24 Disember 2011
Amaran Malware Dalam Blog Aku.
Jika anda mengunjungi blog aku di saat ini menggunakan enjin carian Google Chrome, pasti anda akan menemui mesej berikut ini di samping symbol no entry .
_____________________________________________________________________________
Warning: Something's Not Right Here!
koding-kn.blogspot.com contains content from www.iluvislam.com, a site known to distribute malware. Your computer might catch a virus if you visit this site.
Google has found that malicious software may be installed onto your computer if you proceed.
_____________________________________________________________________________
Bagaimanapun bagi yang melayarinya menggunakan Mozilla Firefox dan Internet explorer, anda tak akan menemui masalah ini.
Aku mula menyedari hal ini bermula pada jam 11.00 pagi Jumaat hari ini (18/11/11). Aku memang menggunakan Google Chrome sebagai enjin carian. Disebabkan hal ini maka aku tak dapatlah nak mengemaskini blog aku menggunakan Google Chrome.
Puncanya adalah kerana blog aku meletakkan www.iluvislam.com, di dalam bloglist selain sejumlah backlink yang agak banyak juga ke www.iluvislam.com, dalam entri-entri yang berkaitan dengannya.
Serangan malware tersebut adalah terhadap www.iluvislam.com.
Aku telah remove www.iluvislam.com, dalam bloglist aku. Tetapi amaran di atas masih lagi kelihatan. Aku rasa pasti amaran ini akan terus kelihatan memandangkan google akan terus mengesan kewujudan 'backlink'nya.
Yang pastinya aku tak laratlah nak remove semua link www.iluvislam.com, yang terdapat dalam kebanyakan entri aku ni.
Oleh itu untuk beberapa ketika selagi masalah malware tersebut gagal diselesaikan oleh www.iluvislam.com, aku pasti sepanjang masa itulah trafik ke blog aku aku merosot.
Pada peringkat awal aku beranggapan fenomena ini tak akan lama. Lambat laun ia pasti dapat di atasi oleh
iluvislam.com. Amaran Malware ini akhirnya dapat dihentikan sehari kemudian. Bagaimanapun masalah ini berulang 2 - 3 hari kemudian. Boleh dikatakan dalam seminggu amaran terhadap Malware ini akan berlaku sebanyak 2 kali.
Hampir 2 bulan amaran ini terus dipaparkan sebaik seseorang cuba untuk masuk ke blog aku pada hari-hari tertentu. Beberapa orang rakan blogger memaklumkan tentang hal ini dalam Shout Box aku. Aku perlu membuat sesuatu untuk memulihkan keadaan. Aku tidak tahan lagi melihat kemerosotan jumlah pengunjung ke blog aku akibat kegagalan mereka untuk masuk ke blog aku.
Melalui maklum balas rakan-rakan blogger, sebahagian besar daripada mereka lebih suka menggunakan google chrome kerana proses 'loading'nya yang laju berbanding enjin carian yang lain.
Aku perlu mencari masa yang sesuai untuk operasi membuang backlink yang dikaitkan dengan iluvislam. Akhirnya sepanjang 2 hari bermula 23 hingga 24/12/11 aku memulakan kerja-kerja mencari entri-entri yang berkaitan yang membuang 'banklink'nya.
Pada jam 9.00 malam kerja-kerja tersebut selesai. Aku dapat membuka blog aku menggunakan enjin carian google tanpa gangguan amaran malware.
Labels:
Masam Manis Payau
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
Ish.. ish... ade je pendengki...
Sabor ajelah...
samada ia betul2 akan mempengaruhi blog kita cuba cek kat goggle webmaster tools...
masalah ni sbb dengki ada iliuvislam or mmg ada prob??
Catat Ulasan