15 Februari 2014
Semak 1pengguna.com Untuk Harga Purata Barangan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyarankan pengguna melayari laman web www.1pengguna.com untuk mendapatkan harga purata bagi 105 barang keperluan terpilih yang boleh dijadikan panduan sebelum berbelanja.
Kementerian itu dalam kenyataannya memberitahu, kemudahan berkenaan merupakan salah satu daripada pendekatan yang diambil kerajaan dalam menangani isu peningkatan kos sara hidup yang kini menjadi isu nasional.
Menurut kenyataan itu, antara kaedah lain yang telah dijalankan termasuk melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan harga barangan serta mendidik orang ramai menjadi pengguna yang bijak.
Sumber: Utusan
Penyemakan semudah 1-2-3 dengan 'Carian Pantas Harga'
1. Taipkan Nama Produk
2. Masukkan Nama Negeri atau Tempat anda bermastautin.
3. Klik "Cari Harga' untuk dapatkan perbandingan harga ...
Anda anda dipamerkan dengan beberapa pilihan harga daripada harga yang murah sehinggalag ke harga yang tinggi mengikut kedai / pasaraya yang menjualnya. Dapatkan harga untuk beberapa produk keperluan anda dengan kaedah yang sama.
Selepas itu pilihnya satu kedai yang dekat dengan tempat tinggal anda serta menawarkan harga yang relatif rendah bagi semua barang keperluan anda itu. Dengan itu duit petrol kereta juga dapat dijimatkan. Jadilah pengguna yang bijak.
Sumber: 1pengguna.com
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan