19 Februari 2012

Kemantapan Suara Adele



PERTAMA kali mendengar lagu Rolling In The Deep dan Someone Like You, mungkin ada yang menyangka Adele adalah ‘berkulit hitam’ kerana kemantapan suaranya lazimnya dimiliki penyanyi kulit hitam.

Mungkin ada yang tidak menyangka sama sekali Adele ini adalah wanita berkulit putih, berasal pula dari Britain, yang lebih terkenal dengan genre pop. Ramai yang menggemari lagu Rolling In The Deep kerana melodinya bagaikan membangkitkan keinginan untuk turut sama menyanyi.

Adele - Rolling in the Deep



Adele - Someone Like You


Pada majlis anugerah Grammy 2012, Adele meraih enam kemenangan dalam enam kategori yang dia dicalonkan.

Anugerah kemenangan tersebut adalah:

1. Album Terbaik: Adele, 21
2. Rekod Terbaik: Adele, Rolling in the Deep
3. Lagu Terbaik: Adele, Rolling in the Deep
4. Persembahan Vokal Pop Solo Terbaik: Adele, Someone Like You
5. Album Pop Terbaik: Adele, 21
6. Video Muzik Pendek Terbaik: Adele, Rolling In The Deep.



Pernah

“Orang yang benar-benar menyukai lagu (Adele) cenderung lebih kepada seseorang yang nostalgia, sentimental dan banyak berangan-angan.” kata Chamorro-Premuzim.

Apakah lirik dan melodi lagu yang memainkan peranan besar dalam menarik perhatian pendengar menyukai lagu Adele, atau apakah suara mantap Adele itu sendiri adalah kekuatan utama lagu itu?

Rumusannya, dalam ribuan penyanyi yang dilahirkan setiap tahun termasuk program seperti American Idol, The Voice atau Akademi Fantasia, hanya beberapa orang sahaja yang akan diiktiraf sebagai memiliki suara yang benar-benar hebat. Adele adalah seorang daripadanya.

Adele tidak perlu berpakaian seksi untuk meraih perhatian. Adele dianugerah Tuhan suara yang bertenaga dan lirik lagu yang memberi inspirasi kepada ramai orang.

Pada usianya yang baru 23 tahun, perjalanan Adele masih jauh dan laluan emas berkilauan buatnya yang kini terbentang luas sekali gus menyediakan suatu cabaran yang hebat buat dirinya.

Sumber: Utusan

6 comments:

Nurul Huda Mohd Rislan berkata...

first time dengar suara adele je saya dah terpikat..mmg power!!

teha berkata...

adele the bestt ! ;)

Unknown berkata...

x pernah dengar lagi lagu dia

zareliqa afiqa berkata...

Baru dengar suara dia.huhu

syiela berkata...

suara dia mmg power! i loike ;))

caliph shuriken berkata...

pnah dgr lagu2 ni, tapi x prasan yg ni nyanyian adele, huh...