29 Februari 2012

Kemudahan Di Pejabat Paling 'Disukai' Kuman



Satu kajian mengenai kuman di pejabat mendapati bahawa telefon adalah tempat paling kotor di tempat kerja dan anda boleh dijangkiti selesema atau batuk hanya dengan menggunakan telefon pejabat. Kajian berkenaan dikendalikan oleh seorang profesor mikrobiologi, Charles Gerba dari Univesiti Arizona.

“Tiada sesiapa yang membersihkan atau membasmi kuman pada telefon pejabat,” kata Gerba yang dipetik CBS News.

Pekerja juga diberi amaran supaya berhati-hati di tempat yang mudah dijangkiti bakteria dan virus yang bersembunyi di pejabat. Bagaimanapun penemuan paling mengejutkan ialah ia tidak membabitkan tempat duduk dalam tandas. Ini kerana pekerja sentiasa membersihkan tandas hampir sepanjang masa.

28 Februari 2012

Rabun Warna Adalah Penyakit Genetik


Bolehkah anda mengesan nombor yang tersembunyi di dalam rajah di atas ini?

PERNAHKAH anda terfikir mengapa warna biru dan putih menjadi warna latar Facebook? Di sebalik populariti laman web sosial ini, pengasasnya, Mark Zuckerberg sebenarnya lelaki tampan yang rabun warna. Mengikuti temubualnya bersamaTime, banyak warna yang tidak mampu dilihat olehnya termasuk hijau dan merah. Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru dengan sempurna.

Namun, Zuckerberg tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuknya memiliki rangkaian kawan dari seluruh dunia. Walaupun penglihatannya tidak seperti orang normal, beliau berjaya menyesuaikan diri walaupun rabun warna.

Mungkin masih ramai lagi tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan rabun warna. Buta warna sebenarnya bukanlah istilah tepat bagi pesakit yang memiliki persepsi berbeza terhadap warna. Dunia mereka tidaklah terhad kepada warna hitam dan putih. Sebaliknya, mereka dapat melihat warna-warna lain cuma tidak dapat mengenal warna-warna tertentu.Sebab itulah kita kategorikan mereka sebagai rabun warna.

27 Februari 2012

Malaria: Guna Nyamuk Lawan Nyamuk


Nyamuk Tiruk (Anopheles) yang menyebarkan protozoa plasmodium.

MALARIA merupakan penyakit zaman kuno yang masih bersisa hingga sekarang. Penyakit bawaan nyamuk yang digeruni itu pernah membunuh manusia yang berlagak seperti Tuhan iaitu Firaun Tutankhamun.

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika dua tahun lalu mendedahkan punca kematian Tutankhamun atau Raja Tut adalah disebabkan oleh malaria berikutan penemuan parasit Plasmodium di dalam darahnya. Tutankhamun meninggal dunia ketika berusia 19 tahun pada tahun 1323 Sebelum Masihi.

Pada zaman moden ini, kemuncak kematian akibat malaria adalah pada tahun 2004 apabila ia meragut 1.8 juta nyawa berbanding sejuta mangsa pada tahun 1980. Bagaimanapun, perang manusia menentang malaria menunjukkan kejayaan berikutan penurunan angka kematian tahun demi tahun. Tahun lalu, bilangan korban malaria adalah seramai 1.2 juta orang.

26 Februari 2012

Jalan Maut (Death Road) di Bolivia



CHALLA, Bolivia - Sebatang jalan raya sepanjang 400 kilometer yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas dekat sini dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.

Jalan raya tersebut amat sempit untuk laluan kenderaan seperti bas kerana ia berliku-liku di lereng bukit. Paras jalan raya yang paling tinggi di kawasan tersebut ialah 4,000 meter. - AFP


Gambar: SEBUAH bas bergerak di satu laluan sempit di sebatang jalan raya yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas di Bolivia. (Sumber: Kosmo )

Bersama artikel ini disertakan beberapa keping lagi Gambar 'Pemandangan Menarik' yang dirakamkan di sepanjang Jalan Maut tersebut.

Rahsia Peribadi: Pendam atau Dedah


Benarkah wanita paling suka simpan rahsia berbanding lelaki

BERAHSIA demi kepentingan sendiri atau mendiamkan diri untuk menjaga hati pasangan anda? Apa juga alasan, pastinya setiap individu mempunyai sebab tersendiri berbuat begitu.

Biarpun kasih yang sudah lama terjalin atau cinta baru berputik, setiap orang menyimpan kisah tersendiri baik manis atau pahit. Kajian juga menunjukkan manusia tidak meluahkan rahsia hati kerana mereka malu dan bimbang jika luahannya tidak diendahkan.

Sesetengah individu berpendapat menyimpan rahsia adalah tindakan selamat bagi memperbaiki masalah dengan pasangan mereka kerana khuatir ikatan romantis yang terjalin bakal terputus akibat kisah silam selain ada juga yang enggan dilabelkan sebagai penipu.

25 Februari 2012

Majikan Pilih Pekerja Berdasarkan Profil Facebook



Facebook bukan lagi laman sosial untuk mencari rakan, bersembang kosong bersama rakan, berkongsi gambar-gambar peribadi semata-mata.

Aplikasinya kini meluas dalam pelbagai bidang. Usahawan menggunakannya untuk mempromosikan produk hasilan jualan mereka. Jabatan-jabatan menggunakannya untuk menghebahkan perkhidmatan yang mereka sediakan.

Mulai dari sekarang pemilik akaun Facebook patut memikirkan secara serius bagaimana mereka mempersembahkan Facebook masing-masing. Ini kerana segala item-item yang dipersembahkan di dalamnya boleh menggambarkan peribadi pemilik akaun Facebook tersebut.

Sebagai contoh, status yang menggambarkan sikap negatif anda seperti menyatakan perasaan marah terhadap seseorang, sikap sentiasa bosan dalam mengharungi kehidupan dan suka menyatakan keburukan orang lain patutlah dielakkan.

Bagaimanapun patut diingat, berpada-padalah dalam berkongsi atau mendedahkan maklumat peribadi anda. Bukan semua maklumat boleh dikongsikan kepada orang lain. Disegi keselamatan pula sama ada anda sedar atau tidak, sama ada anda mahu atau pun tidak, berkemungkinan terdapat pihak yang menggunakan maklumat peribadi anda untuk kepentingan mereka.

Mengenang Tragedi Bukit Kepong


Gambar 1: Anggota Polis Bkt Kepong Sebelum Kejadian

PADA tarikh 23 Februari 1950, 62 tahun yang lalu berlaku tragedi yang terpahat dalam sejarah pahit negara yang tidak mungkin dilupakan rakyat negara ini. Ia melibatkan kekejaman pengganas komunis yang menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong yang terletak kira-kira 59 kilometer dari bandar Muar, Johor.

Tanpa belas kasihan, pengganas menembak anggota polis yang cuba keluar dari balai yang terbakar dan melontar mereka yang tercedera serta mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Serangan itu dibuat sebagai peringatan kepada rakyat mengenai apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan komunis.

24 Februari 2012

Banyak Ketawa Mematikan Hati



SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.

Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

23 Februari 2012

Dapatkan Ubat Dengan Preskripsi Yang Betul



Sememangnya, sudah menjadi lumrah bagi mereka yang mengalami demam biasa, batuk dan selesema mendapatkan rawatan sama ada di klinik kerajaan mahupun swasta. Jika tidak pun, mungkin sekadar ke farmasi berdekatan. Senario ini berlaku dalam satu kemudahan kesihatan yang dipanggil sebagai 'primary care'.

Akan tetapi, faktor 'kekangan masa' serta sikap tidak boleh bersabar dan tidak suka menunggu lama mendorong kebanyakan masyarakat memilih untuk mendapatkan rawatan di sektor swasta berbanding sektor awam.

Namun begitu, timbul persoalan sama ada ubat yang diterima semasa mendapatkan rawatan khususnya di klinik swasta tersebut adalah selamat.

22 Februari 2012

Pendakap Gigi (Braces) Tidak Lagi Memalukan


Pendakap gigi Seramik.

DI awal kemunculan pendakap gigi (braces), individu yang memakainya cenderung berasa rendah diri dan dilemparkan dengan pelbagai gelaran seperti 'gigi besi', 'gigi buruk', 'rel keretapi' dan sebagainya.

Namun keadaan sudah berubah apabila pemakaian pendakap gigi kini menjadi trend anak muda kerana pilihan getahnya yang berwarna-warni.

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam bidang ortodontik juga, pendakap kini tidak lagi tertumpu kepada jenis besi (metal braces) sahaja. Sebaliknya terdapat yang diperbuat daripada seramik yang hampir tidak kelihatan jika dipakai kerana warna yang hampir sama dengan gigi.

Lebih hebat lagi dengan penciptaan invisalign braces yang langsung tidak kelihatan ketika memakainya kerana diperbuat daripada bahan lutsinar.

21 Februari 2012

Bahaya Kuman Kolam Rekreasi Kepada kanak-Kanak

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kes yang melibatkan kanak-kanak menerima jangkitan penyakit di kolam rekreasi telah mencatat kenaikan yang agak mendadak dalam beberapa tahun yang lepas.



Ekoran laporan media mengenai jangkitan Rotavirus di dua daerah di Perak telah menimbulkan kebimbangan masyarakat tentang penyakit yang boleh berjangkit melalui air. Simptomnya adalah cirit-birit dan muntah. Pihak berkuasa kesihatan Perak percaya jangkitan itu berpunca daripada 'dibawa air' dan mengambil makanan yang dijangkiti virus berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga seperti memasak air minuman, membasuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan makanan, dan selepas mengguna tandas.

Bila ada jangkitan virus dan bakteria 'bawaan' air, timbul pula satu persoalan - bagaimana dengan mereka dan anak kecil yang mengunjungi kolam rekreasi dan taman air?

20 Februari 2012

Ancaman Rotavirus


Punca badan hilang air akibat cirit-birit, muntah berpanjangan boleh bawa maut

ROTAVIRUS telah dikenal pasti sebagai punca utama masalah cirit birit. Sebanyak 600,000 kematian akibat Rotavirus dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia.

Merujuk kepada data Kementerian Kesihatan antara 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat Rotavirus. Manakala satu daripada 67 ditahan dalam wad sementara satu daripada 15,000 berdepan dengan kematian.

Dalam pada itu , sebanyak 3,444 kes direkodkan oleh Jabatan Kesihatan Perak setakat 16 Februari 2012 lalu melibatkan wabak acute gastroenteritis (AGE) berpunca daripada Rotavirus.

19 Februari 2012

Kemantapan Suara Adele



PERTAMA kali mendengar lagu Rolling In The Deep dan Someone Like You, mungkin ada yang menyangka Adele adalah ‘berkulit hitam’ kerana kemantapan suaranya lazimnya dimiliki penyanyi kulit hitam.

Mungkin ada yang tidak menyangka sama sekali Adele ini adalah wanita berkulit putih, berasal pula dari Britain, yang lebih terkenal dengan genre pop. Ramai yang menggemari lagu Rolling In The Deep kerana melodinya bagaikan membangkitkan keinginan untuk turut sama menyanyi.

Adele - Rolling in the Deep


Sejarah Pembukaan Kuala Lumpur


MASJID Jamek dan pertemuan dua sungai yang menyumbang kepada sejarah pembukaan Kuala Lumpur.

SEBELUM kedatangan Yap Ah Loy, pinggiran muara Sungai Gombak dan Sungai Klang telah didiami orang Mandailing, Rawa, Minangkabau, Bugis dan Jawa.

Kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang yang pada awalnya hanya digunakan untuk pertanian sara diri dan laluan pengangkutan, akhirnya berubah wajah apabila aktiviti perlombongan bijih timah mula dijalankan sekitar tahun 1850-an.

Penemuan itu secara tidak langsung membawa lebih ramai kemasukan orang Cina dan pedagang-pedagang sehingga Kuala Lumpur kemudian menjadi ibu negeri Selangor.

18 Februari 2012

Saintis Dedah Punca Stonehenge Dibina



Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England.

Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung tujuan struktur berkenaan dibina. Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembuhan.

Namun, kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan mereka membina Stonehenge.

Fauja Singh Pelari Marathon Tertua Di Dunia



Siapa Fauja Singh?

FAUJA SINGH hanyalah seorang petani yang menetap di sebuah perkampungan kecil di Bias Pind, Jalandhar, Punjab.

Sepanjang hayatnya, dia hanya tahu mengusahakan tanaman tebu dan gandum untuk menyara keluarganya. Ditemani isteri dan enam cahaya mata, tiga lelaki dan tiga perempuan, lelaki itu bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya.

Bagaimanapun, pada usia mencecah 81 tahun, anak keduanya, Kuldip meninggal dunia akibat ditimpa palang besi ketika berada di rumah. Sejak itu, Fauja mula berubah sikap. Dia lebih suka menyendiri dan mengalami kemurungan.

17 Februari 2012

Gabungan Sains dan Iman Membentuk Insan Bertakwa


Pengetahuan Tentang Sains Mengukuhkan Keimanan dan Ketakwaan Bagi Mereka Yang Mahu Berfikir.

ISLAM adalah satu-satunya agama yang sangat menumpukan kepada ilmu pengetahuan. Ini boleh dibuktikan melalui penurunan wahyu Allah SWT yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Surah Al-Alaq yang mencerminkan bahawa Islam ingin mewarnakan gaya hidup umatnya dengan budaya keilmuan. Pemerolehan dan pembelajaran terhadap ilmu itu termasuklah dalam lapangan sains dan teknologi.

Dalam al-Quran tidak terdapat istilah sains yang dinyatakan oleh Allah secara jelas, akan tetapi secara epistimologinya bidang sains dan teknologi jelas terangkum apabila kita merujuk secara mendalam dalam banyak ayat Allah yang memperkatakan mengenai ilmu pengetahuan.

Maher Zain - Open Your Eye


Perhatikan firman Allah yang jelas mengajak umat manusia mengkaji dan meneroka alam ciptaan-Nya menerusi ilmu sains menerusi Surah Fussilat, ayat ke-53 bermaksud:

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.”

16 Februari 2012

Penyakit Mental Akibat Tekanan Hidup dan Putus Harapan


KEMURUNGAN merupakan salah satu daripada gejala penyakit mental.

DI Malaysia, dianggarkan tiga juta penduduk berpotensi untuk menghidap penyakit mental. Statistik itu menunjukkan bahawa risiko untuk kita ditimpa penyakit mental sebenarnya sama besarnya dengan peluang untuk kita dijangkiti penyakit fizikal.

Bagaimanapun, dalam konteks masyarakat kita, kita jarang mengambil berat tentang penyakit mental. Malah, apabila ditimpa masalah psikologikal seperti kemurungan, tekanan atau kegelisahan, segelintir daripada kita percaya bahawa ia adalah disebabkan gangguan makhluk halus atau buatan orang.

Tidak ramai yang mengesyaki bahawa penyakit mental juga adalah sebahagian daripada bentuk penyakit yang boleh berlaku dalam kalangan kita. Akhirnya, masalah yang mungkin dapat ditangani dengan baik tidak dapat dirawat.

15 Februari 2012

Eropah Kembali ke Zaman Ais



ANGKA kematian akibat cuaca sejuk melampau di seluruh Eropah meningkat kepada 540 orang pada musim sejuk mutakhir ini.

Banyak kematian dicatatkan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini dan ia dikaitkan dengan suhu sejuk yang jatuh menjunam sehingga -39.4 darjah Celsius di beberapa negara seperti Ukraine dan Republik Czech.

Ekoran kesejukan melampau, sekurang-kurangnya 135 orang telah mati di Ukraine, Poland (82), Rusia (46), Bulgaria (32), Republik Czech (25), Lithuania (24) dan Serbia (16).

14 Februari 2012

Kemahiran Memacu Arus Pendidikan Negara


Kemahiran dalam bidang Pendawaian Elektrik

Persepsi masyarakat yang memandang pencapaian cemerlang dalam akademik, jaminan untuk kehidupan yang lebih cerah, rata-rata masih wujud.

Masyarakat Malaysia sering mendengar kata-kata seperti ini: "Belajar tinggi-tinggi, hingga ke peringkat Master (Ijazah Sarjana), senang dapat kerja dan bergaji besar!".

Namun sejauh manakah kebenaran di sebalik kenyataan itu? Adakah bidang akademik satu-satunya pilihan yang ada untuk pelajar Malaysia kelak bekerja dan mendapatkan gaji yang tinggi?.

13 Februari 2012

Whitney Houston Dalam Kenangan (1963 - 2012)


Whitney Houstan di awal penampilan.

TIADA ada lagi penyanyi yang mampu mengubah sebuah lirik menjadi melodi yang cukup indah, apabila penyanyi kulit hitam, Whitney Houston, 48, menghembuskan nafas terakhirnya. Sabtu 11 Februari 2012 yang  lalu, sepatutnya bintang terkenal Hollywood, Whitney Houston menyambut ulang tahun kelahiran ke-48. Bagaimanapun tarikh tersebut turut menjadi tarikh kematiannya.

Penyanyi legenda yang dilahirkan tanggal 9 Ogos 1963 di Newark, New Jersey, ditemui mati oleh pengawal peribadinya di dalam tab mandi di bilik Hotel Hilton di Beverly Hills California kira-kira jam 3.55 petang.

Whitney Houston - One Moment In Time


Menurut pihak polis Beverly Hills, punca kematian penyanyi kulit hitam yang telah menakluk dunia dengan vokal luar biasa dan kehebatan untaian lagu cinta hit sepanjang zaman itu belum dikenal pasti dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan, tetapi menurut pihak polis, tiada unsur jenayah.

Beza Antara Suka, Minat dan Cinta


Cinta umpama sedapnya secawan kopi. Kombinasi rasa manis, lemak dan rasa pahit.

Korban Cinta

Ada satu cerita benar yang patut diketahui oleh anak-anak gadis betapa cinta itu hanyalah sekadar fatamorgana. Kalaupun ia dikatakan indah, tetapi ia tidak selalunya betul. Bahkan, kisah ini juga boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berkahwin.

Pada tahun 1971, Seorang suami yang sangat menyintai isterinya telah menuliskan sekeping nota cinta, lalu memasukkannya ke dalam botol. Ia dicampakkan ke Lautan Pasifik. Sepuluh tahun kemudian botol itu ditemui di pantai Guam. Terjemahan nota itu berbunyi begini.

Tatkala surat ini sampai kepadamu, aku mungkin sudah tua dan beruban. Bagaimanapun, ketahuilah bahawa cintaku masih tetap segar seperti hari ini. Ia mungkin mengambil masa seminggu atau beberapa tahun untuk surat ini sampai kepadamu. Jika surat ini tidak pernah sampai kepadamu, percayalah yang ia tetap tertulis di hatiku yang aku sangat menyintai dirimu. 
Suamimu, Bob.

Wanita yang tercatat namanya dalam nota itu akhirnya berjaya dihubungi oleh seseorang menerusi telefon. Nota itu dibacakan kepadanya.

12 Februari 2012

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam



Orang ramai khususnya yang beragama Islam dinasihati supaya menjauhi acara atau majlis bertemakan sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day) bagi mengelak terlibat dengan gejala maksiat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, sambutan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah.

"Kita minta remaja sekalian dan umat Islam ambil perhatian kerana Hari Kekasih bukan perayaan dalam Islam dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

"Bahkan amalan dalam perayaan itu juga bercampur dan ada hubung kait dengan ajaran Kristian yang jelas dilarang oleh Islam," katanya.

11 Februari 2012

Fenomena Telur Berdiri Bukan Mitos


Dibukti secara saintifik graviti bumi, manipulasi medan magnetik membolehkan telur tak tumbang

Fenomena telur berdiri tiada kaitan dengan kepercayaan atau mitos masyarakat tertentu kerana ia sudah dibuktikan secara saintifik bahawa graviti bumi atau manipulasi medan magnetik di makmal membolehkan telur tidak tumbang apabila didirikan.

Pakar fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Mohd Yusof Othman, berkata mengikut kajian, tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari membolehkan telur berdiri termasuk ketika fenomena gerhana.

Kawasan mempunyai medan magnetik yang tinggi juga boleh menyebabkan telur berdiri,” katanya.

10 Februari 2012

Dosa Memutuskan Silaturrahim



HIDUP berkeluarga ialah merupakan nikmat Allah SWT kepada manusia. Dengan berkeluarga kita merasai kasih-sayang, kemesraan dan jalinan persaudaraan. Melalui perasaan inilah maka wujudnya semangat bantu-membantu, tolong-menolong dan budaya menasihati antara satu sama lain.

Watak-watak yang melengkapkan sebuah keluarga seperti ibu, ayah, kakak, abang dan adik mengindahkan bahtera kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ditambah pula dengan nenek dan datuk serta saudara-mara yang lain seperti sepupu dan sebagainya.

Selain dari keturunan, hubungan kekeluargaan juga boleh dibina melalui persahabatan. Rasulullah SAW dan para sahabat r.a telah menunjukkan contoh terbaik dalam sejarah umat manusia di mana mereka dapat disatukan atas dasar akidah walaupun datang daripada pelbagai kaum dan latarbelakang.

09 Februari 2012

Goncang Bayi Boleh Bawa Maut



KECENDERUNGAN ibu bapa menggoncang bayi sama ada untuk meredakan tangisan ataupun hanya untuk bermain sebenarnya boleh membawa maut. Ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan komplikasi serius khususnya pada otak.

Tabiat ibu bapa atau pengasuh yang gemar menggoncang bayi mereka dikenali sebagai Sindrom Goncang Bayi (Shaken Baby Sindrom (SBS).  Ia merujuk kepada kecederaan otak yang dialami ekoran goncangan kuat yang diterima mangsa.

Tahukah anda sindrom ini juga dianggap sebagai salah satu bentuk penderaan kanak-kanak?

08 Februari 2012

PERODUA Bakal Keluar Model Sedan


Semakan NAP benarkan syarikat hasilkan kereta 1.6 liter hingga 1.8 liter

SELEPAS 19 tahun menjadi pengeluar kereta kompak, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), dijangka memperoleh kebenaran daripada kerajaan untuk mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin lebih tinggi daripada 1.5 liter tidak lama lagi.

Kebenaran itu akan diberikan sebaik kerajaan selesai menyemak semula aturan perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak ketika penubuhan PERODUA pada 1993.

“Di bawah aturan itu, ia antara lain menyatakan PERODUA hanya dibenar mengeluarkan kereta kompak dengan kapasiti enjin di bawah 1.5 liter dan tidak boleh membuat atau memasang kereta dengan kapasiti enjin lebih daripada yang ditetapkan.


Prototaip BEZZA (Sedan yang akan berada dipasaran)

Kementerian Kesihatan Larang Rawatan Lintah


Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit

Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

Kasih Sayang Kunci Tumbesaran Sihat Anak-Anak


Anak-anak yang mendapat kasih sayang akan membesar dengan sihat.

TEKANAN yang dialami pada zaman kanak-kanak boleh memberi kesan negatif apabila seseorang individu meningkat dewasa. Keadaan ini lebih-lebih lagi akan dialami mereka yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Tetapi jika mereka mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa ketika kecil, mereka akan membesar dalam keadaan fizikal yang lebih baik.

Berdasarkan kajian dilakukan saintis, jika ibu bapa mendedahkan anak dengan kegiatan harian seperti membenarkan mereka bermain di padang permainan dan pada malam hari pula menemankan anak seketika sebelum mereka tidur serta membacakan mereka kisah yang bermanfaat, rutin berkenaan akan menjadikan anak lebih terhindar daripada sebarang penyakit yang serius.

Bahkan, berdasarkan kajian dilakukan di Universiti Brandeis, Boston juga menunjukkan kanak-kanak yang mendapat penjagaan dan kasih sayang yang erat daripada ibu bapa mereka semasa kecil akan kurang mengalami risiko dihidapi kencing manis mahupun serangan jantung apabila mereka dewasa kelak.

07 Februari 2012

Batuk, Bersin Dan Kempen Kebersihan Tangan 1Malaysia



Sejak tahun 2010, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pihak swasta menjalankan kempen Kebersihan Tangan 1Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan kebersihan tangan bagi menangani penyebaran penyakit mudah berjangkit termasuk selesema.

Seorang lelaki bersin dengan kuatnya tanpa menggunakan kertas tisu atau saputangan bagi menutup hidungnya walaupun ramai orang di sekelilingnya.

Seorang lagi batuk bertalu-talu, tanpa menutup mulutnya. Ramai juga kelihatan menjamah makanan tanpa membasuh tangan mereka terlebih dahulu.

06 Februari 2012

RENEW Tong Sampah Kalis Bom



Tong sampah kalis bom baharu (dikenali sebagai Renew) akan ditempatkan di jalan raya di London menjelang Sukan Olimpik 2012 di sini pada Julai depan.

Tong sampah baharu itu (Renew) adalah idea daripada dua bekas pelajar London School of Economics. Sebanyak 100 tong sampah itu akan ditempatkan di daerah kewangan London.

Mitos dan Realiti Taming Sari


Keris Taming Sari

KERIS iaitu sejenis senjata pendek yang digunakan untuk mempertahankan diri sejak lebih 600 tahun dulu. Ia tidak dapat dipisahkan daripada warisan galur bangsa.

Senjata unik di dunia Melayu ini boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand; Mindanao, Filipina serta Brunei dengan nama yang digunakan untuk senjata ini berbeza mengikut daerah.

Misalnya, di Mindanao ia dikenali sebagai sundang manakala di Bali dipanggil kedutan, Jawa Barat menggelarkannya kujang serta penduduk Sumatera merujuk keris sebagai kareh.

05 Februari 2012

Iktibar Daripada Maulidur Rasul

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR-RASUL



SAMBUTAN Maulidur Rasul bukan setakat berarak sambil berselawat dan disertai jamuan makan. Ia tidak habis setakat itu sahaja.

Ia juga bukan sekadar suka-suka atau menunjuk-nunjuk, Tetapi ia bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.



Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidup. Sebab itu, saban tahun hari kelahiran baginda diraikan supaya setiap umat Islam dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman.

Membudaya Selawat Dalam Kehidupan Harian

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR-RASUL



Kata Nabi SAW:
“Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Muslim)

UMAT Nabi Muhammad SAW sewajibnya mencintai Baginda melebihi daripada segala-galanya hatta terhadap diri sendiri. Ini seperti mana kisah Baginda SAW dengan sahabatnya Umar al-Khattab yang begitu jelas memberi pengajaran berguna buat kita umat di akhir zaman ini.

Dikisahkan, suatu hari Umar al-Khattab mengatakan rasa cinta dan kasihnya terhadap Rasulullah SAW, namun selepas mendengar yang Umar mencintai dirinya terdahulu maka Rasulullah SAW membetulkannya semula.


Kata Nabi SAW:
“Tidak, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya. Sehingga kamu mencintai aku lebih daripada dirimu sendiri. Kemudian Umar pun mengatakan: Sesungguhnya sekarang engkaulah yang aku cintai lebih daripada diriku sendiri. Lalu Nabi SAW pun berkata lagi kepadanya: Sekarang wahai Umar.” (Hadis riwayat Bukhari)

04 Februari 2012

AWAN NANO (HAFIZ)

Tahniah ...
Buat AWAN NANO, Nyanyian HAFIZ ...
Kerana Pencapaian Dalam Anugerah Juara Lagu Ke-26, 2012 ....
Yang Telah Berlangsung Pada 29 Januari, 2012.



Kategori Yang Dimenangi Adalah :
1. JUARA LAGU KE-26, 2012
2. VOKAL TERBAIK AJL KE-26.

Kini, di mana-mana sahaja orang sedang memperkatakannya.
Juga di mana-mana sahaja orang akan menyanyikannya.
Dalam entri ini saya sertakan pelbagai variasi Video Youtube berkaitan Awan Nano.

AWAN NANO (LIVE AJL26)


Lambakan 13,000 Guru Sains, Matematik


Pendidik mula terima kesan kekurangan pelajar sehingga terpaksa mengajar subjek lain.


Seramai 13,000 graduan mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kementerian Pelajaran perlu menghantar graduan ke universiti untuk dilatih kemahiran baru bagi mengelak berlaku pengangguran.

“Kalau kita hantar mereka ke sekolah untuk mengajar Sains dan Matematik sedangkan pelajar tidak berminat, keadaan itu tidak wajar,” katanya pada sidang media selepas melawat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Alat Permainan Anak-Anak Mengandungi Toksik


Ada Alat Mainan Boleh Sebabkan Kanser

Kebanyakan alat mainan memang nampak menarik, tetapi awas! Ada yang mungkin boleh mengundang bahaya kepada anak anda. Ia mungkin bahaya kerana mudah tertelan dan mungkin juga menjadi penyebab kanser.

Kesedaran masyarakat negara ini terhadap keselamatan alat mainan kanak-kanak, masih di tahap rendah. Ini dapat dilihat apabila masih ramai pengguna membeli alat mainan berdasarkan rupanya yang cantik dan bentuk yang canggih, warna dan juga mengikut trend semasa.

Bagi mereka, alat mainan kanak-kanak adalah medium hiburan serta penjanaan kepada daya imaginasi anak kecil dan tidak mungkin ia boleh mendatangkan bahaya. Sudah pelbagai kemalangan dan bahaya kesihatan yang berpunca daripada alat mainan kanak-kanak dilaporkan dalam media, khususnya antarabangsa.

03 Februari 2012

14 Sekolah Terima Pengiktirafan SBT Kohort Ketiga


Muhyiddin Yassin menyampaikan watikah pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada majlis pengiktirafan SBT Kohort 3 di Putrajaya.

Lima sekolah dari Johor, tiga dari Kedah, dua dari Terengganu, dua dari Pulau Pinang, serta masing-masing satu dari Pahang dan Negeri Sembilan, berada dalam kohort ketiga yang mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) hari ini (3 Februari, 2012), menjadikan jumlahnya kini 66 sekolah.

Semua pengetua dan guru besar 14 sekolah berkenaan tampil menerima watikah pengiktirafan dan peruntukan dana khas di Auditorium Parcel E di Putrajaya, yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata SBT bukan bertujuan mengiktiraf kecemerlangan sekolah semata-mata, tapi yang lebih penting ialah memastikan kecemerlangan itu dapat memberi impak positif kepada pencapaian pelajar.

Redha Allah Terletak Pada Redha Ibu Bapa


UMAT Islam disuruh berbuat baik kepada ibu bapa terutama apabila mereka sudah lanjut usia.

Dewasa ini, kita seringkali dipersembahkan dengan episod-episod sedih dan duka yang berlaku dalam masyarakat kita. Di mana terdapat segelintir masyarakat yang sanggup mengabaikan ibu bapa mereka.

Bukan sahaja tidak pernah bertanya khabar, bahkan sanggup membiarkan kehidupan ibu bapa mereka melarat menagih simpati dari jiran-tetangga dan masyarakat untuk meneruskan kehidupan.

Ada pula yang tergamak menghantar ibu bapa mereka yang sudah tua dan uzur itu ke pusat-pusat penjagaan warga tua dan langsung tidak dipedulikan nasib mereka. Walhal ketika kecil, ibu bapa mereka tidak sampai hati menyerahkan mereka di bawah jagaan orang lain walau hidup dalam keadaan penuh kekurangan.

02 Februari 2012

PERODUA Lancar Alza SR (Smart Ride)

ALZA SR dijual antara RM53,013.50 hingga RM56,513.50 seunit.



PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), pengeluar kenderaan mampu milik nasional, memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak dipertingkatkan, Alza Smart Ride (Alza SR) baru pada harga atas jalan antara RM53,013.50 dan RM56,513.50 seunit.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, PERODUA menyasar untuk menjual sekitar 400 unit sebulan bagi model baru yang dipertingkatkan itu.

Katanya, sasaran itu sekali gus merangkumi 13 peratus daripada jualan bulanan model Alza di rantau ini. Model dipertingkat itu disasarkan kepada golongan muda berkeluarga yang mahukan MPV yang fleksibel dengan ciri-ciri model sedan.

Pelajar Dibelasah Akibat Komen Dalam Facebook

Lagi Kes Sisi Gelap Facebook. Meluahkan rasa tidak puas hati dalam Facebook adalah suatu keburukan yang membawa padah. Bukan semua perkara boleh dikongsikan kepada masyarakat umum.



Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di Kangar.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak berpindah lebih sebulan lalu ke sekolah itu.

Menurut Kosmo pula, pelajar perempuan tersebut teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki.

Budaya Makan Era Moden Boleh Bawa Kemudaratan?



Masyarakat majmuk Malaysia telah melahirkan kombinasi pelbagai hidangan sehingga membentuk satu budaya makanan tradisional yang cukup unik.

Adab dalam pemakanan tradisional dalam menjalani kehidupan harian ini, yang diamalkan generasi lalu, juga banyak memberi manfaat terhadap kesihatan.

Namun faktor pembangunan memberi kesan kepada tabiat pemakanan dan kesihatan rakyat masa kini. Ini diakui Kementerian Kesihatan semasa 'Seminar Peranan Media Meningkatkan Taraf Pemakanan Rakyat' yang diadakan baru-baru ini.

01 Februari 2012

Kibar Bendera Hari Wilayah Persekutuan 2012



RIBUAN bendera Wilayah Persekutuan kelihatan gah di tangan-tangan para peserta perbarisan yang mengambil bahagian dalam perarakan perbarisan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 Sabtu, 28 Jan. 2012 lalu.

Perayaan Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Sambutan pada tahun 2012 ini merupakan perayaan kali kelapan yang menggabungkan ketiga-tiga wilayah berkenaan sejak wujudnya Kementerian Wilayah Persekutuan pada 27 Mac 2004.

Amalkan Kumur, Berus dan Flos Gigi


Gigi Bersih Sihat

TATKALA mata bertemu mata, hanya sekuntum senyuman menjadi penghubung komunikasi pertama. Tetapi senyuman manis yang ditawarkan itu tidak sempurna jika ia tidak datang bersama sepasang gigi yang cantik, bersih dan putih.

Bukan untuk tujuan kosmetik semata-mata, kesihatan gigi sebenarnya merupakan tunjang untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan manusia. Walaupun ia jarang diberi keutamaan terutama sekali di dunia yang terlalu obses dengan kecantikan berasaskan kosmetik.