31 Januari 2011

Lanun Somalia tumpas

Oleh: Hazirah Che Sab


Seorang anggota keselamatan memerhati kapal dagang dari helikopter.


PASKAL mengawasi lanun yang ditawan

Tindakan pantas PASKAL ranapkan serangan pengganas Teluk Aden

BAGAIKAN filem penuh aksi, tindakan ganas lanun Somalia yang digeruni pelayar di Teluk Aden selama ini kerana keberanian hingga sanggup membunuh jika tuntutan mereka tidak dipenuhi, akhirnya tumpas di tangan rakyat Malaysia.

Ini berikutan tindakan pantas Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berjaya membebaskan sebuah kapal tangki Malaysia bersama 23 anak kapal, tidak sampai dua jam selepas ia dirampas lanun Somalia di Teluk Aden, kira-kira 300 batu nautika ke timur Oman, Khamis 20 Januari 2011. Kesemua 23 tiga anak kapal terselamat manakala tiga daripada lanun itu cedera dalam kejadian tembak menembak. 

Dalam kejadian jam 11.40 malam (waktu tempatan) itu, MT Bunga Laurel disewa Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) dalam perjalanan menghantar muatan minyak pelincir dan bahan kimia dari Asia Barat ke Singapura, tetapi diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan mesingan AK-47 dan pistol menaiki sebuah bot laju.

Dengan itu, Somalia kembali mendominasi berita utama media antarabangsa dan seperti sebelumnya, ia tetap pada faktor yang salah. Namun, kejayaan Malaysia memintas kegiatan lanun Somalia itu tidak menjamin insiden sama tidak berulang pada masa akan datang.

Namun, imej lanun Somalia yang dikatakan memperoleh pendapatan beratus-ratus juta setahun hasil wang tebusan yang dibayar pemilik kapal, terjejas teruk kerana kini mereka terpaksa tunduk kepada ketangkasan dan kecekapan anggota PASKAL yang tiba tepat pada masa untuk menyelamat kapal MT Bunga Laurel.

Komando tentera laut di atas kapal Bunga Mas 5, yang diketuai Komander Nazri Sharif, turut berjaya memberkas tujuh lanun yang terbabit dalam serangan itu.

Kecekapan komando itu berjaya mengelak MISC daripada kehilangan kargo berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30 juta dan menyelamatkan 23 krew warga Filipina.

Menelusuri susur galur kewujudan lanun di perairan itu memberikan kisah kebanyakan mereka adalah pejuang kepada banyak kumpulan yang saling bertelagah untuk menguasai negara itu sejak kejatuhan kerajaan Siad Barre pada 1991.

“Matlamat mereka mudah - meneruskan kelangsungan hidup,” kata pakar Somalia di Universiti Afrika Selatan di Pretoria, Iqbal Jhazbhay.

“Berdasarkan bukti sedia ada, mereka adalah pejuang yang melihat peluang menjadi pemangsa. Mereka melakukan ‘sekatan untuk mengutip cukai’ dan kini mendapati kesempatan itu terbuka di samudera luas.

“Pada awalnya, antara matlamat utama mengganas di laut itu ialah bekerjasama dengan nelayan dan kemudian, membeli bot dan senjata dengan keuntungan yang diperoleh daripada setiap kapal yang ditawan, adalah semata-mata meneruskan kehidupan,” katanya sambil menambah kegiatan mereka semakin kerap kerana peningkatan harga makanan.

Bagaimanapun, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa sumber baru menyebut kegiatan lanun di Somalia berpunca daripada penangkapan ikan secara haram dan pembuangan sisa toksik di perairan negara itu oleh kapal asing yang melaluinya.

Ia membantutkan kemampuan penduduk tempatan mencari nafkah dan memaksa mereka menjadi lanun. Malah satu laporan menyatakan 70 peratus komuniti yang hidup di persisiran pantai menyokong kegiatan lanun sebagai bentuk pertahanan kepada sempadan perairan negara itu. Lanun percaya mereka melindungi kawasan penangkapan ikan dan menegakkan keadilan serta mendapatkan pampasan daripada hasil marin yang dirampas.

Malah ada juga bukti bahawa golongan pemastautin Somalia di Kenya, Arab Saudi dan sepanjang Teluk Parsi mungkin memberi maklumat kepada lanun mengenai kapal yang berlabuh di rantau itu yang mungkin menuju ke Teluk Aden dan kawasan yang menjadi sarang lanun.

Melihat kepada bentuk fizikal, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana lanun Somalia ini begitu cekap merampas kapal yang melalui kawasan mereka?
Jawapannya mudah - berlatih dan terus berlatih, menurut penganalisis kanan di Institut Kajian Keselamatan di Pretoria, Richard Cornwell.

Lebih 90 kapal diserang di luar perairan Somalia tahun lalu dan 17 daripadanya masih kekal dalam tawanan. Salah satu daripadanya ialah kapal tangki milik Arab Saudi.

“Serangan itu dilakukan 400 batu nautika di laut. Ia jauh ke tengah daripada yang kita lihat sebelum ini. Menggunakan kapal induk, selalunya bot tunda usang buatan Russia, untuk berlayar ke laut dalam bagi mencari sasaran, kemudian menggunakan bot lebih kecil untuk berlayar dengan lebih rapat dan mengambil alih kapal, memanjat menggunakan tali dan tangga, serta mesingan.

“Mudah untuk memasuki kapal tangki daripada bot lebih kecil. Oleh itu, kapal tangki kerap menjadi sasaran,” katanya.

Kegiatan lanun Somalia turut dirasai di peringkat antarabangsa dan pelbagai cara dibuat untuk mengatasi masalah itu termasuk menyediakan kapal pengiring. Baru-baru ini, sekutu NATO, Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat, dan beberapa negara lain menghantar kapal meronda perairan Somalia dan Teluk Aden di kawasan seluas 1.1 juta kilometer persegi untuk mengelakkan kegiatan lanun.

Pada 18 November lalu, sebuah kapal perang India menenggelamkan kapal induk lanun di perairan Yaman selepas lanun menembak ke arah mereka.

Bagaimanapun, berdasarkan saiz dan jumlah aliran kapal yang melalui Somalia dari Terusan Suez, peronda tentera laut saja tidak menjamin keselamatan kapal.

“Kecuali ada kapal perang di kawasan itu, dan paling penting, helikopter, tiada peluang menghentikan kegiatan lanun,” kata Cornwell.



7 lanun Somalia mungkin didakwa 

Tujuh lanun Somalia yang ditahan Paskal kerana menawan kapal tangki Malaysia di Teluk Aden 20 Januari lalu tiba di Pelabuhan Klang pagi 31 Januari 201 untuk penahanan lanjut dan kemungkinan didakwa di negara ini.

Mereka tiba dengan sebuah kapal sebelum dibawa dengan sebuah bas pada jam 9.15 pagi, diiringi beberapa kenderaan polis dari Terminal Cecair Pukal ke Pangkalan Polis Marin di sini dan kemudian ke pangkalan Polis Marin Pandamaran, sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata polis akan meneruskan siasatan dan mendapatkan keterangan sebelum mengemukakan laporan kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin.

Sumber:

GUA PEPOHONAN


SAKSIKAN 10 gua pepohon yang menarik di beberapa negara di dunia.
Top 10 Enchanting Tree Tunnels


Aberglasney, Wales

Top 10 Enchanting Tree Tunnels
Above: Aberglasney, Wales - Image Credit: Kev Bailey

Taiwan trees

Top 10 Enchanting Tree Tunnels
Above: Taiwan - Image Credit: Matthew Fang

Kanagawa, Japan

Top 10 Enchanting Tree Tunnels
Above: Kanagawa, Japan - Image Credit: wilmack

California trees

Top 10 Enchanting Tree Tunnels
Above: California, USA - Image Credit: travisimo

Burgos, Spain

Top 10 Enchanting Tree Tunnels
Above: Burgos, Spain - Image Credit: sanguedolces

Hawaii Trees

Top 10 Enchanting Tree Tunnels
Above: Hawaii - Image Credit: Hapuu

Florida trees

Top 10 Enchanting Tree Tunnels
Above: Florida, USA - Image Credit: taurusami

Adelaide, Australia

Top 10 Enchanting Tree Tunnels
Above: Adelaide, Australia - Image Credit: Gr8 Cashman

Missouri, USA

Top 10 Enchanting Tree Tunnels
Above: Missouri, USA - Image Credit: Little Laddie

Vila Real, Portugal

Top 10 Enchanting Tree Tunnels
Above: Vila Real, Portugal - Image Credit: lanier67


Catatan:
Gua dan Lorong Yang Menghijau...
Kaya Dengan Oksigen ...
Mengandungi Kurang Karbon Diksida...
Menyejukkan Mata Memandang ....
Memberikan Rasa Nyaman ...


30 Januari 2011

Sinopsis 'Interlok': Karya SN Abdullah Hussain

Sinopsis Interlok



Buku Satu – Keluarga Seman.

Bahagian Buku Satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak Musa dan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu membaca kerana tidak ke sekolah. Apabila Pak Musa sakit, secara rahsia dia meminta Seman membawa Mak Limah berpindah tanpa memberikan sebarang alasan. Akhirnya Pak Musa meninggal dunia sebelum sempat menceritakan perkara sebenar.

Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak Seman berhutang sejumlah wang daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Seman membawa ibunya berpindah dari kampung kerana semua harta bukan miliknya lagi.

Buku Dua – Keluarga Cing Huat.

Penduduk kampung gempar kerana tanaman padi dimakan belalang. Keadaan ini menyebabkan Kim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampung itu berhasrat merantau mencari pekerjaan di Singapura. Di sana Kim Lock ditawarkan menjual anaknya Cing Huat tetapi ditolaknya. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok bercadang bekerja di Melaka. Bersama-sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang tetapi di Muar. Dia bekerja di Lukut dan di Pulau Pinang.

Akhirnya Kim Sui mengajak Kim Hock berniaga di Simpang Empat. Perniagaan mereka maju tetapi Kim Lock menjadi penagih candu hingga meninggal dunia selepas isterinya di negara China meninggal dunia. Orang Cina mendirikan sekolah Cina untuk anak-anak mereka. Cing Huat berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat dengan Lazim dan keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah ayahnya.

Buku Tiga – Keluarga Maniam

Maniam datang dari dari India dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan Pulau Pinang. Waktu petang dia minum tuak di kedai. Dia juga mengirim wang untuk isterinya di India. Pillay tidak menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam jatuh ke tangan Pillay akibat desakan hidup. Maniam kecewa. Dia berpindah tempat kerja dan akhirnya bekerja di kebun kelapa di Cangkat Lima.

Maniam berkahwin dengan Malini secara rahsia. Rahsia perkahwinannya dibongkar oleh Suppiah, orang kampungnya. Akibatnya, Maniam tidak disenangi dan dihalau keluar dari tempat tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Malini meninggal dunia tiga tahun kemudian. Suppiah mencadangkan sekolah Tamil didirikan di kebun untuk anak-anak orang India. Raman, iaitu guru sekolah mengetahui bahawa Suppiah lari dari negaranya kerana takut ditangkap polis dan menerangkan perkara sebenar tentang Maniam kepada Perumal. Perumal menyesal atas tindakannya terhadap Maniam.

Buku Empat – Interlok

Maniam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam berusaha membantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui Seman ialah anak Musa, kawan baiknya. Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan ibunya yang telah keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana kecil hati terhadap ayahnya yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih timah.

Seman melawat Kampung Nyiur Condong setelah dua tahun setengah meninggalkan kampung tersebut. Dia diterima baik oleh orang-orang kampung. Pinangannya untuk Gayah juga diterima dan dia menjadi menantu Mat Ranggi.

Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah Melayu. Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak. Pada masa yang sama juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang kemudian membawa Poh Eng kepada emaknya.

Sementara itu, pihak Jepun mencari Yew Seng yang dipercayai terlibat dengan komunis. Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang berjaya menemukan adiknya, Poh Eng dan dibawa menyertainya ke hutan, iaitu ke markas komunis. Pada waktu petang askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan beberapa orang lagi kerana disyaki membantu komunis. Maniam diseksa kerana tidak memberikan kerjasama. Seorang Inspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam dan melalui soal siasat tersebut, barulah diketahui bahawa Inspektor tersebut ialah anak Malini, iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor Rama Krishnan berjanji akan menolong ayahnya dan cuba membebaskan Mak Limah.

Harga barang semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Dia ditangkap Jepun . Akhirnya Jepun menyerah kalah. Semua orang bergembira, terutamanya orang Cina. Orang yang menjadi tali barut Jepun diseksa. Kumpulan Kong Beng (Kuomintang) menangkap orang-orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang mengenali Lazim telah membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak Limah. Tanah Melayu diperintah oleh Inggeris semula. Orang Melayu semakin matang. Orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan dibentuk. Pengaruh komunis pula mula berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula berpendapat mereka patut bekerjasama dengan orang Melayu dan India menentang komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Tema
 
Novel Interlok bertemakan integrasi tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan India yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah negara yang bebas dan bermaruah.

Pak Musa, Maniam, dan Kim Lock masing-masing hidup dalam dunia yang berasingan sehingga mereka ditemukan dalam dunia yang berasingan sehingga mereka ditemukan dalam situasi yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain.

Pak Musa terpaksa berhutang dengan Kim Lock untuk membeli harta dan hidup senang tetapi tidak sempat melunaskan hutangnya sebelum mati. Akibatnya semua hartanya diambil oleh Kim Lock menyebabkan anak dan isterinya melarat. Maniam pula membawa diri meninggalkam isteri yang sarat mengandung akibat difitnah oleh Suppiah, orang kampungnya sendiri. Kim Lock pula lebih mementingkan harta benda hingga memandang rendah terhadap orang-orang lain di sekelilingnya.

Walau bagaimanapun dalam generasi kedua, Seman anak Pak Musa menyelamatkan Poh Eng anak Kim Lock, manakala Poh Eng menyelamatkan Maniam. Yew Seng anak Kim Lock yang cedera di kaki lebih suka menerima kaki palsu yang didermakan oleh masyarakat.

p/s: Novel 'Interlok" karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain telah dijadikan teks Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) Tingkatan 5 mulai 2011.

Novel ini begitu kontroversi kini berikutan terdapat golongan tertentu rakyat Malaysia yang membantah penggunaannya sebagai teks sekolah. Golongan ini mempertahankan pendapat mereka bahawa novel ini melepasi batas sentimen perkauman.

Hal ini terjadi berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap penggunaan istilah tertentu yang mereka anggap sangat menghina golongan mereka. Golongan ini hanya bersetuju novel ini dijadikan teks sekolah selepas kerja-kerja pengeditan membuang dan menggantikan beberapa perkataan terutamanya perkataan 'Pa**a'.

Pada pendapat saya novel ini sangat menarik. Menceritakan kisah sejarah yang sebenarnya memang berlaku di waktu tersebut.

Kredit:
http://wasiatpejuang.blogspot.com/

Piala Sumbangsih 2011 : Selangor vs Kelantan



Perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih atau dikenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, merupakan perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia. Perlawanan ini pertama kali diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985.

Format Piala Sumbangsih antara 1985 hingga musim 1992 adalah juara Piala Malaysia (PM) bertemu dengan juara/naib juara Liga Malaysia.

Antara 1993 hingga 2010, format telah ditukar di mana juara PM berebut Piala Sumbangsih dengan juara piala FA pula (atau naib juara FA, jika pemenang PM juga adalah juara FA).

Bermula musim Liga Malaysia 2011, format Piala Sumbangsih kembali ditukar. Juara Piala Malaysia pada musim lepas akan menentang Juara Liga Super Malaysia pada perlawanan pertama musim ini.

Musim baru Liga Malaysia 2011 telah bermula dgn aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) pada tarikh 29 Januari 2011. Perlawanan antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan (bergelar The Red Warriors) dan Juara Liga Super 2010, Selangor (bergelar Red Giant) berlangsung di Stadium Shah Alam.

Selangor merupakan penyandang gelaran juara Piala Sumbangsih sebanyak 8 kali. Selangor menjuarai Piala Sumbangsih 2010 selepas menundukkan juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi pembuka tirai kempen Liga Super 2010 di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Bagi pasukan Kelantan yang dibimbing jurulatih, Datuk M Karathu perlawanan Piala Sumbangsih 2011 ini adalah penglibatan pertama pasukan ini di dalam perebutan Piala Sumbangsih.

Pada malam 29 Januari 2011, jaringan daripada Norshahrul Idlan Talaha menerusi penalti minit kelapan dan Mohd Badri Radzi tujuh minit sebelum tamat perlawanan sudah cukup untuk mereka menang 2-0 mengatasi Selangor dalam perlawanan sumbangsih ini.

pix_gal0

Kelantan mencipta sejarah dengan buat kali pertamanya menjulang Piala Sumbangsih setelah berjaya merampas kejuaraan dua tahun berturut-turut yang dipegang oleh Selangor . Dengan ini Kelantan berjaya mengutip 3 mata yang pertama dalam Liga Super Malaysia musim 2011.

Tahniah kepada kuasa baru bola sepak Malaysia yang berjaya menambah satu lagi koleksi kejuaraan selepas Piala Malaysia dan Piala Emas Raja-Raja.

p/s: Kepada Pasukan Merah Kuning, teruskan perjuangan anda. Pastikan hasrat dan matlamat menjuarai Piala Malaysia dan Liga super Malaysia 2011 menjadi kenyataan.

29 Januari 2011

Mesir Tutup Kemudahan Internet dan Telefon Bimbit


POLIS antirusuhan menggunakan penyembur air bagi menyuraikan penunjuk perasaan di Kaherah, Mesir semalam.



KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.

Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.

Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir.

Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik.

"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.

Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang telah memerintah selama 23 tahun meletakkan jawatan.

Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.
Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.

Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.

Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.

Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari.

Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi

p/s: Demikianlah kuasa dan keupayaan kemudahan internet dan telefon bimbit. Lebih-lebih lagi pengaruh perkembangan dalam penggunaan laman sosial facebook dan twitter. Menyedari hal ini kerajaan Malaysia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dgn memantau penyebaran maklumat yang terdapat dalam laman-laman web, blog-blog dan laman-laman sosial.

Kisah kebangkitan rakyat yang pastinya tidak berlaku tanpa bersebab. Rakyat pastinya telah sekian lama menderita akibat kemiskinan, tekanan hidup, penindasan dan segala macam kesusahan. Apabila segala macam kesusahan terpendam begitu lama ia ibarat bara api yang hanya menunggu sedikit semburan petrol utk memulakan nyalaan. Dalam kes Mesir sudah pasti rakyat telah memendam sekian banyak kesulitan hidup dan ketidakpuasan hati mereka terhadap pemerintah selama 30 tahun. Kisah kebangkitan rakyat di Tunisia adalah perangsang bagi mereka utk memulakan tindakan yang sama untuk memaksa pemerintah mengundur diri.

Penduduk Gaza memerhati dengan rapi perkembangan di negara jiran Mesir dan mengharapkan perubahan kerajaan akan membawa kepada dasar kawalan sempadan yang lebih longgar.
Semoga Allah segera mengembalikan keamanan di bumi Mesir.

Kredit:
http://penerangandppns.blogspot.com/

28 Januari 2011

Foto Masjid-Masjid Terindah Di Dunia

Hal pertama yang dilakukan Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah dalam rangkaian hijrahnya adalah membangun masjid. Dari sini, kita dapat mengambil pelajaran betapa pentingnya posisi masjid dalam perjuangan kaum Muslim. Masjid itulah yang mengawali perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan risalah Islam.

Masjid adalah tempat suci bagi umat muslim. Masjid adalah tempat beribadah. Masjid adalah tempat pertemuan umat islam sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam. Masjid menyatukan umat islam di dalam sesuatu komuniti.

Masjid bukan saja tempat shalat, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, pengajian keagamaan dan fungsi-fungsi sosial-ekonomi lainnya

27 Januari 2011

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011

http://www.hellotravel.com/sites/default/files/imagecache/normal/115/cck_images/ltdl11-vi.jpg

Adakah anda meminati sukan lumba basikal?



Cabaran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 telah bermula sejak 23 Januari 2011 dan akan berakhir pada 1 Februari 2011. Sebanyak 23 pasukan dari seluruh dunia termasuk pasukan Malaysia mengambil bahagian dalam perlumbaan edisi ke-16 ini. Berikut adalah jadual setiap 'Stage' yang terlibat sepanjang cabaran ini.

Stage Date
Start and Finish
Distance

Stage 1 Sunday, 23 January 2011
Dataran Helang - Pekan Kuah
94.3 kms

Stage 2 Monday, 24 January 2011
Kangar - Butterworth
145.0 kms

Stage 3 Tuesday, 25 January 2011
Taiping - Sitiawan
144.9 kms

Stage 4 Wednesday, 26 January 2011
Ayer Tawar - Cameron Highlands
137.6 kms

Stage 5 Thursday, 27 January 2011
Tapah - Genting Highlands
124.3 kms

Stage 6 Friday, 28 January 2011
Rawang - Putrajaya
107.0 kms

Stage 7 Saturday, 29 January 2011
Banting - Tampin
149.5 kms

Stage 8 Sunday, 30 January 2011 Kuala Pilah - Jasin 156.5 kms

Stage 9 Monday, 31 January 2011 Melaka - Nilai 151.7 kms

Stage 10 Tuesday, 1 February 2011 UITM Shah Alam - KL Loop 104.6 kms


TOTAL DISTANCE : 1315.4 kms

Lawati laman web berikut utk keputusan cabaran semasa setiap 'stage' dan pelbagai maklumat lain:
http://www.ltdl.com.my/

NOVEL RENYAH

[Renyah+(2).jpg]

Mulai 2010, Pelajar Tingkatan 4 di Zon Negeri Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan mula mengkaji Novel bertajuk 'RENYAH' untuk KOMSAS (Komponen Sastera Bahasa Melayu). Novel ini hasil karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Berikut diperturunkan antara petikan yang terdapat dalam novel tersebut:

'Datuk Dolhi terlalu bingung memikirkan anak-anaknya yang tidak mempunyai cita rasa yang sama dengannya. Sebagai seorang pemaju perumahan yang dijalankan secara usaha sama dengan Albert, beliau ingin akan anak-anaknya mewarisi perniagaan yang sedang diusahakan. Malangnya, kesemua anaknya tidak berminat langsung untuk menceburi bidang perniagaan. Anaknya yang sulung, Hasnol lebih mengutamakan kerjayanya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. Begitu juga dengan Ilham, anak ketiganya lebih berminat dalam dunia sastera dan pencinta alam. Lebih mendukacitakannya lagi apabila anaknya, Mukhlis menolak untuk bekerja dengan ayahnya kerana tidak bersetuju dengan perniagaan yang dijalankan oleh ayahnya yang berunsurkan riba. Sementara itu pula, seorang lagi anaknya, Dani lebih cenderung dalam bidang hiburan dan merupakan seorang artis yang sedang meningkat naik. Manakala, ketika Datuk Dolhi dan Datin Tominah sedang membincangkan masalah anak mereka masing-masing, tiba-tiba muncul pula Amera. Apabila ditanya tentang hubungannya dengan Robert, Amera menolak dan tidak berkenan dengan lamaran tersebut. Ternyata, keresahan Datuk Dolhi pada petang itu masih belum berakhir.'
(Dipetik daripada Bab 1 Novel Renyah). 

'Datuk Dolhi menyampaikan ceramah keusahawanannya dengan penuh semangat dan kata-kata bernas daripada tokoh-tokoh tertentu kepada sekumpulan pelajar Perdagangan pada petang itu. Belum sempat Datuk berehat di rumah, Datin Tominah menggesa Datuk untuk menemaninya ke Pertunjukan Busana Islam. Pertunjukan fesyen itu memang membosankan dan meletihkan buat Datuk kerana melayani sesuatu yang tidak digemarinya. Datin Tominah memujuk Datuk supaya membantunya membuka butik yang diidamkannya, tetapi Datuk seolah-olah tidak berapa yakin dengan kebolehan isterinya yang tidak ada pengalaman langsung dalam menguruskan perniagaannya. Bagi Datuk banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum benar-benar melibatkan diri dalam perniagaan busana seperti itu. Datin agak kecewa kerana Datuk melemahkan semangatnya untuk berniaga. Sementara itu, di luar rumah Dani dan Ilham leka dengan minat masing-masing, manakala Amera leka dengan kerja sekolahnya, dan Mukhlis pula sedang beratib di bilik atas.'
(Dipetik daripada Bab 4 Novel Renyah). 

P/S: Apa kesudahannya? Siapakah akhirnya mewarisi perniagaan Datuk Dolhi? Apakah nasib anak-anak Datuk Dolhi? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesudahan Novel 'Renyah' ini, sila dapatkan dan baca novel setebal 217 muka surat ini. Hayatilah fakta-fakta yang terdapat di dalamnya, juga mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam penceritaannya.

Selamat Membaca ..

Kemalangan Maut: 2010 Mencatat Rekod Tertinggi;







PETALING JAYA: Sebanyak 6,872 kematian membabitkan 6,260 kes kemalangan maut dicatat tahun lalu – rekod tertinggi dalam sejarah negara, sekali gus menimbulkan kebimbangan dan memaksa pihak berkuasa melaksanakan strategi baru bagi mengurangkan nahas jalan raya, terutama pada musim perayaan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata mulai tahun ini polis akan memperkenalkan konsep ‘creative enforcement’ atau penguatkuasaan kreatif melalui Ops Sikap Ke-23 selama 15 hari bermula Tahun Baru Cina, minggu depan.

Katanya, melalui pendekatan baru itu, penekanan akan diberi kepada penguatkuasaan lebih tegas bagi membendung enam kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya, termasuk memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan secara sewenang-wenang.

Antara langkah yang diambil ialah:
  • Mengaktifkan semua 19 menara peninjau di lebuh raya dan laluan Persekutuan untuk meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan, selain memastikan kelancaran trafik.
  • Menempatkan lebih ramai pegawai dan anggota serta memperbanyakkan operasi rondaan dan sekatan jalan raya di beberapa lokasi strategik sepanjang musim perayaan kali ini bagi mewujudkan perasaan takut dan memastikan pengguna sentiasa menghormati undang-undang, dan
  • Menghapuskan diskaun bagi kesalahan trafik yang dilakukan sepanjang Ops Sikap, sebaliknya pesalah perlu membayar saman maksimum.

p/s:  Jalan raya seluruh Malaysia kembali sesak dgn jumlah kenderaan yang banyak seawal 29 Januari 2011 menjelang cuti Tahun Baru Cina. Walau pun ajal dan maut di tangan Allah (tiada siapa yang tahu), tetapi eloklah langkah keselamatan dan berjaga-jaga sepanjang berada di atas jalan raya dititik-beratkan. Hargailah nyawa anda, nyawa orang yang tersayang dan nyawa insan-insan lain yang turut menggunakan jalan-raya. Jangan ditambah lagi rekod statistik kemalangan maut. Pandu cermat mengikut had laju yang telah ditetapkan. Berhenti rehat (cth di R&R ketika berada di Lebuh Raya) jika rasa mengantuk. Mempunyai tidur yang cukup, sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Memastikan kenderaan dalam keadaan yang sempurna ...

Akhir kata, Selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia (tak mengira bangsa) yang mengambil kesempatan bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Kepada rakyat Malaysia berbangsa cina, diucapkan 'Selamat Tahun Baru Cina' ...

Sumber::
http://www.bharian.com.my/

26 Januari 2011

623 Anak Tak Sah Taraf di Terengganu Tahun Lalu


~ Gambar Hiasan ~

KUALA TERENGGANU: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September.

Berdasarkan perkiraan kasar, pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sembilan bulan sebelum kelahiran, iaitu sekitar akhir Ogos dan Disember atau lebih tepat lagi pada sambutan Kemerdekaan Negara dan Tahun Baru.


Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, berkata jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN Terengganu membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan tempatan dan bukan warga negara.

Katanya, pejabat JPN Kuala Terengganu mencatatkan jumlah anak tidak sah taraf tertinggi dengan 188 kelahiran diikuti Besut (102), Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Al-Muktafi Billah Shah (28) dan Kerteh (23).

“Melihatkan perangkaan ini, ia jelas sangat menggerunkan kerana menandakan gejala sosial semakin kronik. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan beragama Islam dan tidak diketahui siapa bapa sebenarnya.

“Senario ini juga secara tidak langsung membuatkan JPN menjadi beban kepada masalah sosial dan boleh menyebabkan berlaku masalah lain di kalangan masyarakat terutama membabitkan masa depan bayi terbabit.

“Jadi, kita meminta kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bersama membanteras pergaulan bebas bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan melahirkan anak luar nikah,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

p/s: Angka yang begitu mengejutkan. Itu baru rekod daripada JPN Terengganu. Belum lagi negeri-negeri lain. Belum lagi data seluruh Malaysia. Astaghfirullah .....

Tanggungjawab membenteras pergaulan bebas adalah tanggung jawab banyak pihak.

Antaranya ......

Tanggungjawab ibu-bapa mengawal pergerakan anak-anak. Tanggungjawab pihak berkuasa tidak menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial yang melibatkan pergaulan bebas lelaki-perempuan. Tanggungjawab pasangan muda-mudi agar menjaga batas-batas sosial supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat. Tanggungjawab muda-mudi mendalami ilmu agama seterusnya mempraktikkan pengetahuan berkaitan halal-haram dan dosa-pahala dalam kehidupan seharian.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/

25 Januari 2011

3 Sekeluarga Maut Kemalangan

KUANTAN 24 Jan. - Tiga sekeluarga terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan tiga kenderaan lain di Kilometer 129.2 Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah, Rompin, hari ini.

Kejadian berlaku pukul 3.30 petang ketika kereta Toyota Camry yang dinaiki kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Segamat ke Kuantan.

Mangsa, Ramlan Mohamad, 42, merupakan seorang guru manakala dua lagi ialah anaknya, Mohamad Aniq Mauqri, 5, dan Maria Adiliah, 2.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga.

"Kereta Toyota Camry itu kemudian melanggar pula sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Johari berkata, lebih memburukkan keadaan, sebuah lori dari arah Segamat gagal mengelak tiga kenderaan itu lalu bertembung dengan Toyota Camry berkenaan.

p/s: Allahyarham Ramlan Mohamad pernah mengajar di SMV Temerloh. Anak lelaki beliau pernah bersekolah di SMV Puteri pada tahun 2007. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatehah....

Sumber:
http://www.utusan.com.my/

24 Januari 2011

Keajaiban Kalimat Allah


Melihat Keajaiban Kalimat Allah

ILUSI PENGLIHATAN - Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. 
Subhanallah... Rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Maha Suci Allah... Sungguh indah sekali... 
 
Sumber:

23 Januari 2011

Raja Poligami

King Mswati III
Raja Mswati III
 Jika Islam sudah menekankan konsep keadilan apabila lelaki berhasrat berkahwin empat sekali gus serta syarat-syarat asas mewajarkannya, bagi kaum dan negara lain pula, beristeri ramai itu sudah menjadi tradisi atau pesta tahunan.

Di Swaziland misalnya, sebuah negara di benua Afrika yang mana pemerintahnya, Raja Mswati III sememangnya layak dinobatkan Raja Poligami kerana memiliki 14 isteri sekali gus setakat ini!Lebih menarik, semuanya dipilih menerusi adat unik yang mana mereka adalah kalangan anak dara Swaziland - negara di selatan Afrika itu yang datang menyerah diri sebagai bakal isteri.



Bukan sekali, malah setiap tahun dengan yang terbaru, November lalu, si dara Swaziland ini berarak separuh bogel di depan pemerintah berusia 43 tahun itu. Mereka diarak dengan penuh tradisi dengan harapan dapat terpilih sebagai isteri baru dan berpeluang mengecap sedikit nikmat kekayaan biarpun terpaksa berkongsi dengan berbelas wanita lain.

Acara dua hari itu bermula dengan makan tengah hari di Istana Ludzidzini dan pesta itu berlarutan ke luar apabila ratusan wanita dengan pakaian skirt Swazi dan hanya rantai manik menutupi dada, menari sambil menghunus pisau dan perisai bagi menarik perhatian si Raja.

Pada hari kedua pula, gadis pilihan atau Permaisuri baru itu menghadiahkan pelbagai hantaran termasuk tikar rumput, peralatan memasak, selimut, perabot serta cenderahati lain.

Kehebatan Raja Mswati III itu bagaimanapun, belum dapat menandingi bapanya, Raja Sobhuza II yang sewaktu kematiannya pada 1986, mempunyai 70 isteri dan 1,000 cucu! Malang sungguh apabila negara itu yang sepatutnya menumpukan soal pembangunan, sebaliknya sarat dengan masalah ramai rakyatnya menderita HIV dan kemiskinan. Tumpuan utama Raja Mswati ini sebaliknya, selain menambah isteri adalah boros berbelanja dengan memiliki deretan kereta mewah.

Seorang lagi Raja Poligami adalah Ancentus Akuku yang berasal dari Kenya, juga di Afrika. Sama seperti Raja Mswati III, hobi Akuku adalah mengumpul isteri.  Bak pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, kematian Akuku akhir tahun lalu pada usia 92 tahun, menyaksikannya mencatat nama sebagai poligamis terkenal dalam sejarah negara itu dengan meninggalkan 100 balu biarpun sudah berkahwin lebih 130 kali. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan turut melakar sejarah benua Afrika.

Dia turut dikenali jolokan nama 'Bahaya' kerana ramai wanita mendapati dirinya sukar ditolak. Akuku memiliki lima isteri ketika berusia 22 tahun. Dalam tempoh beberapa dekad antara 1939 dan 1992, Akuku yang berkahwin lebih 130 kali memiliki lebih 200 anak dan menceraikan lebih 80 wanita.

"Saya digelar 'Bahaya' kerana dapat menonjolkan diri ini di kalangan wanita. Saya kacak, bijak memilih pakaian dan tahu memikat hati wanita dengan kata-kata manis. Tiada wanita dapat menolak godaan saya," katanya kepada media, suatu ketika dulu.

Akuku, bagaimanapun bukan sekadar bijak menghasilkan anak tetapi pandai menguruskan keluarga serta amat mementingkan pendidikan dan ada anak-anaknya menjadi doktor, guru dan jurutera. Dalam tradisi Afrika, anak masih menjadi simbol kemakmuran. Jika kekayaan seseorang lelaki diukur melalui bilangan anak yang dimiliki, Akuku jelas berada dalam kelasnya tersendiri.

Di benua Arab juga tidak kalah dengan Raja Poligami dan Salem Juma'a, 75, yang juga warga Emiriah Arab Bersatu (UAE), layak diberi gelaran itu apabila mengahwini berbelas wanita yang kini cuma tinggal tiga. Dia yang mempunyai 52 anak, 10 daripadanya sudah meninggal dunia.

Sumber:
http://www.bharian.com.my

22 Januari 2011

Menara Kubur

pix_gal0

TANAH perkuburan Islam, Hindu dan Kristian di satu tempat? Ia mungkin tidak terjangkau dengan akal fikiran tetapi dengan wujudnya Menara Moksha di tengah bandar raya Mumbai, India, membuktikan apa saja boleh dibuat atas nama ‘keperluan semasa’ biarpun pasti mengundang kontroversi.

Lebih pelik, kawasan perkuburan yang lazimnya dibina secara melebar, sebaliknya menjadi menegak atau vertikal menerusi idea pembinaan konsep Menara Moksha ini.

Biarpun diulit kontroversi, rancangan mewujudkan Menara Moksha yang turut digelar Pusara Menegak ini dibuat atas alasan masalah kesesakan penduduk yang amat ketara di bandar raya itu yang menyebabkan tiada lagi ruang untuk yang hidup, apatah lagi yang sudah mati.

Mumbai, kota kewangan India adalah yang terpadat di negara itu dengan jumlah penduduknya mencecah 20.5 juta orang. Malah, Mumbai atau sebelum ini dikenali sebagai Bombay, turut tersenarai 10 bandar raya paling padat di dunia.

Jika dilihat, projek itu bukanlah yang pertama di dunia kerana bangunan setinggi 13 tingkat di atas bukit di Santos, Brazil, sudah pun mempunyai penghuni kakunya manakala seorang arkitek Korea Selatan turut melontarkan idea sama bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan berikutan harga tanah yang tinggi di kawasan bandar utama.

Biarpun mengenengahkan konsep kubur metropolitan, ia tidak meminggirkan kaedah pengebumian tradisi empat agama utama di Mumbai iaitu Islam, Hindu, Buddha dan Parsi. Secara statistik, penganut Hindu paling ramai di sini iaitu 67 peratus, Islam (18 peratus), Buddha (5.2 peratus) dan Kristian (4.2 peratus).

Bagi mereka yang beragama Islam, tingkat bawah diperuntukkan berikutan syarat bahawa jenazah dikebumikan. Bagi penganut Hindu dan Kristian di tingkat atas berikutan pengurusan mayat mereka secara dibakar.

Penganut Parsi yang membiarkan mayat untuk dijamah burung nasar, ditempatkan di bumbung.

Tidak ketinggalan ruang ibadat, meditasi dan tempat letak kereta, turut disediakan.

Konsep Menara Moksha dibangunkan sebagai tema mesra alam dengan perekanya, Yalin Fu dan Ihsuan Lin memastikan terdapat ruang hijau yang mencukupi merangkumi ketinggian menara itu.

Selain kehijauan di seluruh bangunan, rekaannya juga dilengkapi dengan tumbuhan-tumbuhan, lapisan pelbagai mengandungi lapisan luar, tumbuhan, material tenunan dan bingkai besi yang melapik bangunan berkenaan, berfungsi sebagai menyerap haba dan pencemaran.

Ia juga mensasarkan untuk mengguna pakai teknologi baru yang mengelakkan pembakaran terbuka dalam usaha mengurangkan pencemaran yang semakin meruncing di bandar raya berkenaan.

Buat masa ini, konsep pembinaan Menara Moksha tinggal di atas kertas, tetapi tidak mustahil ideanya pasti diangkat mereka yang beranggapan ia penyelesaian masalah kekurangan tanah perkuburan di kota metroplitan.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/

Ambil Kesempatan Kemalangan & Dosa Berganda

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

pungut_dan_curi

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh dikatakan kepada pemilik wang syiling RM75,000 yang mengalami kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas. Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu menghentikan kenderaan mereka, sebahagiannya bukan untuk menolong mengutip dan mengembalikan wang yang berteraburan itu tetapi sebaliknya mengambil dan melarikan semua wang syiling yang dikutip.

Tentunya penghargaan wajar diberikan kepada mereka yang datang membantu tetapi bagi mereka yang mengambil kesempatan melarikan wang terbabit, kejadian seperti ini amat mendukacitakan dan jelas memperlihatkan betapa rakusnya nafsu keinginan kepada wang.

Mereka sama sekali tidak mengendahkan persoalan hukum. Demikian amaran Nabi Muhammad :

Ertinya : Akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi menghiraukan dari sumber mana diperolehi hartanya, sama ada dari yag halal atau yang haram ( Riwayat Al-Bukhari)
 
Lebih teruk dari itu, tiada lagi rasa ‘malu’ dan hiraukan kecederaan tuan punya wang yang berada di tempat yang sama. Mereka juga tidak menghiraukan keselamatan diri mereka sendiri sehingga dilaporkan ada yang mengutipnya di tengah-tengah lebuh raya, sehingga terpaksa akhirnya pihak berkuasa menutup laluan bagi memastikan tiada kemalangan nyawa akibat kerakusan itu.

21 Januari 2011

Tabuk: Padang Pasir Dilitupi Salji

PENDUDUK mengambil kesempatan bermain salji  di Tabuk, utara     Arab Saudi.
PENDUDUK mengambil kesempatan bermain salji di Tabuk, utara Arab Saudi.

RIYADH: Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Tabuk, utara Arab Saudi berikutan salji turun sejak Isnin lalu di wilayah itu.

Pengarah jabatan itu di Tabuk, Sulaiman Al-Huwaiti, berkata rondaan keselamatan sudah dikerahkan di wilayah utara itu untuk memeriksa ketebalan salji. Beliau menggesa pemandu kenderaan mematuhi had kelajuan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Tabuk mempunyai iklim padang pasir dengan musim panas yang bersuhu tinggi (27-46 celsius) dan musim sejuk yang bersuhu sederhana (4-18 celsius).

Salji bukanlah asing di wilayah itu yang menyaksikannya turun setiap tiga atau empat tahun.
Ketua Alam Sekitar dan Meteorologi berkata, suhu minimum di Tabuk diramal di bawah 0 darjah celsius.

p/s: Perkara yang pelik suatu ketika dahulu, tidak lagi menjadi menjadi mustahil utk ia berlaku suatu ketika nanti. Segala yang berlaku adalah dgn kekuasaan Allah. Maha Suci Allah...

Sumber:
http://www.bharian.com.my/

Musibah sekadar ujian ketakwaan manusia

Oleh Zamanuddin Jusoh
Eksekutif Agama The New Straits Times Press (NSTP)

DUNIA ini medan bagi segala kebaikan dan keburukan yang melihat pertembungan antara kumpulan mentaati Allah dengan mereka yang cenderung kepada syaitan dan mengikut hawa nafsu. Sejarah nafsu mempengaruhi manusia memperlihatkan bagaimana anak Nabi Adam, Qabil membunuh saudaranya, Habil.

Demikianlah Allah membuat sesuatu ketetapan dalam kehidupan manusia berdasarkan ilmu dan hikmah daripadanya ialah mereka yang dapat membezakan adalah hamba terbaik. Oleh itu, semua akan diberi ganjaran mengikut perbuatannya sama ada layak untuk nikmat syurga atau azab neraka. 

Sesungguhnya manusia bertanggungjawab terhadap nasib mereka berbekalkan ilmu yang ada padanya untuk membezakan antara baik dengan buruk kerana firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah sekali-kali tidak menzalimi hambanya.” (Surah Al-Kahfi, ayat 49)

20 Januari 2011

Penilaian Baru Ganti PTK: Nilai Tugas Hakiki

 

TANJUNG MALIM: Ujian penilaian tugas hakiki adalah antara kriteria yang dijangka dimasukkan dalam sistem penilaian baru untuk kakitangan awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan mulai 1 Januari lalu.

Kriteria itu adalah antara cadangan yang dikemukakan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam mesyuarat pertama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut sumber, ujian penilaian baru itu kelak dibuat berdasarkan keunikan jabatan masing-masing dan lebih fokus kepada tugas hakiki kakitangan, berbanding PTK yang kebanyakan soalannya tidak ada kaitan dengan tugas mereka.

Sebelum ini, peperiksaan PTK menimbulkan pelbagai kontroversi kerana ramai kakitangan awam, terutama yang berpengalaman sukar mendapat kenaikan pangkat sehingga kerajaan mengambil keputusan memansuhkannya.

Bagaimanapun, menurut sumber itu, sistem baru yang akan diperkenalkan nanti hanya untuk menilai prestasi kerja serta membabitkan pergerakan gaji tahunan kakitangan, bukannya bagi pertimbangan kenaikan pangkat.
Bagi kenaikan pangkat, difahamkan penjawat awam yang mempunyai prestasi cemerlang dan berpengalaman akan diberi keutamaan dengan menghadiri kursus khas serta dinaikkan pangkat secara automatik tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan.

Kaedah baru itu berbeza dengan sistem sebelum ini yang mewajibkan penjawat awam lulus cemerlang dalam PTK, tetapi terpaksa menunggu kekosongan jawatan sebelum dinaikkan pangkat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pemantapan Perkhidmatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini semalam, mengesahkan sistem penilaian baru akan mengambil kira keunikan setiap jabatan dan pencapaian individu dalam tugas hakiki.

“Apa yang kita rangka mengikut keperluan dan tata cara perkhidmatan sedia ada. Ia bukan seperti konsep terdahulu yang digubal serta digunakan semua jabatan, sedangkan ia tidak memenuhi keperluan.

“Ia juga berbeza mengikut profesyen seperti polis, guru dan doktor. Saya yakin sistem baru yang belum diberi nama itu akan lebih adil dan pasti semua pihak berpuas hati,” katanya.

Abu Bakar berkata, sistem berkenaan juga bukan hanya menumpukan kepada satu tempoh masa, sebaliknya penilaian berterusan yang menyerupai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu.

Sumber:

19 Januari 2011

'TOLONG KUTIP DUIT SILING'

Meriahnya....



Apa yang terlintas dalam kepala anda bila melihat foto di atas. Apakah persoalan yang terlintas dalam kepala anda saat ini?

Jika persoalan yang timbul dalam fikiran anda adalah,
"Boleh ke ambil duit siling tersebut?"

Maka bagaimana agaknya jawapan yang sepatutnya?

Saya tidak pun berada di tempat kejadian semasa peristiwa dalam foto itu berlaku. Barangkali demikian juga anda. Apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui. Bagaimanapun eloklah kita berbaik sangka. Anggaplah mereka dengan suci hati menolong. Apa yang mereka lakukan hanyalah semata-mata membantu kerja-kerja mengutip duit siling tersebut.

P/S: Saya pasti anda boleh ramal apa yang sebenarnya berlaku berdasarkan pemerhatian dan kebiasaan yang terjadi di jalan raya Malaysia. Masalahnya, sampai bila perkara sebegini mesti dibiarkan berlarutan? Kesian kepada orang yang menjadi mangsa. Bayangkan jika mangsa tersebut adalah anda sendiri. Bagaimana perasaan anda?

Sumber Foto:
http://www.utusan.com.my/

SAJAK: MELAYU

 

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
 
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak
di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!


NUKILAN
Usman Awang
Sumber: http://www.bangfad.com/

14 Januari 2011

Amalan Menjauhi Gangguan Syaitan

Di dalam penghujung surah Allah SWT memberi ingat bahawa syaitan akan sering meniupkan bisikan-bisikannya, firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (al-Nas:2-7).

Di dalam ayat yang Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Aku berlindung kepada-Mu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (al-Mukminun: 98).

Kedua-dua ayat ini memberitahu kita bahawa musuh yang bernama iblis dan sesuai dengan sifat kesyaitanannya menjauhkan manusia daripada mentaati Allah SWT.

Tidak kiralah apa cara sekalipun asalkan anak Adam berjaya diganggu sehingga berhenti daripada mentaati Allah SWT dan mentaatinya dengan melakukan maksiat.

12 Januari 2011

Harimau Malaya: Ranking FIFA & Hasrat Bola Sepak Negara


KUALA LUMPUR (12 Jan 2011): Kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan Malaysia mendaki dua anak tangga dari 144 kepada 142 dalam kedudukan ranking terbaru FIFA.

Ranking FIFA itu menyaksikan Malaysia meraih 17 mata tetapi kedudukan itu masih tersasar daripada ranking 75 yang pernah dikecapi pada 1993.

Walaupun meningkat, kedudukan Malaysia sekadar lebih baik berbanding negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146).

Sementara itu, di kalangan negara ASEAN countries, Malaysia kini di tangga kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139) manakala dalam kelompok Asia, Malaysia di tangga ke-23 dalam senarai 46 negara.

Sementara itu ....

Sepanyol mengekalkan kedudukanya selaku pasukan nombor satu dunia selepas dibantu oleh kejayaan mereka merangkul Piala Dunia 2010.

Belanda berada di tangga kedua diikuti Jerman di tangga ketiga daripada kseluruhan 203 negara yang menjadi ahli FIFA.
.............................................................................

Dalam pada itu..........

Ketua jurulatih bola sepak negara, K. Rajagobal mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu ghairah dengan insentif yang diberikan kepada mereka selepas berhempas pulas membawa pasukan negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

"Saya mahukan pemain saya terus mengekalkan prestasi sekaligus meningkatkan kecemerlangan yang dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa," katanya.

Rajagobal berkata demikian selepas skuad Harimau Malaya menerima insentif sebanyak RM65,000 daripada kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di Seri Perdana di sini hari ini. 

Antara pertandingan penting buat skuad negara untuk meneruskan kecemerlangan mereka ialah kejohanan Sukan SEA di Indonesia pada November ini.

"Sasaran kita juga ialah untuk menyertai Piala Asia 2015. Bertanding dengan 16 pasukan terbaik Asia," katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapan skuad kebangsaan yang bakal membuka tirai 2011 dengan perlawanan persahabatan antarabangsa pertama mereka iaitu menentang Hong Kong pada 9 Feb di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, beliau berkata skuad negara akan menunjukkan kelainan pada tahun ini.

"Perlawanan persahabatan ini merupakan sebagai pemanas badan dan pendedahan pertama untuk mereka sebelum beraksi ke kelayakan Olimpik di London 2012 pada hujung Februari depan," kata Rajagobal.

Skuad negara akan menentang Pakistan pada pusingan kelayakan pertama yang dijadualkan bermula 23 Februari hingga 9 Mac.

P/S: Moga apa yang dicita-citakan menjadi kenyataan. Selamat berjuang diucapkan kepada Harimau Malaya.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/
http://www.bharian.com.my/
http://www.utusan.com.my/

Peraturan Berfesyen Di Iran

TEHRAN: Iran menguatkuasakan satu kod berpakaian Islam lebih tegas di beberapa universiti termasuk melarang pelajar wanita berkuku panjang, berpakaian terang dan bertatu, lapor agensi berita, kelmarin.

Agensi berita separa rasmi Fars mendedahkan satu senarai universiti di sekitar Iran yang diberi satu nota menggariskan kod itu. Peraturan baru itu melarang wanita memakai topi tanpa skaf, jean ketat dan pendek serta bertindik pada tubuh kecuali di telinga, kata Fars.

Mengikut undang-undang Islam dikenakan selepas revolusi 1979, wanita perlu menutup rambut mereka di khalayak ramai dan memakai baju panjang dan longgar.

Kod baru itu juga melarang pelajar lelaki mewarnakan rambut, mencukur bulu kening, memakai pakaian ketat dengan baju lengan pendek, serta barang kemas.

Pihak berkuasa biasanya memperhebat usaha sebelum musim panas apabila wanita sering memakai pakaian nipis dan skaf berwarna terang, sering menolaknya ke belakang untuk mendedahkan rambut.

Sejak beberapa tahun tindakan keras dilanjutkan kepada fesyen musim sejuk termasuk menolak seluar panjang wanita sebagai terlalu ketat selain lelaki dengan gaya rambut tajam ala Barat.

Pemimpin tegar memberi tekanan kawalan lebih ketat ke atas kelakuan tidak bermoral sejak Presiden Mahmoud Ahmadinejad memegang jawatan itu pada 2005 berjanji untuk mengembalikan nilai revolusi.

Wanita muda, terutama di kawasan bandar yang kaya, sering mencabar peraturan itu dengan memakai pakaian ketat dan skaf rambut berwarna terang yang hanya menutupi sedikit rambut mereka.

Peraturan itu kurang dicabar di kawasan miskin dan rantau luar bandar.

Sumber:
http://www.bharian.com.my

11 Januari 2011

Interlok: Air mata sasterawan



ABDULLAH Hussain mengesat air mata kerana tidak dapat menahan 
sebak di dada ketika memperkatakan nasib malang novel Interlok 
karyanya itu di Petaling Jaya, Selangor
 
TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.

Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.

Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.
 
Berita Lanjut:
http://www.utusan.com.my/

Solat Tepati Syarak Kunci Utama Peribadi Cemerlang



MEMETIK Khutbah Syekh Ali Abdul Rahman Al-Huzaify bertajuk ‘Kebahagiaan Dalam Muhasabah Diri’ menunaikan perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya berpaksikan prinsip keredaan daripada Allah dan Rasul-Nya.

Ketahuilah kejayaan seorang Muslim dan kebahagiaan di dunia serta akhirat bergantung sejauh mana ketaatan dan muhasabah diri terhadap perkara yang diredai Allah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan perhatikanlah apa yang akan dilakukan untuk hari esok serta bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Hashr: Ayat 18).

Kita semua melihat, mengetahui, merasai dengan kesusahan dan kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini berpunca daripada kesalahan kita sendiri yang banyak melakukan pelanggaran hukum serta mengabaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

09 Januari 2011

Interlok Kekal Teks KOMSAS


KUALA LUMPUR: Dialog Novel Interlok yang berlangsung di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), di sini semalam membuat ketetapan mempertahankan novel karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain sebagai teks Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS).

Presiden PENA, Mohamad Saleeh Rahamad, berkata ketetapan itu akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pelajaran dengan gesaan supaya kemurnian novel itu dikekalkan kerana ia tiada masalah.

Interlok tidak menghina mana-mana kaum di negara ini, ia menggambarkan sejarah dan realiti sosial selain menonjolkan gagasan perpaduan bagi negara yang baru dibentuk dan berdaulat,” katanya.

 “Kesan penarikan balik novel itu juga akan merosakkan kredibiliti karya sastera bertaraf antarabangsa dan sistem pendidikan negara yang dipersetujui secara bersama semasa pembentukan kemerdekaan,” katanya.

“Dari aspek akademik, teks inimempunyai garapan dan fakta yang baik. Provokasi tidak sepatutnya timbul kerana ia sudah digunakan dalam subjek Sastera sekitar 1970-an tanpa masalah,” katanya.
 ..................................................................................

Interlok dalam novel ini bermaksud,  bertaut rapat, integrasi atau perpaduan. Pengarang menggarap cerita yang menggambarkan kehidupan rakyat Malaysia berbilang kaum sekitar awal 1900 sehingga saat mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957. Dalam tempoh tersebut perpaduan tiga kaum utama iaitu melayu, cina dan india amat penting untuk mencapai kemerdekaan seterusnya membangunkan negara. Novel ini mampu mengajar murid tentang erti penyatuan dan perpaduan.

Interlok menceritakan mengenai tiga keturunan generasi awal: ibu bapa Halimah (Mak Limah), ibu bapa Pak Musa, Kim Lock dan Perumal. Generasi kedua, Mak Limah, Pak Musa, Cing Huat, Maniam dan Malini. Generasi ketiga; Seman, Gayah, Yew Seng, Poh Eng dan Inspektor Ramakrisna. Watak ini diolah untuk menggambarkan suasana dan realiti ketika itu. Interlok adalah buku mengenai zaman kebangkitan rakyat pelbagai kaum Malaysia. Mereka ini adalah watak yang dibentuk mewakili realiti kehidupan pada zaman itu.

Interlok dianggap sebagai sebuah novel sejarah yang menceritakan keadaan sebenar ketika itu. Novel itu ditulis dalam peraduan menulis novel 10 tahun kemerdekaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1967. 

Datuk Abdullah Hussain (lahir 25 Mac 1920) ialah penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan.

Sebagai sasterawan, Abdullah bin Hussain telah melahirkan banyak karya berupa novel, esei, drama, terjemahan, autobiografi, biografi dan buku-buku umum.

P/S: Sudahkah anda membaca novel ini?

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org
http://www.bharian.com.my/ (09/01/2011)
http://www.bharian.com.my/