25 Mac 2014

Penerbangan MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi

Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - PM

Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengesahkan penerbangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014, berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Najib berkata, kedudukan itu dikira pembekal data satelit, Inmarsat (syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan), dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom menggunakan analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seumpama itu.

"Menggunakan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberi beberapa petunjuk lebih jelas mengenai laluan penerbangan MH370.


"Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.

"Ini adalah lokasi yang terpencil, jauh daripada sebarang kawasan mendarat. Maka dengan rasa sedih dan berat hati, saya mesti memberitahu anda bahawa berdasarkan data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 mac, 2014.

Perdana Menteri berkata Malaysia Airlines telahpun memaklumkan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan itu.

"Bagi mereka, beberapa minggu lepas merupakan tempoh yang memilukan, saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan di saat-saat sukar seperti ini," kata Najib.

Najib berkata sidang akhbar yang tidak dijadualkan malam ini diadakan bagi memaklumkan kepada dunia mengenai perkembangan baharu itu dengan secepat mungkin.

"Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada sikap terbuka dan menghormati anggota keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi amalan dalam siasatan ini," katanya. Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Ketika pengumuman itu dibuat, ramai wartawan yang mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut menitiskan air mata.

Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Usaha mencari dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke sebelah utara Thailand, manakala koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Operasi SAR MH370 disifatkan sebagai yang terbesar seumpamanya dalam sejarah membabitkan lebih 27 negara.

Sumber:  BERNAMA, BHarian

Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang.

PM STATEMENT ON MH370 (24/03/14)

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

Sumber: BHarian

Kenyataan PM Najib Tun Razak Mengenai MH370

Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu.

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut.

Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera.

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini.

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini.

Sumber: BERNAMA

Berikut ini pula adalah kenyataan MAS berhubung perkembangan terbaharu pesawat MH370

Malaysia Airlines MH370 Flight Incident (Media Statement)

Malaysia Airlines deeply regrets that we have to assume that MH370 ended in the southern Indian Ocean. As you will hear in the next hour from Malaysia’s Prime Minister, new analysis of satellite data suggests the plane went down in the Southern Indian Ocean.

On behalf of all of us at Malaysia Airlines and all Malaysians, our prayers go out to all the loved ones of the 226 passengers and of our 13 friends and colleagues at this enormously painful time.

We know there are no words that we or anyone else can say which can ease your pain. We will continue to provide assistance and support to you, as we have done since MH370 first disappeared in the early hours of 8 March, while flying from Kuala Lumpur to Beijing.

The ongoing multinational search operation will continue, as we seek answers to the questions which remain. Alongside the search for MH370, there is an intensive investigation, which we hope will also provide answers.

We would like to assure you that Malaysia Airlines will continue to give you our full support throughout the difficult weeks and months ahead.
Once again, we humbly offer our sincere thoughts, prayers and condolences to everyone affected by this tragedy.

Note: The communication below was shared with the family members of passengers and crew of MH370
Sumber: BHarian

Inmarsat rungkai misteri


Salah satu satelit Inmarsat.

Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat akhirnya membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selama 17 hari, selepas data-data yang disalurkan oleh satelit itu mengesahkan kapal terbang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Data-data yang disalurkan oleh Inmarsat memberi petunjuk kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi di barat Perth.

Dengan menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini dalam mana-mana siasatan melibatkan kehilangan dan kemalangan pesawat, satelit Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom mengesahkan pesawat MH370 terbang sepanjang laluan ke koridor selatan dan mengesahkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi.

Berdasarkan maklumat data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan perasaan penuh sedih dan terharu malam ini mengumumkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bahawa pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Satelit Inmarsat telah memainkan peranan penting bagi membantu mengesan kehilangan pesawat MH370 sejak berita kehilangan MH370 dilaporkan pada 8 Mac 2014 lalu.

Tujuh hari selepas pesawat MAS itu hilang, satelit Inmarsat dilapor menerima isyarat 'ping' daripada pesawat MH370 lima jam selepas kapal terbang itu hilang dari radar.

Sebuah satelit Inmarsat turut mengesan isyarat 'jabat tangan' (handshake) daripada MH370 selama beberapa jam, sebelum syarikat itu mengeluarkan satu kiraan berdasarkan datanya, menunjukkan pesawat tersebut kemungkinan terbang menuju koridor utara sehingga ke Turkmenistan dan koridor selatan menjangkau Lautan Hindi.

Data itu turut mengalih tumpuan operasi mencari dan menyelamat dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi dan bahagian daratan sehingga ke Turkmenistan dalam satu operasi mencari yang dilancarkan secara besar-besaran melibatkan 26 buah negara.

Inmarsat ditubuhkan pada 1979 oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang juga merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa ini, Inmarsat memiliki 10 buah satelit terletak pada ketinggian 35,786 kilometer dari paras bumi termasuk satelit Inmarsat-5, Alphasat, I-3, I-4 dan Inmarsat-2.

Sumber: Utusan [24032014]

Kaedah 'Kesan Doppler' Tentukan Kedudukan Terakhir MH370

Kedudukan terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, dikenal pasti melalui penggunaan 'kesan Doppler' oleh Air Accident Investigation Branch (AAIB) United Kingdom dan Satelit Inmarsat.

Pemangku Menteri Pengngkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Inmarsat mencipta kaedah inovatif kedua ini, yang mengambil kira halaju pesawat berkenaan dan kaitannya dengan satelit berkenaan.

"Berdasarkan pergerakan relatif ini, frekuensi yang diterima dan dipancarkan akan berbeza daripada nilai normalnya, sama seperti bunyi sebuah kereta berubah apabila ia semakin dekat dan berlalu. Kesan ini dikenali sebagai kesan Doppler," katanya.

Kaedah Inmarsat itu membuat analisis tentang perbezaan antara frekuensi yang dijangka diterima stesen bumi dengan frekuensi sebenar yang diukur dan perbezaan yang wujud adalah hasil daripada kesan Doppler, yang dikenali sebagai 'Burst Frequency Offset'.

'Burst Frequency Offset' berubah mengikut lokasi pesawat terbabit dalam arca yang berkemungkinan menjadi tempatnya berada, arah pergerakan dan kelajuannya.

"Untuk mendapatkan keyakinan terhadap teorinya, Inmarsat menyemak ramalannya itu dengan maklumat yang diperoleh daripada enam pesawat B777 lain yang terbang pada hari sama di pelbagai arah. Terdapat persamaan yang meyakinkan.

"Ketika berada di bumi di lapangan terbang Kuala Lumpur dan pada peringkat awal penerbangannya, MH370 menghantar beberapa mesej.

"Pada peringkat itu, lokasi pesawat berkenaan dan satelit, telah dikenal pasti, maka oleh itu, perkiraan bolehlah dibuat tentang ciri-ciri sistem pesawat terbabit, satelit dan stesen bumi," katanya.

Beliau berkata analisis ini menjadi asas bagi kajian selanjutnya dalam usaha menentukan kedudukan terakhir pesawat MH370.

"Sejajar dengan itu, pasukan penyiasat Malaysia menubuhkan sebuah kumpulan kerja antarabangsa, yang dianggotai agensi yang memiliki kepakaran dalam bidang komunikasi satelit dan prestasi pesawat, untuk meneruskan tugas berkenaan," katanya.

Sumber: BERNAMA

Gambaran Pencarian MH370 di Lautan Hindi



Mengapa objek yang dilihat melalui satelit gagal ditemui di lautan Hindi?

Lautan Hindi disebut sebagai lautan 'sunyi' dan sangat bergolara dengan kedalaman yang boleh mencapai 7000 meter. Penyelamat MH370 terpaksa menggadai nyawa untuk ke sini.

Bayangkan jika penyelamat datang dengan kapal terbang 4 jam perjalan pergi dan 4 jam perjalanan balik terpaksa ditempuhi dengan minyak yang hanya mampu bertahan untuk 10 jam akhirnya cuma berbaki untuk 2 jam.

Selain berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipengaruhi jarak lokasi penemuan objek yang terlalu jauh dari darat, sekali gus menyukarkan pencarian. Dengan keadaan yang sedemikian, bangkai hanya akan ditemui dengan menggunakan alat sonar dan aset maritim, bukannya aset udara.

Benarlah kata-kata yang mengungkapkan bahawa 'Mencari MH370 di Indian Ocean, Umpana Mencari Jarum Peniti Di Dalam Padang Bola Sepak' yang penuh dengan becak dan lalang.

Sumber: Tranungkite, Utusan

Misi mengesan kotak hitam MH370 berdepan cabaran sukar

Pencarian kotak hitam pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas di Lautan Hindi merupakan satu tugasan yang amat sukar walaupun dibantu peralatan canggih bagi mengesan objek terbabit.

Menurut salah seorang ahli pasukan pencarian kotak hitam pesawat Air France AF447, walaupun dua kotak hitam milik pesawat MH370 itu mampu merungkai misteri kehilangannya, usaha mencari kotak hitam itu bukan sahaja sukar malah akan memakan masa yang lama.

Pesawat komersial memiliki dua kotak hitam. Satu daripadanya ialah perakam digital data penerbangan yang merekod kelajuan, altitud dan haluan, manakala satu lagi ialah perakam suara kokpit yang merekod segala perbualan dalam kokpit, bunyi dan pengumuman lain.

Berdasarkan teori, kotak hitam yang mengandungi data penerbangan dan rakaman suara kokpit akan terus memancarkan isyarat kira-kira dua minggu lagi dengan purata jarak penerimaan dua hingga tiga kilometer.

“Begitupun, tanpa sebarang serpihan pesawat di kawasan pencarian, ia seakan-akan mencari sebatang jarum dalam timbunan jerami,” katanya.

Tragedi pesawat Air France AF447 pada tahun 2009 agak berbeza dengan MH370 kerana misi pencarian kotak hitam AF447 itu mempunyai petunjuk seperti serpihan pesawat.

Pasukan mencari kotak hitam pesawat Air France mengambil masa 23 bulan untuk mengesan bangkai utama pesawat serta mendapatkan semula kotak hitam di Lautan Atlantik dengan kedalaman 3,900 meter.

Sebelum pengumuman rasmi mengenai penerbangan MH370 yang berakhir di Lautan Hindi, tentera laut Amerika Syarikat (AS) telah menghantar alat pengesan kotak hitam (pinger locator) ke Perth.

Alat seberat 35 kilogram itu disambung dengan kabel dan ditunda menggunakan kapal.

Jelasnya, alat tersebut itu dilengkapi pengesan bunyi yang mampu mengenal pasti isyarat kotak hitam sehingga kedalaman 6,000 meter.

“Jika tiada isyarat diperolehi melalui alat terbabit, kita akan membuat pengimbasan dari semua sudut bagi mengesan sebarang bunyi asing di dasar lautan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo [25/03/2014]

AS hantar peralatan mencari kotak hitam ke Lautan Hindi

Amerika Syarikat (AS) mengerahkan peralatan mencari kotak hitam ke kawasan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi berdekatan perairan Australia.

Pegawai Operasi Armada Ketujuh AS, Komander Chrus Budde berkata, peralatan dikenali sebagai Towed Pinger Locater itu akan membantu mencari kotak hitan pesawat tersebut jika kawasan operasi mencari serpihan telah ditentukan.

``Jika serpihan ditemui, kami akan dapat memberi maklum balas segera kerana hayat bateri kotak hitam sangat terhad,’’ katanya.

Sumber: Utusan [24032014]

AS hantar dron dasar laut bantu cari

Amerika Syarikat (AS) akan menghantar dron dasar laut milik Tentera Laut negara ini yang mampu menjelajah sehingga kedalaman hampir 15,000 kaki (4,572 meter) dalam usaha membantu mencari serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Pentagon.

Pengumuman pengerahan kenderaan dasar laut berkelengkapan sonar dikenali sebagai Bluefin itu dibuat beberapa jam selepas Malaysia mengesahkan pesawat tersebut hilang di Lautan Hindi.

Sumber: Utusan [25032014]

0 comments: