23 Mac 2011

Keputusan SPM 2010 Terbaik Sepanjang Empat Tahun

~ Gambar Hiasan ~

Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010, berbanding 7,987 calon pada 2009 (iaitu peningkatan seramai 1,252 calon).

368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun 2009.
Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009. Calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.


Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun.

Bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.

Bagi calon yang berkeperluan khas pula, 319 calon berjaya mendapat sijil SPM dan daripada jumlah itu tujuh calon mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Mengenai pencapaian mata pelajaran pula 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi melebihi tiga peratus untuk gred cemerlang, 39 lagi stabil dan sembilan menurun. Bagi gred kepujian (B+,B,C+,C) sebanyak 18 mata pelajaran meningkat, 43 stabil manakala 42 menurun dan kategori lulus pula (D dan E) sebanyak lima mata pelajaran adalah stabil dan 31 lagi menurun melebihi tiga peratus.

Sumber: ILuvIslam

Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, jelas menunjukkan program Tawaran Baru yang dilaksanakan antara sekolah dan Kementerian Pelajaran memberikan kesan positif dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata ini berdasarkan kepada penurunan bilangan sekolah dengan pencapaian sekolah berpotensi pada tahun lalu melebihi 50 peratus berbanding 2009 iaitu daripada 143 sekolah kepada 66 sekolah.

Rumusan kementerian mendapati sebahagian besar sekolah berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan.

Pada tahun lalu, 67 sekolah dikategorikan cemerlang berbanding 66 pada 2009, 340 baik berbanding 278 dan 1,683 lagi sekolah di bawah kategori memuaskan berbanding 1,654.

Tawaran baru atau bai'ah itu adalah empat bidang kecil di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan, menawarkan guru besar ganjaran RM7,500, diikuti lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900, petugas sokongan seperti kerani juga diberi imbuhan setimpal.

Sumber: BHarian

P/S: Tahniah kepada semua Calon SPM 2010 yang berjaya dengan cemerlang terutama yang berjaya memperolehi 5A dan ke atas.

Tahniah: 7A (Fhashihah & Husna), 6A (Aina, Hanun & Atikah), 5A (Aimi, Dahlia, Adilah Nazurah, Norhawa, Anis Adibah & Khairunnisa)

Tahniah Puteri Serikandi: Peningkatan GPS 3.87 (SPM 2010), berbanding 4.85 (SPM 2009).

Tahniah juga kepada para guru yang berjaya mendidik dan membimbing pelajar-pelajar tersebut tanpa mengenal rasa jemu demi memastikan kecemerlangan mereka di dalam SPM.

Tahniah dan Terima kasih: Pn. Siti Rokayah, Pn. Hanizah, Pn. Eriniwati, En. Fazil dan Pn. Normela.

Kepada semua pelajar, harus selalu ingat jasa guru. Tanpa guru kejayaan tersebut pasti akan kekal sebagai impian yang tidak akan menjadi kenyataan.

Terima kasih kerana masih ingat: Aina, Ainol, Akid, Nazatul Nazira, Raudah, Hazimah, Adam, Dahlia, Farah Syuhada, Hanun, Israaq, Adilah Nazurah, Hidayah, Norhawa, Husna, Yusniza, Anis Adibah & Syaidatul Akma.

0 comments: