24 Mac 2013

Fenomena Lubang Gergasi (Sinkhole)


RIBUT Tropika Agatha mengakibatkan lubang besar berlaku di Guatemala pada tahun 2010.

Lubang Gergasi 'Menelan' Mangsanya

SEORANG lelaki di Florida hilang setelah ditelan sebuah lubang sedalam enam meter dalam satu kejadian di rumahnya. Lubang tersebut ditemui di bahagian bilik tidur mangsa.

Jeffrey Bush, 36, dipercayai meninggal dunia selepas anggota keselamatan gagal menghubungi dan menemui jasadnya yang tertimbus di dalam lubang tersebut. Atas faktor keselamatan, pegawai-pegawai berdekatan bandar Tampa telah menangguhkan usaha mencari tersebut.

Ketua Jabatan Bomba di Hillsborough County, Florida, Ron Rogers berkata, kejadian lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering kali berlaku di beberapa kawasan sekitar Florida.


"Pada dasarnya, Florida terletak di atas permukaan batu kapur. Apabila berlaku hakisan air dalam gua, ia akan menyebabkan tanah runtuh sekali gus terbentuk lubang-lubang besar pada permukaan," jelasnya.

Siasatan awal mendapati lubang gergasi di rumah Jeffrey ialah selebar sembilan meter dan kedalaman enam meter. Sehubungan itu, pegawai berkenaan telah membuat zon keselamatan sejauh 30 meter dari kawasan kejadian kerana lubang itu semakin membesar.

"Kita tidak tahu sejauh mana kestabilan tanah di lokasi tersebut. Ketika anggota penyelamat berada di dalam lubang beberapa bahagian rumah runtuh lagi," ujarnya.


KEWUJUDAN lubang berdiameter besar dengan kedalaman beratus-ratus meter dianggap fenomena luar biasa.

Selain Florida, kejadian lubang besar pernah berlaku di Amerika Syarikat. Kawasan itu digelar Devil's Sinkhole dan telah dijadikan destinasi pelancongan ekstrem yang amat popular.

Selain Amerika Syarikat, kejadian sama berlaku di Guatemala. Ia disebabkan ribut Tropika Agatha yang menyebabkan tanah mendap sekali gus terbentuk lubang besar.

Pakar-pakar geologi menyifatkan lubang besar berlaku disebabkan pergerakan air bawah tanah, hakisan batu kapur, kesan meteor, aktiviti perlombongan dan kebocoran sistem pengairan.

Dalam pada itu, lubang besar juga pernah berlaku di Laut Caribbean akibat kesan meteor.

Kini, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Berbalik kepada kejadian yang menimpa Jeffry, adiknya, Jeremy, 35, berkata, dia mendengar dentuman kuat dan diikuti jeritan abangnya meminta pertolongan. Menurutnya, dia telah melompat ke dalam lubang namun tidak nampak kelibat abangnya itu.

"Lantai rumah masih bergerak dan segala kekotoran memasuki lubang tetapi saya tidak peduli. Saya mahu menyelamatkan abang saya," katanya yang keluar dari rumah jirannya sambil menangis teresak-esak.


JASAD Jeffrey masih terbenam di dalam lubang besar ini.

Bagaimanapun, salah seorang anggota keselamatan terpaksa menarik Jeremy daripada menggali lubang besar itu. Menurut Rogers, mereka melihat sebahagian tilam terkeluar dari lubang itu.

Pihaknya tidak dapat berhubung dengan Jeffrey walaupun anggota keselamatan telah memasukkan kamera dan alat pendengaran ke dalam lubang tersebut. Lantaran itu, kedua-dua jiran di sebelah rumah Jeremy dipindahkan. Rumah Jeffrey pula dirobohkan pihak berkuasa pada 3 Mac 2013 lalu.

Begitupun, mereka melakukan kerja-kerja tersebut dengan teliti untuk menyelamatkan beberapa bahagian rumah tersebut. Antara yang terselamat ialah kitab Bible, dompet wanita dan gambar keluarga.

Setelah kerja-kerja merobohkan rumah itu selesai barulah sekumpulan pakar akan memeriksa lubang itu. Pakar-pakar tersebut mengakui terdapat ribuan lubang benam di Florida dan ia berlaku disebabkan struktur geologi di negeri itu. Selain itu, Florida terletak di atas permukaan batu kapur yang menyebabkan tanahnya mudah terbenam.

Sumber: Kosmo

Pembentukan 'Sinkhole'

Sinkholes mungkin berlaku pada kawasan permukaan bumi yang mepunyai sistem saliran. Bagaimanapun fenomena ini boleh juga terbentuk di tempat-tempat yang tinggi dan kering.

Mekanisme pembentukan terjadi akibat proses hakisan yang berlaku secara beransur-ansur di mana pergerakan air bawah tanah melarutkan batu kapur dan menghanyutkannya. Pemelarutan batu kapur meninggalkan zarah-zarah bahan lain berkeadaan longgar dan secara beransur-ansur membentuk kekosongan.

Fenomena Sinkholes ini boleh menjadi dramatik, kerana tanah permukaan biasanya kekal utuh sehingga tidak ada sokongan yang cukup. Kemudian, berlaku mendapan secara mendadak permukaan tanah.

Sinkholes juga boleh terbentuk daripada aktiviti manusia. Sebagai contoh di kawasan yang terdapat tinggalan lorong bawah tanah daripada aktiviti perlombongan seperti di Louisiana.

Kebanyakan kes sinkholes berlaku di kawasan bandar kerana pembetung runtuh apabila paip lama mereput. Ia juga boleh berlaku dari penyedutan keluar dan pengekstrakan air bawah tanah dan cecair subpermukaan secara berlebihan.

Sinkhole juga boleh terbentuk apabila corak saliran asal air berubah dan lencongan air sistem baru dibangunkan. Sesetengah sinkholes membentuk apabila permukaan tanah berubah, seperti apabila kolam perindustrian dan aliran penyimpanan air dicipta. Berat beban bahan baru yang besar mencetuskan keruntuhan bahan sokongan bawah tanah sekali gus menyebabkan sinkhole.

Great Blue Hole in the Caribbean Ocean of Belize.  Source: USGS
Great Blue Hole in the Caribbean Ocean of Belize.

Sinkholes terbesar dan paling mengkagumkan di dunia adalah:

Di Afrika dan Timur Tengah

* Bahmah Sinkhole (Bimmah sinkhole) - Wadi Shab dan Wadi Tiwi, Oman, kira-kira 30 m dalam.
* Blue Hole - Dahab, Mesir. Sinkhole bulat atau lubang biru, 130 m dalam. Termasuk sebuah pintu gerbang luar biasa menuju ke Laut Merah pada 60 m, terkenal untuk penyelaman dan cubaan skuba. seringkali berlaku kes membawa maut.
* Boesmansgat - sinkhole air tawar Afrika Selatan, 280 m dalam.
* Tasik Kashiba - Zambia. Kira-kira 3.5 hektar (8.6 ekar) keluasan kawasan dan kira-kira 100 meter (330 kaki) dalam.
* Sinkhole Teiq - Oman. Salah satu sinkholes terbesar di dunia dengan jumlah isipadu 90 juta meter padu. Beberapa wadi menyalurkan air terjun yang menakjubkan ke sinkhole 250 m dalam ini.

Di Asia

* Dashiwei tiankeng - Guangxi, China. 613 m dalam, dengan dinding menegak, di dasarnya mengandungi setompok kawasan hutan dengan spesies yang jarang dilihat.
* Red Lake - Croatia. Kira-kira 530 m kedalaman dengan dinding yang hampir menegak, mengandungi kira-kira 280-290 m tasik yang dalam.
* Tiankeng Xiaozhai - Majlis Perbandaran Chongqing, China. Sinkhole berkembar dengan dinding menegak, 662 m dalam.

Di Caribbean

Dean's Blue Hole – Bahamas. Sinkhole terdalam yang terkenal terletak di bawah laut, kedalaman 203 m. Lokasi popular untuk kejohanan dunia acara menyelam bebas.

Di Amerika Tengah

* Great Blue Hole - Belize. Sinkhole bulat, 124 m mendalam. Ciri-ciri yang luar biasa adalah stalaktit condong di kawasan paling dalam, yang menandakan kesan orientasi lapisan batu kapur ketika sinkhole ini berada di atas paras laut.

Di Amerika Utara

* Cave of Swallows - San Luis Potosi, Mexico. 372 m dalam, sinkhole bulat dengan dinding tergantung.
* Gypsum Sinkhole - Utah, Amerika Syarikat. Hampir 50 kaki (15 m) diameter dan kira-kira 200 kaki (61 m) dalam.
* Harwood Hole - Abel Tasman National Park, New Zealand, 183 m dalam
* Kingsley Lake - Florida, USA. 2,000 ekar (8.1 km2) luas kawasan, 90 kaki (27 m) dalam dan berbentuk hampir bulat.
* Sima de las Cotorras - Chiapas, Mexico. 160 m jarak kawasn, 140 m dalam, mengandungi beribu-ribu burung bayan hijau dan lukisan batu purba.
* Sotano del Barro - Querétaro, Mexico. 410 m dalam, dengan dinding yang hampir menegak.
* Zacatón - Tamaulipas, Mexico. Sinkhole berisi air terdalam di dunia, 339 m mendalam.

Di Oceania

* Sinkhole Minyé - East New Britain, Papua New Guinea. 510 m dalam, dengan dinding menegak.

Di Amerika Selatan

* Sima Humboldt - Venezuela. Sinkhole batu pasir terbesar di dunia, 314 m dalam, dengan dinding menegak. Mempunyai ciri unik, iaitu mempunyai hutan terpencil di bahagian dasarnya.

Sumber: Wikipedia

2 comments:

Unknown berkata...

gerun nya tengok

Unknown berkata...

aduh ngeri pulak baca citer camni...