08 September 2014
Strobe Light Pada Kenderaan Tidak Dibenarkan
Pemilik kenderaan yang masih berdegil memasang aksesori lampu tambahan (strobe light) dan menggunakan nombor plat tidak dibenarkan akan dikenakan saman maksimum RM300 bermula 1 November 2014.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, langkah itu diambil selepas arahan yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan agar tidak melakukan kedua-dua kesalahan tersebut sebelum ini tidak diendahkan.
Beliau berkata, pihaknya juga mendapati penggunaan aksesori lampu tambahan menjadi antara punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Hanya tiga warna dibenarkan untuk lampu kenderaan di jalan raya iaitu lampu brek berwarna merah, lampu isyarat kenderaan berwarna kuning dan lampu utama berwarna putih.
Sumber: Utusan
Labels:
Maklumat Umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan