29 Mac 2013
Fadilat Di Sebalik Wudhu'
Wudhu' adalah wasilah syarak terpenting untuk menghilangkan hadas kecil daripada anggota supaya seorang Muslim menjadi suci dan menunaikan perbuatan yang disyaratkan baginya taharah.
Wudhu' dari segi istilah ialah perbuatan menggunakan air pada anggota tertentu dan ia mempunyai syarat, fardu serta sunat.
Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (pada hal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah, ayat 6)
Bukhari meriwayatkan sifat yang lengkap bagi Wudhu' Rasulullah SAW dengan menjelaskan fardunya, sunatnya dan fadilatnya, daripada Usamah bin Affan: Saidina Usman bin Affan telah meminta air untuk berwudhu', setelah itu beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri sama seperti membasuh kaki kanannya.
Kemudian Saidina Usman berkata: Aku pernah melihat Rasulullah SAW berwudhu' seperti cara aku berwudhu'. Aku juga telah mendengar Baginda bersabda: Sesiapa yang mengambil wudhu' seperti aku berwudhu' kemudian dia menunaikan solat dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wudhu' dan solat, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Enam fardu wudhu'
Fardu Wudhu' ada enam iaitu niat, membasuh muka, membasuh dua tangan hingga siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kaki hingga buku lali dan tertib.
Sunat Wudhu' banyak dan dianjurkan melakukannya antaranya membaca bismillah pada awalnya, membasuh kedua-dua belah tapak tangan, menggunakan siwak, mencelah-celahi janggut yang lebat, menyapu seluruh kepala, menyapu kedua-dua belah telinga, membasuh sebanyak tiga kali dan mendahulukan yang kanan.
Sumber: Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie
Sumber Akhbar: BHarian
Rukun-rukun wudhu'
Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-
BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala".Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
NIAT & BASUH SELURUH MUKA DARI TELINGA KIRI-KANAN
2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.
HUJUNG JARI HINGGA SIKU MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI
3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.
MENYAPU AIR KE KEPALA MENCUCI KEDUA TELINGA
4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI MULAKAN KAKI KANAN/KIRI
5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali. 6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas wudhu'
Sunat-sunat wudhu'
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu':-
Menghadap ke arah Kiblat.
Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.
Perkara yang membatalkan wudhu'.
Enam perkara membatalkan wudhu':-
Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
Murtad.
Sumber: Zakatsel
Labels:
Indahnya Islam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
jom amalkan sentiasa berwuduk...bukan hanya utk bersolat..
tq for sharing!
entry yang sangat2 bermanfaat untuk org yang tak berapa tahu cara berwudhu, fadhilatnya, perkara2 sunat, batal.. moga Allah membalas jasa baik koding :)
Catat Ulasan