek, keladi dan kentang. Sayuran ini kaya dengan kanji dan dimakan untuk membekalkan sumber karbohidrat dalam badan.
Sayur Cruciferous
Kumpulan cruciferous pula adalah terdiri daripada sayuran seperti brokoli, bunga kubis dan kubis.
Pada mereka yang mengamalkan makan sayuran dari kumpulan ini dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit tiroid iaitu penyakit bengkak kelenjar di leher akibat kurang kandungan iodin.
Jadi dengan mengamalkan sayuran ini akan menghalang penyakit ini daripada dihidapi. Sayuran berdaun hijau pula adalah seperti daun salad, bayam dan daun kobis. Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin C, zat besi, anti oksida.
Daun salad misalnya baik untuk mengurangkan penyakit susah tidur malam iaitu insomnia. Selain itu daun salad juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, dengan itu dapat menghilangkan segala keresahan yang kita alami.
Daun ini juga mengandungi karotin, serat dan air yang mampu menghilangkan rasa dahaga dan boleh melancarkan sistem pernafasan kita.
Sayur Batang
Sayur berbatang pula seperti asparagus dan saderi. Asparagus mengandungi rendah kalori dan natrium. Selain itu ia memberikan vitamin B6, kalsium, magnesium, fosforus, vitamin E dan serat.
Asparagus enak di kukus atau digoreng bersama makanan laut seperti udang. Makanan yang ditumis bersama bawang merah dan bawang dengan putih berasa lebih enak dan menaikkan lagi aroma makanan itu.
Sayur Bebawang
Bawang besar, bawang merah dan bawang putih merupakan sayuran dalam kumpulan bebawang.
Selain melazatkan makanan ia juga terbukti untuk memberikan kesihatan dalam badan seperti bawang yang mengandungi sebatian anti oksida iaitu falvonoid yang dapat mengurangkan penyakit kanser, jantung darah tinggi dan kencing manis.
Sumber: Utusan
Labels:
Kesihatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan