13 April 2011

Arab Saudi Akan Bina Bangunan Setinggi 1.6 km

Berita berikut ini pasti satu perkembangan yang sangat dinanti-nantikan oleh 'Spiderman Perancis'.


POSTER menunjukkan bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah, Arab Saudi.

Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di Jeddah, Arab Saudi.

Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina.


Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.

Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.

Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.

Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.- Agensi

Sumber; Kosmo.

p/s: Pastinya kelak ianya akan mempunyai sistem pelan kebakaran dan sistem keselamatan yang canggih. Oleh sebab ketinggian yang sedemikian ia pasti terdedah kepada risiko dilanggar oleh pesawat.

Bagaimana pula dengan gempa bumi?

4 comments:

mykhalis berkata...

hmmm..kaya bebeno orang arab nikan?

azwa amani berkata...

errmm...salah satu tanda kiamat ialah manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi

Tanpa Nama berkata...

ber-bilion2. ohhhh

Admin berkata...

Rasanya saya sokong pendapat azwa amani

p/s sy ada n3 Dynamic Views terbaru,semoga sahabat lebih memahaminya nanti