31 Disember 2012

Kenali Manuskrip Melayu


MANUSKRIP yang ditulis di atas papan.

MANUSKRIP Melayu merupakan lambang kesarjanaan para cendekiawan Melayu dahulu. Kegiatan penulisan dan penghasilan manuskrip dalam pelbagai subjek bagi mewariskan ilmu dan pengetahuan mereka mengenai sesuatu perkara kepada generasi Melayu yang seterusnya.

Antara bidang penulisan manuskrip Melayu yang sering diketengahkan ialah seperti bidang keagamaan yang terdiri daripada ilmu tajwid, fekah, tasawuf, akhlak dan sejarah manakala dalam bidang tradisi Melayu tempatan seperti hikayat, budaya dan perubatan.

Manuskrip adalah nama yang diberikan kepada naskhah penulisan yang bertulis tangan. Manakala tulisan yang digunakan ialah Jawi.

30 Disember 2012

Cuti Umum Malaysia 2013



Senaman Bantu Cergaskan Otak


AKTIVITI senaman seperti berjoging, berjalan atau mendaki baik untuk kesihatan jantung dan otak.

JIKA anda telah berusia lebih daripada 40 tahun, anda mungkin pernah mengalami keadaan tidak ingat barang yang telah diambil atau mahu digunakan untuk tujuan apa?

Selain itu, anda mungkin berjalan ke dalam sebuah bilik dan lupa mengapa anda masuk ke bilik tersebut atau anda mungkin kabur tentang peristiwa masa lalu.

Bagaimanapun, sifat pelupa itu tidaklah seharusnya dilihat sebagai satu masalah yang membimbangkan. Ia mungkin kerap berlaku kerana anda tertekan atau bekerja keras.

Dalam pada itu, satu kajian pembangunan perubatan penyakit nyanyuk di Jepun mendapati individu yang aktif dalam sukan kurang berkemungkinan mengalami pengecutan otak.

29 Disember 2012

Rangsang Minda Anak Dengan Alat Permainan



Waktu bermain adalah masa terbaik untuk ibu bapa melihat perkembangan anak sama ada mereka memberi penjagaan cukup atau keperluan sesuai dengan apa yang diperlukan oleh bayi mahupun kanak-kanak untuk menjalani proses membesar sempurna.

Justeru, permainan diberikan kepada anak haruslah yang dapat memacu perkembangan otak mereka sehingga membentuk kecerdasan optimum.

Sebenarnya, tidak perlu membeli permainan yang mahal dan berjenama untuk merangsang kecerdasan anak. Bahkan, jika kreatif ibu bapa sendiri boleh mereka cipta permainan anak tanpa perlu berbelanja tinggi.

Memang seronok tengok anak gembira dengan permainan diberi tetapi apa yang lebih penting, ibu bapa perlu mengambil kira dan mempertimbangkan beberapa perkara asas sebelum permainan itu diberikan.

28 Disember 2012

Kaya Hati Adalah Kaya Sebenar



BAGI kebanyakan manusia zaman ini, menjadi kaya adalah satu matlamat hidup yang mesti diraih. Mereka menginginkan rumah besar, kereta mewah dan pelbagai kemudahan hidup yang selesa. Untuk itu, pelbagai usaha dilakukan siang dan malam untuk mengumpulkan wang.

Sering kali, keinginan itu membuatkan diri kita melupakan hak anak isteri yang memerlukan kasih sayang dan perhatian, bahkan ada juga yang mengabaikan pantang larang agama.

Apabila kita keliru dalam memahami konsep kekayaan, maka kita akan tersalah dalam mencarinya. Kekayaan hakiki sebenarnya bukan terletak pada benda-benda material, akan tetapi ia sesuatu yang berada di dalam hati manusia.

27 Disember 2012

Ujian Spirometri Kesan Penyakit COPD


ANTARA contoh alat spirometer yang digunakan untuk mengesan pesakit COPD. 

Spirometri (bermaksud pengukur nafas) adalah ujian fungsi pulmonari (PFTs) yang paling biasa untuk mengukur fungsi paru-paru, terutamanya menyukat jumlah isipadu udara atau kelajuan aliran udara yang boleh disedut dan dihembus keluar. Spirometry adalah alat penting yang digunakan untuk menjana pneumotachographs, yang membantu dalam menilai keadaan seperti asma, cystic pulmonari, cystic fibrosis, dan COPD. [wikipedia]

26 Disember 2012

Mendalami Karenah Kanak-Kanak Pra-Tadika


Gelagat anak kecil dalam proses berdikari menguji kesabaran individu dewasa

DUNIA kanak-kanak dipenuhi keriangan terutama ketika usia tiga dan empat tahun. Ketika ini, kanak-kanak yang dikategorikan kanak-kanak pra-tadika mula aktif mengenali sekali gus meneroka alam sekelilingnya.

Berdasarkan perkembangan pra-tadika, kanak-kanak melalui proses tumbesaran secara normal mudah bertindak balas sendiri seperti mahu menyentuh, merasa, menghidu, dan mencuba sesuatu tanpa bantuan individu.

Ia berikutan proses dialami membuatkan mereka teruja mempelajari sesuatu, mengetahui cara mengalami dan melakukan sendiri sebarang aktiviti. Biasanya, kanak-kanak ini sibuk membina kemahiran hidup, menggunakan bahasa dan bersusah payah melakukan aktiviti serta berlatih mengawal perasaan.

25 Disember 2012

Pencen Swasta (PRS) Boleh Keluar Di Usia 55 Tahun



Pencarum Skim Persaraan Swasta (PRS) masih boleh mengeluarkan simpanan mereka apabila berumur 55 tahun, meskipun kerajaan sudah melanjutkan umur persaraan swasta kepada 60 tahun.

Pengerusi Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA), Datin Zaiton Mohd Hassan, berkata semua caruman yang dibuat kepada PRS terbahagi kepada dua sub-akaun dan pencarum boleh mengeluarkan 70 peratus simpanan apabila mencapai umur persaraan manakala 30 peratus boleh dikeluarkan setahun sekali selepas itu.

Katanya, PRS yang dilancarkan Julai 2012 lalu adalah caruman sukarela yang memberi pilihan kepada orang ramai untuk menambah simpanan persaraan mereka menerusi sumbangan jangka panjang dalam persekitaran yang dikawal selia.

24 Disember 2012

Kisah Pencinta Burung

Rupa, warna dan aksi burung-burung yang berbagai jenis dan spesies memang amat menarik untuk dirakamkan menerusi lensa kamera. Bagaimanapun kerja-kerja merakam gambar burung serta mendapatkan  aksi yang menarik dan gambar yang 'sharp' bukan sesuatu kerja yang mudah. Selain kepakaran, ianya juga memerlukan pengorbanan wang ringgit, masa dan kesabaran yang tinggi ...



Kedinginan udara 6.30 pagi terasa menusuk sampai ke tulang. Suasana nyaman dan tenang menyambut kedatangan tetamu ke Kuala Gula Sanctuary Resort, Kerian. Ia satu-satunya hotel penginapan yang terdapat di Kuala Gula yang terletak di daerah Kerian, Perak.

Perjalanan dari Kuala Lumpur sejauh 304 kilometer yang memakan masa empat jam terasa berbaloi apabila dihidangkan pemandangan indah di sekitar muara Sungai Kurau yang merupakan penempatan kampung nelayan kecil.

Menyimpan khazanah alam yang tinggi nilainya terutama keluasan hutan bakau yang mengelilingi sepanjang muara, menjadikan Kuala Gula sebagai destinasi ekopelancongan unik terutama pencinta alam.

Lebih istimewa, ia juga menjadi lokasi pilihan si pencinta burung. Terdapat kira-kira 200,000 burung hijrah daripada 50 spesies singgah di sini terutama antara Ogos hingga April setiap tahun.

23 Disember 2012

Baik Dan Buruk Sinar Matahari Pada Kesihatan


Kaca mata hitam dapat membantu mengelakkan sindrom mata mengering ketika cuaca panas.

Sebagai negara beriklim tropika, penduduk Malaysia dipancar cahaya matahari setiap hari, sepanjang tahun. Kita harus bersyukur kerana dapat menikmati kehangatan suria tanpa perlu berjemur seperti sesetengah penduduk bahagian dunia yang lain.

Sinar matahari yang paling banyak memancar ke bumi antara jam 10 pagi hingga 6 petang mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan. Antaranya sumber mudah memperoleh Vitamin D untuk tubuh.

Vitamin D boleh meningkatkan penyerapan kalsium, seterusnya membantu pembentukan tulang. Mengikut kajian, berjemur selama 10 minit di bawah matahari selama satu atau dua kali seminggu juga dapat mengurangkan risiko selesema hingga 40 peratus.

22 Disember 2012

Jarak Pagar Berpotensi Hasilkan Biodiesel



Jarak Pagar

Jarak Pagar atau nama saintifiknya Jatropha curcas adalah satu spesies tumbuhan berbunga yang berasal dari kawasan tropika Amerika, terutama Mexico dan Amerika Tengah. Ia kemudiannya ditanam di kawasan tropika.dan kawasan subtropika di seluruh dunia.

Jatropha juga mempunyai nama-nama lazim yang lain termasuk Nut Barbados, Nut Purging, Nut Fizik, atau JCL (singkatan Jatropha curcas Linnaeus).

Jatropha adalah pokok beracun, separa malar hijau, merupakan pokok renek mencapai ketinggian 6 m (20 kaki). Ia tahan tahap kegersangan yang yang tinggi termasuk kawasan padang pasir.

Bijinya mengandungi 27% hingga 40% minyak (purata: 34.4%) yang boleh diproses untuk menghasilkan bahan api biodiesel berkualiti tinggi untuk enjin diesel. [Wikipedia]

21 Disember 2012

Isteri Adalah Amanah Allah Kepada Suami


Suami perlu amanah hiasi rumah tangga dengan mawaddah, rahmah

Isteri adalah amanah Allah kepada suami, begitu juga sebaliknya. Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak. Mengikut Imam al-Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada di sampingmu, barang siapa tidak memerintahkan supaya isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia khianat kepada Allah dan Rasul-Nya.”

20 Disember 2012

Keputusan Piala AFF Suzuki 2012



Catatan Di Pusingan Akhir Piala AFF Suzuki 2012:

Tahniah kepada Pasukan Singapore ...
Bermakna Singapore dinobatkan buat kali keempat sebagai Juara Piala AFF Suzuki ...

Keputusan Piala AFF Suzuki:

PUSINGAN AKHIR (KEDUA):

Perlawanan: Singapore Vs Thailand (0 - 1)
Tarikh Perlawanan: 22/12/2012 (Sabtu)
Venue: Stadium Supachalasai, Bangkok.

Agregat Keputusan: Singapore Vs Thailand (3 - 2)

Didik Anak Urus Kewangan


Pengurusan kewangan adalah antara keperluan kemahiran hidup pengguna- Gambar hiasan

Pengurusan kewangan keluarga adalah perkara yang sangat penting. Konsep pengurusan kewangan bukan sahaja terhad kepada golongan dewasa, malah ia perlu diterapkan kepada akar umbi lagi atau peringkat kanak-kanak.

Mendedahkan anak-anak kepada pengurusan kewangan dapat membantu dalam mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan anda. Dengan harga barang runcit yang semakin meningkat, anda sememangnya memerlukan bantuan daripada ke semua ahli keluarga dan anak-anak.

Mengapa kita perlu mendidik anak-anak mengenai pengurusan wang?

19 Disember 2012

Mudarat Daripada Minuman Tenaga


Aneka jenama minuman tenaga - Gambar hiasan

KEBIMBANGAN terhadap kesan berbahaya daripada minuman tenaga, terutamanya apabila ia digabungkan dengan alkohol, telah berkembang dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Sebuah berita dalam akhbar New York Times pada pertengahan November 2012 menambahkan kebimbangan tersebut apabila Pentadbiran Makanan dan Perubatan (FDA) mendedahkan bahawa mereka telah menerima laporan 13 kematian yang dikaitkan dengan minuman tenaga, 5-Hour Energy.

Minuman tersebut mengandungi kira-kira 215 miligram (mg) kafein, bersamaan kira-kira dua cawan kopi.

Berikut merupakan lima isu kesihatan membimbangkan yang dikaitkan dengan minuman rangsangan:

18 Disember 2012

Khasiat Ubi Kentang



"Kalau kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng tetapi saya mesti makan nasi setiap hari," kata seorang rakan apabila mendengar saranan menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang.

Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak, meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti.

Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan.

Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia. Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang.

17 Disember 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)



Melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), murid dan pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan serta tidak terikat dengan keperluan peperiksaan semata-mata.

Melalui sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini, guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama, tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu.

Sebaliknya, pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan malah format pentaksiran baharu itu membolehkan murid dinilai berdasarkan hasil lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang.

16 Disember 2012

Pentingnya Mengetahui Keperluan Nutrisi Kanak-Kanak



Kanak-kanak Malaysia berumur bawah 12 tahun boleh memiliki tubuh badan yang lebih sihat sekiranya ibu bapa dan penjaga prihatin dengan pengambilan makanan anak masing-masing.

Maklumat mengenai nutrisi optimum yang diperlukan oleh kanak-kanak boleh diperoleh daripada bahagian penjagaan kesihatan dan pendidikan di seluruh negara.

Menurut Kajian Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts), kanak-kanak di Malaysia adalah lebih sihat jika dibandingkan dengan kanak-kanak di beberapa negara di rantau ini.

Bagaimanapun, jumlah kanak-kanak yang terlebih berat badan di Malaysia adalah tinggi.

15 Disember 2012

Rumah Bersih Nyaman Serta Bebas Formaldehid


Kemasan gam pencetus formaldehid.

Rumah dengan dekorasi indah sememangnya menjadi dambaan ramai. Ada yang sanggup membiarkan tingkap dan pintu tertutup rapat, bagi mengelakkan debu luar daripada masuk ke dalam rumah.

Begitupun, susun atur dan indahnya hiasan di dalam rumah, tanpa sedikit habuk dan debu, bukan ukuran ia selamat untuk didiami sebaliknya aliran udara berkualiti dihirup dalam rumah itulah ukuran keselamatan kita berada di dalamnya.

Justeru, bagaimana mengelakkan daripada rumah menjadi sarang penyakit?

Rumah tertutup dengan banyak penggunaan perabot atau kertas dinding menggunakan kemasan gam mendedahkan, kualiti udara di dalam rumah tidak selamat disebabkan pendedahan keterlaluan terhadap formaldehid.

Gam digunakan dalam kertas dinding dan perabot boleh menghasilkan tindak balas udara yang menghasilkan formaldehid, iaitu sejenis gas tidak berwarna digunakan dalam larutan sebagai pengawet dan bahan penyahjangkitan.

Akta Perlindungan Data Peribadi Kuatkuasa 1 Januari 2013



Akta Perlindungan Data Peribadi yang bertujuan mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial, akan berkuatkuasa 1 Januari 2013.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, akta itu yang diluluskan Parlimen pada 2010, akan memainkan peranan penting dalam melindungi kepentingan individu dan menjadikannya satu kesalahan bagi entiti korporat atau individu untuk menjual maklumat peribadi atau membenarkan penggunaan data oleh pihak ketiga.

Beliau berkata, banyak pihak berasakan penguatkuasaan akta itu adalah tepat pada masanya kerana ia akan memudahkan pemindahan dan penghantaran maklumat peribadi serta maklumat yang amat penting dengan lancar.

14 Disember 2012

Mencari Keikhlasan Dalam Diri


Kuasa, kekayaan dan pengaruh adalah ujian besar dalam keikhlasan

Ulama terkemuka dan ahli ibadah yang zuhud, Al-Fudhail bin Iyadh, berkata meninggalkan amal kerana manusia adalah riak, mengerjakan amal kerana manusia adalah syirik. Sedangkan ikhlas adalah jika Allah memberikan anugerah kepadamu untuk meninggalkan kedua-duanya.

Bagaimanapun, sukar untuk menentukan keikhlasan seseorang. Keikhlasan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kata-kata seseorang yang menyebut perkataan ikhlas atau catatannya yang bertulis ikhlas.

Biasanya kuasa, kekayaan dan pengaruh banyak menguji keikhlasan seseorang. Semakin masyhur dan terkenal seseorang itu, semakin mencabar diri dan kedudukannya. Sebab itulah sesetengah ulama takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya.

13 Disember 2012

Susunan Angka Dan Tarikh Unik Jadi Pilihan



Tanggal 12.12.12! Itulah tarikh semalam. Angka atau digit itu dikatakan cantik, tidak kurang pula menganggap tarikh hari ini begitu unik dan istimewa.

Ini berikutan, susunan angkanya iaitu 12.12.12 kelihatan menarik dan cantik sebab berturutan serta memberi impak tersendiri apabila dicatat misalnya, pada sijil perkahwinan, kad kahwin dan sebagainya.

Angka tetap angka manakala kebaikan atau keburukan dibawa tiada kaitan dalam kehidupan seseorang, sebaliknya bergantung kepada empunya diri untuk mencorakkannya," Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, Pakar motivasi dan sosiologi, Universiti Putra Malaysia.

Mungkin sebab itulah lazimnya, tanggal sebegini ramai bercadang mengadakan majlis pertunangan, pernikahan, meraikan resepsi majlis perkahwinan dan merancang pelbagai acara lain, ada memilih tarikh bersalin pada hari berkenaan.

12 Disember 2012

Ilusi Anamorfik Yang Memukau

Layan Sahaja Cara Mata Anda Melihat ....



Ianya kelihatan seolah-olah suatu objek 3D,
Hakikatnya ia adalah sekeping gambar semata-mata ...
Dengan sudut pandangan yang betul,
Maka penglihatan kita mentafsirkannya sebagai objek 3D
Inilah yang dikatakan ilusi optik ...

Anamorphosis adalah unjuran atau perspektif yang boleh diputar-terbalikkan. Orang yang melihatnya perlu menggunakan alat-alat khas atau berada pada sudut pandangan tertentu untuk memperolehi bentuk imej yang sepatutnya mereka lihat (reconstitute the image).

Perkataan "anamorphosis" berasal dari perkataan Yunani. Ana bermaksud kembali atau sekali lagi, dan morphe pula bermakna bentuk atau bentuk (shape or form). [Wikipedia]

Saudara Baru Islam Tidak Wajib Tukar Nama



Tiada peruntukan wajibkan saudara baru tukar nama

Tiada sebarang peruntukan undang-undang mewajibkan saudara baru untuk menukar nama kepada nama Islam dan menukar kad pengenalan dengan maklumat baharu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, bagaimanapun berkata individu yang memeluk Islam akan diberi kad akuan masuk Islam sebagai dokumen pengesahan status agamanya.

Individu yang memeluk Islam akan diberi kad akuan masuk Islam sebagai dokumen pengesahan status agamanya. Mereka hanya dinasihat menukar status agama dan nama di Jabatan Pendaftaran Negara," Kata Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

11 Disember 2012

100 Kata Laluan Yang Sangat Lemah



Syarikat Research In Motion (RIM) pengeluar produk Blackberry telah menerbitkan senarai kata laluan yang ditegah dipakai bagi produk keluarannya kerana dianggap sebagai 'sangat lemah'. Ia termasuk kata laluan seperti 123456, snoopy, biteme, Internet, selain watak kartun Winnie the Pooh iaitu Tigger, piglet dan poohbear, dan kata laluan paling kerap diguna kita semua: password. Sila rujuk senarai penuh kata laluan dalam infografik. Jika kata laluan anda guna sekarang ada tersenarai, silalah ubah.

Pengurus Kanan Produk bagi Keselamatan BlackBerry di RIM, Tim Segato berkata, senarai tersebut telah dikenal pasti oleh penyelidik industri sebagai kata laluan paling lemah yang paling kerap digunakan. Menurutnya, larangan penggunaan kata laluan itu merangkumi semua kata laluan bagi laman web syarikat, aplikasi dan perkhidmatan. Namun larangan itu tidak meliputi kata laluan untuk individu membuka gajet peribadi.

10 Disember 2012

Microdose Mammography Sistem Mamogram Terkini


Sistem mamogram terkini guna 40 peratus dos radiasi lebih rendah

Kajian menunjukkan bahawa seorang daripada setiap 20 wanita di Malaysia menghadapi risiko diserang kanser payudara, jenis kanser yang paling banyak dihidapi wanita di dunia.

Oleh kerana 49.30 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia terdiri daripada wanita, maka kesedaran orang ramai tentang cara mencegah penyakit ini dan kemudahan untuk merawatnya sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan dan pengamal perubatan, termasuk daripada sektor swasta.

Ketumbuhan malignan payudara merupakan penyebab kedua terbesar kematian dalam kalangan wanita, selepas kanser paru-paru.

09 Disember 2012

Persaraan Swasta Umur 60 Tahun Mulai Julai 2013


Majikan swasta boleh mohon tangguh hingga 31 Disember 2013

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang menetapkan umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.

Bagaimanapun, majikan boleh menangguhkan pelaksanaannya sehingga 31 Disember 2013 dengan membuat permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia sebelum 28 Februari 2013 berserta alasannya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja selain pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

08 Disember 2012

Gambar Bumi Pada Waktu Malam


PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968. Gambar Bumi tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pada 6 Disember, 2012, NASA mendedahkan gambar Bumi pada waktu malam. Gambar tanpa awan tersebut yang amat jelas dirakamkan menggunakan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.

Apa kelebihan gambar Bumi terbaru ini?

Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.

"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika.

Sumber: Kosmo

07 Disember 2012

Kaabah Adalah Arah Kiblat Bagi Umat Islam


Kewajipan umat Islam untuk berkiblat ke Kaabah di Mekah bermula pada tahun kedua Hijrah.

ARAH menghadap ketika solat disebut 'kiblat', iaitu Kaabah di Mekah, Arab Saudi. Kiblat berasal daripada bahasa Arab al-qiblah yang bererti arah. Kata al-qiblah sendiri berasal daripada kata kerja qabala-yaqbalu yang bermaksud menghadap.

Kewajipan umat Islam untuk berkiblat ke Kaabah di Mekah bermula pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, ketika melaksanakan solat, umat Islam masih menghadap ke al-Sakhrah di Baitulmaqdis.

Perubahan arah kiblat solat ini didasarkan pada firman Allah SWT yang memerintahkan umat Islam mengubah arah kiblat dari Baitulmaqdis ke Masjidil Haram di Mekah.

06 Disember 2012

Patuhi Waktu Makan Dan Pemakanan Anda



WAKTU makan sentiasa dinanti bagi setiap manusia untuk menambah semula tenaga, apatah lagi bila perut sudah mula berkeroncong.

Walau bagaimana cara pun anda makan, anda perlu utamakan kesihatan. Bukan semua makanan boleh anda ambil mengikut selera dan nafsu makan anda.

Anda patut tahu jenis makanan yang perlu anda makan mengikut masa dan corak hidangan yang bersesuaian untuk kesihatan.

Ramai sebenarnya di antara kita yang tidak mematuhi waktu makan. Biasanya, bila perut dah 'keluar muzik', barulah nak cari makan.

Penting sebenarnya untuk kita mematuhi waktu makan agar makanan yang diambil dapat dicerna dengan baik sebelum kita mengambil lagi makanan yang baru.

05 Disember 2012

Wanita Teleport Selamatkan Lelaki Berbasikal


RAKAMAN video memaparkan wanita teleport (dalam bulatan) tiba-tiba muncul di hadapan lori lalu menyelamatkan penunggang basikal.

Kemunculan manusia teleport heboh diperkatakan di China baru-baru ini apabila sebuah kamera yang dipasang di jalan raya berjaya merakam video seorang wanita yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam sekelip mata.

Video yang dimuat naik ke laman YouTube itu memaparkan aksi wanita tersebut yang menyelamatkan nyawa seorang lelaki berbasikal yang hampir-hampir dilanggar oleh sebuah lori.

Dalam kejadian yang dirakamkan pada waktu malam itu, sebuah lori dilihat ingin membelok ke kanan di satu persimpangan apabila sebuah basikal yang ditunggangi lelaki itu meluncur laju di hadapannya.

04 Disember 2012

Rumah Di Tengah Lebuh Raya Akhirnya Dirobohkan


BEBERAPA buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen selepas dia dan isterinya bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000. 

SATU-SATUNYA rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya yang baru dibina di Zhejiang, China akhirnya diruntuhkan.

Pihak berkuasa China memusnahkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah jalan utama dan menjadi simbol penentangan oleh pemilik rumah terhadap pegawai yang didakwa menawarkan pampasan tidak berbaloi.

Rumah yang terletak di pinggir bandar Wenling itu mendapat perhatian selepas pemiliknya seorang penternak itik, Luo Baogen enggan menerima pampasan yang ditawarkan kerajaan kerana berpendapat jumlah itu tidak cukup untuk membina rumah baharunya.

03 Disember 2012

Pengguna Telefon Pintar Diancam Penggodam Siber



Kira-kira tujuh juta pemilik telefon pintar di negara ini diancam penggodam siber yang menjadikan ia instrumen dalam kegiatan penggodaman untuk menipu bagi mendapatkan wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata kurangnya kesedaran terhadap risiko keselamatan telefon pintar menjadikan pengguna ini mudah disasarkan sebagai mangsa.

"Modus operandi antaranya dijalankan dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dikenali sebagai 'SMS Trojan' kepada pengguna yang tanpa disedari kos dikenakan ke atas pengguna dengan hanya membalas SMS berkenaan.

“Pengguna hanya menyedari perkara itu apabila mereka menerima bil telefon yang tinggi sedangkan mereka tidak menggunakannya," katanya.

02 Disember 2012

Sengatan Maut Ikan Pari


SENGAT duri ikan pari (pada bahagian ekor) sangat berbahaya hingga boleh membawa maut jika terkena.

Di Muar pada 6 November 2012, seorang nelayan meninggal dunia selepas koma selama dua hari apabila terkena sengat ikan pari pada tangan kanannya ketika hendak mengeluarkan haiwan tersebut yang tersangkut pada jaring. Rashid Arshad, 55, berjaya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tetapi meninggal dunia selepas koma selama 48 jam. [kosmo]

Dalam insiden hampir sama di Terengganu, seorang pemuda terpaksa menanggung derita selama lapan tahun gara-gara sengat pari yang tersisa di bahagian punggungnya. Penderitaan pemuda itu berakhir setelah sekumpulan pakar berjaya mengeluarkan bisa itu pada tahun 2011 lalu.

01 Disember 2012

Hantu Di Dalam Lif Di Brazil

Jangan bergurau bab hantu-hantu ni ...
Tak kena pada diri kita boleh lah kita gelak-gelak ....
Kalau gurauan ini terkena pada diri kita sendiri ... 
Mau terkencing dalam seluar masa tu jugak agaknya ...
Bagaimana pula kalau orang yang menjadi mangsa mempunyai penyakit jantung??


Program TV uji ketakutan pengguna lif terhadap hantu

GAMBAR di atas (yang disiarkan di laman YouTube) menunjukkan seorang wanita cuba mengelak daripada melihat 'hantu' budak perempuan (kiri) di dalam sebuah lif dalam sebuah program televisyen di Brazil.

Sindrom CARPAL TUNNEL


Pesakit sindrom Carpal Tunnel sering kebas di bahagian hujung jari dan biasanya mereka akan mengurut untuk mengurangkan rasa kebas.

SEORANG wanita datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan mengadu tangannya terutama ibu jari hingga ke jari manis sering terasa kebas apabila bangun dari tidur. Kadang kala jari tangannya yang dibengkok tidak dapat diluruskan semula seperti kekejangan otot di bahagian jari.

Wanita berkenaan juga tidak dapat memegang stereng dengan baik ketika memandu atau tidak dapat memegang jarum dengan baik semasa menjahit.

Menurutnya biasanya dia akan mengurut lengannya dengan minyak urut apabila bangun dari tidur tetapi sakitnya akan kembali pada esoknya.